Empire State Building ( Part 2 )

NoorNazuha | 4:23 PM | 23Comments |
Salam All..

Ok ok...sebenarnya kali ni saya nak share sekali lagi pengalaman naik ke Empire State Building. Kenapa?sebab entry pertama gambar masih dalam proses kumpul gambar lagi. Gambar gambar ni diambil dari kamera lain pulak....

Level yang paling atas ialah Level 86. Rasanya tinggi lagi Menara KL kan. Tapi besanya menaiki menara/bangunan tinggi dengan latitude dan kesejukkan yang menebal adalah sangat mencabar. Nak termuntah pun ada.....:)



Nak naik ke atas ni bukan semudah nak naik KL Tower. Pasal apa?sebab mereka ni paranoid. Jaket,coat, semua kena tanggal. Proses yang sama macam dekat aiport. Kalau berhijab pulak,mereka akan check check la kat leher manatau kalau kalau bawak Bom kan......

Then, lift terus naik ke tingkat 80. Berhenti di tingkat 80 then naik pulak the next lift untuk ke tingkat 86. Di atas roof ni terdapat beberapa pegawai pegawai keselamatan yang memantau keadaan di atas ni. Mana la tau kalau kalau ada yang buat perangai pulak.




Keadaan pagi yang masih awal dan dalam musim sejuk memang membuatkan kita tak akan tahan lama kat atas ni. Tourist pun tak ramai lagi. Bolehla nak posing posing kan. Angin bertiup tak henti henti. Muka memang terasa kebas dan tebal. Kena lempang pun tak rasa pape la.


Pemandangan dari jauh



Salji yang memenuhi setiap bumbung bangunan

Di satu sudut di ESB ni, ada gambar gambar artis ataupun orang kenamaan diabadikan disni. Most of them memang celebriti hollywood. Kan best kalau tiba tiba gambar kitapun ada diorang tepek kat sini..hehe











Oleh kerana cuaca yang tidak begitu mengizinkan untuk kami bertapa lama lama kat atas ni, so dalam tak sampai sejam kami dah terpaksa turun. On the way nak turun tuh, as usual, kat tempat tempat tumpuan pelancong macam ni akan ada souvenier shop. Tapi seriously, saya tak beli apa pun kat sini sebab harga yang mahal.


Gambar tak memuaskan pulak.


Antara souvenier yang terdapat di sini.

Sebelum turun, macam biasala, ada sessi photo. Kalau nak beli boleh terus ambil dekat kaunter dengan harga $20 sekeping. Kalau tak nak pun tak apa. Saya beli untuk dijadikan kenangan..



Ni la gambarnyaaaa.....:)

Ok ok.....disebabkan Souvenier kat atas ni mahal, jadi saya memang confirm2 la beli kat bawah jeh. Ooo, hati hati dengan ulat tiket kat bawah Empire State Building ni, mereka memang suka target kat tourist. Tapi bila dioarang approach, cepat cepat saya jawab tiket dah beli...Harga tiket untuk naik ke Observatory Deck ni ialah $25 per person equivalent to RM77++. Untuk info, boleh click kat link di bawah:-

Nak turun tak ada masalah. Tak macam nak naik.  Sebelum turun, saya amek gambar karpet ni buat kenangan, sebab tak tahu bila nak sampai lagi ke sini...:)



Oklah....tak nak citer panjang panjang lagi...berbaloi jugak naik ke atas ni. Tiket pun tak ada la mahal sangat. Mungkin pemandangan malam akan lebih cantik....sampai jumpa lagi di lain entry.....babai..:)

Terima kasih, datang lagi.

Fridge Magnet again

NoorNazuha | 12:20 PM | 10Comments |
Salam dearest...

Salam Ramadhan to all. Hari ni dah hari ke 7 kita menyambut Puasa. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan...

Saya masih ada terima email dari kawan kawan bertanyakan FM kalau kalau masih ada. Maaf ye, sebenarnya FM semua dah habis diposkan hari tuh. Saya hanya menggunakan Pos Biasa, jadi tak ada tracking number.

Insyaalah, kalau ada lagi, saya tak keberatan nak pos kan kepada kawan kawan di luar sana. Ramai jugak sebenarnya yang suka kumpul benda alah ni....:). Tambahan pula, tahun ni saya tak travel ke mana mana kecuali ke New York hari tuh. Jadi bekalan pun memang tak banyak. Insyaallah, nantikan tahun depan ye.kalau ada rezeki lebih and dilapangkan masa, saya akan travel lagi......mungkin boleh untuk tambah FM lagi untuk dikongsi bersama sama ye.....ok Adiosssss...





Terima kasih, datang lagi.

Kuala Lumpur Bird Park

NoorNazuha | 12:03 PM | 11Comments |
Salam dan Morning all....

