Our Anniversary

NoorNazuha | 2:03 PM | 20Comments |
Salam

Lama betul dengan entry Winter Hunting tu kan. Dah lebih 2 minggu rasanya. Bukan tak ada cerita nak dikongsi, tapi betul betul tak ada masa. Di hujung hujung tahun lepas memang busy sangat sangat. Certain event tak sempat nak snap snap gambar pun...

Ok. Mula kan dengan cerita Anniversary.  Ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada 23 Disember yang lalu. Dah hampir 2 minggu berlalu. Tahun ni kami tak sambut sangat pun. Tak kemana mana jugak. Mr Hubby busy dengan Final exam. Saya pulak busy dengan kerja. Malam tuh kami cuma makan kat luar. Makan kat mana?Ye...kat tempat favorite kami kat Absolute Thai di Sunway Giza.


Menu kat sini kami order yang memang selalu kami makan jeh. Thai Combo ni ada Fish cake, ada Prawn popia, Kerabu and fried Wontan. Cukupla makan berdua.


Thai Combo


Manggo Smoothies yang best...




 Red Seafood Tomyam ni memang saya tak kan miss punya. Kesedapan Tom Yam ni memang tak boleh disangkal la...Wallahhhhhhh........ kepedasan yang dijamin boleh buat ke tandas...hahaha..tapi saya suka. Ditambah lagi dengan isi ikan, udang dan sotong yang banyak kat dalam tuh.......mabeles!



Deep Fried Garoupa yang lazat....:)







Tahun ni tak ada Special cake pun. Malas dah rasanya nak beli kek. Selalu jeh tak habis. Tak pelah, janji masing masing ingat. Tu lebih penting. Pejam celik pejam celik dah 7 tahun usia perkahwinan saya dan Mr Hubby. Betul orang kata, nak establish kan hidup berumah tangga ni bukan mudah. Sekurang kurang nya 5 tahun jugak.

Sewaktu kami kahwin, Mr Hubby baru 3 bulan bertugas di Hospital Selayang. Bayangkan masa tuh dengan kekangan kewangan, nak beli hantaran, nak wat kenduri kendara dan macam macam lagi. Terpaksa jugak Mr hubby wat personal loan. Then bab lepas kahwin pulak. Nak cari rumah sewa lagi. Nak beli barang barang keperluan lagi. Fuhhhh.....memang dugaan.

Selepas 5 tahun usia perkahwinan, baru la kami boleh menarik nafas sedikit. Bila hutang piutang dah hampir selesai, kami pun dah dapat beli rumah sendiri. Hampir 3 tahun jugak kami menyewa sebelum dapat beli rumah sendiri.

Tiada hadiah yang lebih bermakna bila kita tahu dia cuba memberikan yang terbaik untuk perkahwinan yang dibina. Sebagai manusia, kadang kadang terkeluar juga dari mulut ni, "....ala bang, hantaran kita dulu tak besar macam orang lain, sekarang perempuan tak ada degree pun hantaran tak kurang 10k....bla bla bla...."...tapi bila fikir fikir balik, tak pelah, rezeki orang lain lain. Tak boleh disamakan. Saya tahu Mr Hubby sekarang cuba mengisi kekurangan yang ada masa kami kahwin dulu. Yela, hantaran pun tak besar mana, apatah lagi Majlis yang besar besar.

Aniversary kali ni tak tahu nak beli hadiah apa. Saya cuma beli kan sepasang Knitted Cardigan untuk Mr Hubby. Tu jeh yang mampu. Mr hubby bagi hadiah apa?....biarla jadi rahsia saya...hahaha.....

Okla...setakat ini dulu entry pendek ni. Ada lagi yang nak dikongsi, tapi tak sempat untuk kali  ni.....jumpa di lain masa....tata.

Lotsa Love....




Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...