Bandung, Indonesia

NoorNazuha | 4:14 PM | 13Comments |
Salam semua

Dah habis entry ke korea,saya sambung pulak entry ke Bandung. Short trip ni ialah tajaan company. So dah nama pun tajaan, so sume free la kecuali duit poket..hehe..tahun ni sebenarnya tahun pokai saya. Awal tahun hari tuh dah berhabis di europe, bulan mei habis plak ke singapore. Masuk Oktober ni pokai lagi di Korea. Ni kena spend pulak kat Bandung...tapi....Duit bisa dicari, pengalaman tuh yang payah nak dapat..betul tak...?

Ok...kami ke Bandung cuma 3 hari. Sekejap sangat. Tak sempat panas punggung pun. Rasanya tak perlu saya story banyak sangat pasal Bandung ni sebab dah ramai yang ke sini sebab nak shopping.Flite kami jam 6.40 pagi, standardla AIr Asia, yang time subuh embun jantan tu la yang murah....

Seawal jam 4 pagi dah berkumpul di KLIA2. Sampai di Airport Husein Sastranegara Bandung lebih kurang jam 7.45 Pagi, awal 20 minit dari yang dijadualkan. Airport ni adalah airport yang terkecil di dunia. Sumpah cakap, dasat jugakla cramp nyaaaa....


Yukkkk berfoto dulu...yang tudung merah tu saya

Lepas berfoto foto gitu, kitaorang terus beli simcard Simpati Indonesia dengan harga Rp50,000 dengan kredit 3,000 kat dalam tuh sementara tunggu bas. Gambar di atas tu cuma half jeh. Ada lagi half tak masuk dalam gambar.. Lepas call pemandu bas, akhirnya diorang sampai. Alhamdulillah.


Happy bebudak ni....
Sebenarnya semua belum isi perut lagi. So, tak kan nak jejalan dengan perut kosong. Terus mintak driver bas berhenti kat memana kedai makan. First tempat makan kami singgah ke Ampera. Makanan Bandung Jawa ala ala Bumbu Desa.


Tak tau la apa nama benda nii

Sayur campur



Situasi candid masa makan

Destinasi pertama kami selepas mengisi perut ialah ke Paris Van Java. Apa yang menarik kat sini? Sebenarnya lebih kepada outlet outlet yang kat Malaysia pun ada. Harga pun lebih kurang sama. So kat sini sempat la beli 1 skirt Flaired Satin and 1 blouse. Harga murah sikit la dari Malaysia.


Di sekitar Paris Van Java


Posing di pokok ala ala sakura gituu.....


kat Paris ko.....


antara outlet kat PVJ

Lepas beli 1 skirt and 1 blouse kat sini, kitaorang berkumpul balik untuk lunch pulak. Sebelum sampai ke Bandung, Bos dah siap booking untuk lunch kat Atmosphere Cafe. Nak ke sini dari PVJ dekat 1 jam jugak gara gara kesesakkan lalu lintas yang dasyat. Indonesia kan well known dengan jam. Dari pagi sampai ke malam tak habis habis jam. Agaknya berapa la kos petrol depa kan....


Dah sampai ke Atmosphere Cafe

Lanskap luar yang fresh


Berfoto dulu sambil tunggu makanan yang di order sampai

Pilihan menu di sini lebih kepada Western Food. Ada macam macam kat sini. Chickin Chop, Wellington Chicken, Norwegian Salmon and Baked Salmon, Wagyu Steak etc etc...So saya order favorite saya iaitu Norwegian Salmon dan Special Sauce. Special macam mana, kena layan gambar ni.....


Slice of Salmon, Potato and salad.

Wellington Chicken Special


Special Chicken jugak tapi lupa nama menu niiii.....


Fresh Fruit Punch

Overall, saya tak boleh kata salmon tu sedap sebab terlalu nipis. So macam tak puas. Sos dia pulak ada rasa macam ala ala sardin. Hmmm.....pendek kata kalau nak bagi bintang, saya hanya boleh kasi 2 bintang.....untuk yang lain, saya tak pasti, rata rata kata boleh laaaa......kalau sesiapa nak ke Bandung and nak try kat Atmosphere Cafe ni, boleh risik risik di bawah..:-


Selesai lunch, kami meneruskan pengembaraan ke Rumah Mode. Rumah Mode ni macam Factory Outlet. Sayang seribu kali sayang, hujan lebat melecehkan perjalanan. Dengan jam lagi. Jadi sampai ke sini pun dah agak lewat. Bila dah teranjak masa, so plan asal nak dinner pun terpaksa dibatalkan. Check in hotel pukul 4 pun dan dianjak ke pukul 5 macam tuh.


Dah sampai ke Rumah Mode

Borong jangan tak Borong

Kat sini kalau Handbag berjenama yang fake grade AAA banyak dijual, tapi harga memang mahal. Mau mencecah RM300 ke 400. Dah sah sah baik beli yang Original jeh kan. Tapi memang tak nampak macam beg tu fake. Jenuh kena belek belek jugak nak tengok kualiti. Disebabkan kat sini hujan, so tak ada gambar sangat nak tepek. Takot kamera rosak lagi macam rosak kat Korea hari tuh. So sempat snap 2 3 keping jeh buat kenangan.