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan yang mulia. Pasti jalan raya akan bertambah tambah jam. Semua da tak nak shoph busy shopping sana sini. Tahun ni saya berikrar tak nak membazir sangat. Semoga azam ni akan terus tertanam walaupun nampak baju baju cantik lepas ni..:)

Berbalik pada rutin hujung minggu, saya dan Mr Hubby lepak di KL Bird Park sebab nak amek gambar. Sekarang ni kami jalan jalan tempat dekat dekat jeh. Banyak tempat menarik sekitar KL ni sebenarnya. Kena rajin teroka jeh..:)


Burung Merak yang pandai posing

Antara burung yang paling menarik perhatian saya ialah burung merak. Tapi malangnya tak ada seekor pun yang buka ekor masa tuh. Semua malu malu kucing pulak. Tapi saya paling suka sebab mereka semua ni sangat jinak and sangat lapar.


Konon nak pegang, tapi takut kena patuk


Si bangau ni pun pandai posing jugak..ohh....tak sure samada bangau ataupun bukan

Kat sini sebenarnya dilarang bagi makan burung. Maybe takut keracunan. Tapi dengan selambanya Mr Hubby gi beli Pop Corn and kami berlumba lumba bagi makan burung burung ni. Nasib baik tak ada pegawai pegawai Bird Park yang lalu lalang. Tak kan bagi makan Pop Corn boleh mati kot?


Mereka telah diberi makan pisang


Bird feeding activity



Apa lagi, lepas kasi diorang mamam, segerombolan burung burung ni akan jadi pengikut setia sampai la beratus ratus meter sekeliling taman ni. Kesian pulak kalau tak kasi. Muka kesian jeh. Dah rasa macam bagi makan ayam kat kampung jeh...:)


Betik adalah makanan ruji burung burung ni

Macam burung merpati


Time Mr Hubby pulak yang posing..:)


Tong sampah yang sangatla comel
 Oh ye, lupa nak bagitau pasal tiket masuk. Tak silap kalau dengan mycard, cuma RM25 seorang. Kalau untuk tourist, seorang RM48. Boleh tahan jugak mahal kan..mana  ada tempat murah sekarang. Nak masuk tandas pun dah 50 sen. Tapi toilet kat dalam ni semua free ye..:)



Macam tak cantik jeh area ni...:(


Cik Bangau secara close up


Grooming manjang

Cuba untuk mematuk kamera, opppsss..kena step aside a bit....


Cik Bangau lenguh


Cute little duckling


Pandai juga posing depan kamera


Cik serama yang katek


Kasawari


Ikan ikan Koi....


Sejenis ayam serama jugak
Setelah pusing pusing lebih kurang 2 jam kat dalam ni, hari dah nak gelap. Pukul 6 petang Taman Burung ni akan tutup. Di penghujung Taman ni ada sessi foto kalau sesiapa berminat untuk ambil gambar dengan burung burung yang comel tuh. Kalau guna khidmat Kamera mereka, caj RM35 untuk setiap seorang dikenakan. Mahal kan. Tapi kalau kamera sendiri, hanya RM10 untuk seorang. So kami decide nak guna kamera sendiri jeh. Jimat kos.


Almost finish






Sebenarnya burung kakak tua tu sangatla berat. Letak pulak kat atas tangan.Yang kat atas bahu tu pulak macam nak patuk muka jeh..hahaha..kelakar la pulak bila tengok gambar sendiri. Nampak sangat takut takut. Burung hornbill yang kat tengah tengah tuh sangat lovely.....pandai depa ni posing....:)

Okla....entry yang panjang pulak....jumpa di next entry....:)

Terima kasih, datang lagi.

Always in Honeymoon Mood

NoorNazuha | 10:08 AM | 5Comments |
Salam
Well well...lama betul rasa tak update blog. The truth is, saya tak ada cerita untuk dikongsi. Saya tak macam sesetengah blogger yang punya banyak masa dan cerita untuk dikongsi. Kali ni mood nak mengimbas kenangan lama...

Pejam celik, saya dan Mr Hubby dah 6 tahun bersama. Banyak suka duka yang dikongsi bersama. Pokok pangkal hidup berumah tangga ialah kesabaran. Ye, sabar. Sabar dalam banyak hal. Selalu ingat kelebihan pasangan bila badai melanda....huh..cerita sedih la pulak...saya nak kongsi gambar gambar lama saya dan Mr Hubby yang selalu nak mood Honeymoon jeh....


Ni dekat Port Dickson


Lepak di Langkawi atas urusan kerja



Fraser's Hill


First Anniversary di Kl Tower, lihat2 pemandangan.


Berpoya poya di Putrajaya





Di Kota Bharu, Kelantan
Gosh, saya betul betul tak ada mood. Gambar gambar di atas semuanya gambar 3 ke 4 tahun lepas. Zaman dulu dulu, kami suka jalan jalan. Pantang ada cuti panjang sikit mesti nak jalan jalan. Masa tu rajin lagi nak drive jauh jauh. Sekarang memang dah malas dah. Kadang kadang paling jauh kami pergi pun setakat Klcc jeh. Maybe bila dah semakin tua ni, mood nak jalan jalan dah sangatla kurang.

Okla...nak sambung kerja ni......jumpa di next entry....

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...