Journey to Bucharest Romania

NoorNazuha | 6:39 PM | 8Comments |
Salam

Menyambung kembali post ke Istanbul tempoh hari. Setelah bermalam selama 1 hari di Istanbul, kami meneruskam perjalanan ke Bucharest, Romania dari Airport Sabiha Gokchen, Istanbul. Kami menaiki pesawat Pegasus Airline. Jarak Apartment yang kami stay tu cuma 5 minit naik teksi. Tambang teksi pun tak sampai 10 Lira..

Lepas check out lebih kurang jam 11 pagi, kami terus tahan teksi. Flite pukul 4.10 petang. Biasalah tabiaat suka sampai awal di airport sebab takot pape yang tak diingini dapat dielakkan. Sampai di Sabiha Gokchen, ramai betul orang. So kami lepak lepak sambil makan makan kat situ.


Pegasus Boarding pass.


Mahal dan langsung tak sedap


Boarding time
Konsep Pegasus Airline ni sama jeh macam AirAsia. Makanan dan luggage semua kena beli. Kami cuma beli minuman jeh kat dalam flite walaupun food nampak sedap, tapi mahal dan takut tak sedap. Lagipun jarak fly pun bukan lama, dalam 1 jam 15 min jeh. Tak sempat nak tido pun.....



antara menu Pegasus Airline
Sampai di Bucharest Airport Otopeni lebih kurang jam 6.00 petang. Sibuk cari prepaid nak internet sebab nak kena whatsapp tuan apartment tu bagitau kitaorang dah sampai ke Bucharest. Bila dah selesai urusan di airport, kami amek bas ke bandar Bucharest. Lebih kurang 30 minit jugak sebelum sampai ke hentian yang dekat dengan apartment kami.

 Setelah sesat barat bagai nak jalan kaki ke sini, akhirnya kami sampai berpandukan arahan dari Tuan empunya Apartment ni. Apartment ni betul betul di tengah tengah bandar dan sangat accessable dengan public transport.

Untuk info lebih lanjut boleh click di bawah:-



Kelengkapan dapur semua lengkap. Bilik air ok. Kalau nak rasa stay di bangunan sebelum perang dunia kedua, kat sini memangla tempatnya. Lift dia siap kena buka pintu sendiri dan tutup semula barula boleh tekan floor mana yang kita nak naik. Hanya boleh naik 2 orang jeh dalam satu satu masa.....seriousss Gothic!

Lepas bayar harga Apartment ni, tak silap dalam Euro130 untuk 4 hari, 3 malam, kami mengemas apa yang patot sebab besok nak kena bangun awal pagi. Besok kami akan ke bandar Brasov untuk ke Dracula Castle. 

Entry bersambung...:)


Terima kasih, datang lagi.

Atok pergi jua!

NoorNazuha | 11:22 AM | 8Comments |
Salam

Sebelum saya meneruskan entry di Istanbul, saya ingin selitkan kisah Atok. Ye, saya tinggal dengan wan and Atok. Mereka dah ibarat ibu bapa bagi saya. Segala belanja sekolah, makan pakai, sakit pening, mereka la yang selalu amek tahu.

Awal tahun 2015, Atok mula menunjukkan tanda tanda tak sihat. Dia selalu batuk. Kami selalu nasihatkan dia berhenti merokok. Bila sakit dan batuk, Atok berhenti sekejap. Tapi sekejap jeh. Bila dah sihat, Atok kembali merokok. Begitu la Atok. Degil.

Bulan 4 2015, muka Atok Bengkak. Satu petang masa saya di Kampung dia datang berjumpa. Dia kata, dia dah tak kuat macam dulu. Dia rasa badan dia dah lain. Saya bertanyakan mukanya yang bengkak, sakit ke? Dia kata tak sakit. Saya ajak ke klinik, dia enggan. Dia ok katanya.

Bila saya balik ke KL , Atok sakit semula. Jiran jiran yang risau terus menelefon anak Atok di Ampang. Bergegas mereka datang and bawak Atok ke Hospital. Lupa saya ingin bagitahu, Atok saya ni ialabh Atok tiri. Tak ada hubungan darah, tapi dia laksana kan tanggungjawanya melebihi segalanya. Itula Atok. 

Atok dimasukkan ke Wad Medical Hospital Ampang. Doktor kata ada kuman dalam paru paru Atok. Ditambah lagi dengan tabiat merokok Atok membuatkan paru parunya dah tak kuat. Tapi Atok nampak sihat. Nampak bersemangat. Dia asyik bertanya macam mana nanti kalau wan di kampung berseorangan. Tak habis bertanya sampai kami tak tahu nak jawab lagi.

Seminggu selepas tu, Atok discharged. Atok duduk rumah anaknya di Ampang. Tapi lepas keluar wad, Atok tak nak makan pulak. Tak ada selera katanya. Seminggu dia tak ada selera makan. Kurus kering badan Atok. Saya terus terusan menangis mengenangkan keadaan Atok. Tak keruan.

10 hari berlalu, Atok kembali sihat. Selera makannya datang semula. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Atok tak sabar nak balik kampung. Rindu dengan wan agaknya....:) kemudiannya, Atok kembali ke kampung. Kembali berkedai semula. Atok ada kedai runcit di kampung. Atok ke sana ke sini naik motor. Nampak gembira dia.