Lepas spent 1 jam kat sini, kami terus ke Hotel. Sepanjang di Bandung, kami stay di Sensa Hotel Jalan Cihampelas. Best hotel ni...dekat dengan mall dan excess ke public transport.


Spacious room with 2 large single bed


Suka tengok channel Fox Movie


Spacious bathroom as well

Sesiapa yang nak ke Bandung dan nak stay kat sini memang di welcome sangat sangat sebab breakfast dia sangat best dan service pun bagus. Yang penting lokasi dia tip top. Boleh click click di link di bawah:-


Ok ar...kira kira macam dah panjang sangat entry ni. Kalau sempat nak habiskan entry Bandung ni secepat mungkin. Sampai kita berjumpa lagi dan sambung cerita ke Bandung k...daaaaa,,permisi dulu..:)

Terima kasih, datang lagi.

Lepak at Itaewon

NoorNazuha | 6:21 PM | 10Comments |
Salam semua

Ni ialah entry terakhir saya di Korea. Akhirnya habis jugak. Ujung ujung tahun ni kembali kepada jadual busy. So entry terakhir ni dah tergendala pulak.

Masa di Korea, kitaorang stay di daerah Itaewon. Area ni banyak Halal food dan kat sini memang terkenal dengan Masjidnya. So memang ramai la muslim duk area ni. Subway pun dekat. Kami stay di Itaewon Inn yang terletak hanya lebih kurang 300meter dari Subway.


Baru sampai di Itaewon dari Jeju.



Bangunan hijau tu la Hostel kitaorang

Nak cari Hostel ni senang jeh kalau dari Stesen Subway Itaewon. Amek exit yang ada BAskin Robbins (exit 3 tak silap) and amek ke belah kanan belakang Baskin Robbins tuh. Then terus jeh jalan sampai nampak bangunan ijau belah kanan dan di bawah2 tu banyak jual barang barang antik. Memula tuh memang tak nampak sangat bangunan ijau tuh, lelama kalau diperhatikan, tu jeh bangunan ijau tinggi yang ada kat situ.

Hari terakhir, hari jalan jalan di Itaewon. Kat sini ada satu Restoren Malaysia nama SAVARO iaitu restoren milik Felda. So kalau nak rasa makananan Malaysia tapi di Korea, bolehla datang sini. Harga macam biasala, jangan convert. Secawan Teh tarik beharga 6000won iaitu hampir RM15.


In front of Savaro, Itaewon


2 keping roti Canai dan Sambal dalam 8000Won.



Sambal ni manis jeh...not bad
Cukup la 2x menikmati makanan kat sini. Malam tuh makan nasi goreng dengan harga 14,000 won dan pagi tu plak roti canai dan sambal. Kat situ ajeh pun dah dekat RM60. Pokai mak.

Ramai yang kata shopping di Itaewon adalah mahal. Ye betul. Rasanya banyak lagi tempat yang murah seperti di Dongdaemun, Naendamun atau di Insadong. Tapi masa betul betul tak mencukupi nak cover semua tempat. Nak tak nak, kena beli jugak souvenier kat Itaewon ni.


Shawl, Pashmina kat sini agak mahal. Lebih kurang 20,000 Won (RM60)


Pelbagai jenis souvenier


Cap and winter coat in leather.


Socks and underwear


Tshirt i love Korea 5,000Won sehelai.


Home Furnishing banyak kat Itaewon ni..harga tak survey pulak
Lupa nak cerita sikit pasal Hostel yang kitaorang stay ni...Hostel ni betul betul kat tepi jalan. Owner sangat baik dan dikendalikan oleh foreigner. So senang nak communicate in english. Diorang ni peminat bola. Banyak jersi jersi bola ada kat sini. Sambil lepak lepak tunggu teksi, kitaorang sempat amek gambar kat hostel ni wat kenangan. Kalau sesiapa yang stay kat sini, recommended jugakla sebab murah dan dekat ngan subway. Cuma tak ada lift.


Posing time
Selesai meneroka Itaewon, kami kena gerak ke Incheon Airport. Jarak ke Airport dekat 1 jam perjalanan. So kitaorang call cab siap siap. Tapi cab tak sampai sampai jugak. At the end, tahan jeh cab secara ad hoc. Lagipun cab kat Seoul ni berlambak. Tak yah risau. Kalau Cab yang kita call, extra caj akan dikenakan. So total cab fare kitaorang ke Incheon Airport dalam RM160. Mahal kan. Kalau campur extra caj dekat RM200 jugak. Fuhhh..berpeluh mak. Nasib share 3 orang. Sebenarnya naik subway lagi jimat tapi sebab beg yang diangkot dah beranak pinak, dah jadi 4 beg. Tak larat dah nak panjat tangga subway tuh.


Incheon Airport


Heading to departure hall
Sampai sini dulu entry Korea. Sampai berjumpa lagi di lain waktu dan ketika Korea. Frankly speaking, Korea adalah salah satu negara yang saya nak pergi lagi. Tak tau la kenapa, maybe, rasa secure kot kat sana and tak takot nak jalan sorang sorang.

Jumaat ni ada company short trip ke Bandung. Apa pun tak pack lagi....so jumpa lagi after Bandung k....daaaaa..!



Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...