Bulan june. Atok demam. Muka bengkak. Dia kata tak sakit. Lepas tu demamnya kebah. Muka pun tak bengkak lagi. Atok sihat....

Bulan september, kami ramai ramai pulang ke kampung. Ada kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Dah lama tak makan kenduri. Atok bersungguh sungguh suruh balik kalau bab kenduri kendara. Hari kenduri tu nampak banyak dia makan.

Bila nak balik ke KL malam tu, macam biasa, cium tangan dia dan bagi duit belanja sedikit. Dia tak cakap apa apa kecuali berpesan bawak kereta jangan laju laju seperti kebiasaanya. 2 haribulan Oktober, saya bertolak ke Istanbul. Malam sebelum bertolak, saya menelefon kampung, dan cakap dengan wan kami dah nak nak fly and doakan supaya kami selamat pergi dan balik dan saya mintak wan sampaikan salam pada Atok. Kebiasannya Atok yang angkat telefon, tapi malam tu, wan yang angkat.

14 Oktober, kami pulang ke Malaysia. Leteh dan jetlag. Unpack barang dan kemas rumah semua nak buat malam tu. Hati terdetik nak call Atok. Tapi naluri kata biar dulu la. Besok besok boleh call. 

Tengahari 15 Oktober, adik ada bertanya di Whatsapp Atok masuk wad balik ke? Saya kata tak tahu pulak. Setahu saya Atok memang ada follow up di Hospital Ampang pada 08 Oktober. Bila call mereka di Ampang, semua tak berjawab. Whatsapp pun tak berbalas. Saya biarkan aje.Mungkin mereka sibuk.

15 Oktober jam 7.20, saya menerima panggilan. Berita yang sungguh saya tak percaya. Atok dah pergi. pergi yang tak akan kembali lagi. Saya tak berupaya bersuara lagi. Air mata jeh yang meluru laju. Tak berhenti hingga habis solat maghrib.

Jam 9.30 kami menuju ke Lembah Jaya Ampang. Dalam kereta berikrar tak nangis dah. Muka dah bengkak. Sampai di ruang pintu, nampak jenazah Atok terbujur ditutupi kain putih. Air mata jatuh lagi. Kali ni bertambah deras. Adik pun sama. Bila litup kain dibuka, dari jauh saya nampak wajah Atok. Saya tak mampu mendekat. Bimbang air mata jatuh di atas jenazah. Biar dulu saya kata pada en hubby. Dia tutup semula wajah Atok.

Selepas Surah Yassin habis dibaca, air mata seakan mula kurang. Sekali lagi wajah Atok disingkap. Perlahan saya dan adik mengucup dahi Atok buat kali terakhir. Sejuk dan kaku. Air mata tumpah lagi....kali ni, ia  tak berhenti....

Jenazah Atok selamat disemadikan di Pusara Permai Ampang pada jam 11 pagi sebelum solat jumaat. Seakan baru semalam dia ada dan berceloteh dengan kami. Terlalu cepat masa berlalu, sekarang Atok telah tiada. Namun Wan cukup tabah. Saya tak nampak dia menangis, namun saya tahu dia menangis di dalam hati....

Hari ini, genap 22 hari Atok tiada. Seakan terngiang lagi suaranya yang selalu menelefon saya bertanyakan bila nak balik. Semuanya tinggal kenangan....sesudah pengebumian tempoh hari, mereka bertanya samada saya ada simpan gambar Atok. Saya kata ada di dalam handphone, tapi sebetulnya saya tak simpan walau sekeping pun. Hati saya masih tak kuat untuk melihat wajah Atok. Setiap kali terlihat apa pun milik Atok. air mata tetap akan jatuh tanpa sedar. Saya tanamkan dalam hati, biarlah wajah Atok bersemadi kukuh dalam lipatan memori yang tak pernah padam....tak akan...

Minggu lepas, Wan buat Tahlil untuk Atok. Kami semua balik. Masih sebak. Dari jauh nampak kedai Atok dah kosong. Tak ada lagi budak budak kampung datang lepak. Baju baju Atok masih tergantung rapi. Motor Atok diletak elok di dalam kedai. Terngiang lagi cerita keluarga Atok di Kedah. Atok ada ke Kedah rupanya selepas check up di Hospital Ampang. Atok pesan pada adiknya, mungkin kali ini yang terakhir dia pulang ke Kedah, sebab badannya dan tak kuat. Teringat pulak cerita mak, tengahhari sebelum Atok menemui PenciptaNYA, dia ada call mak bertanya kan saya sudah balik dari Istanbul ke belum. Mak kata mak tak tahu sebab saya tak ada menelefon. Atok tanya kenapa saya lama sangat di negara orang. Mungkin Atok tahu masa dia sudah tak lama. Cerita mak hari hari terakhir Atok di Kampung sebelum ke Ampang, ATok banyak termenung di luar rumah. Atok merenung wan dari jauh, Atok juga merenung rumah. Mungkin Atok tau dia tak akan pulang. Wan juga cerita, hari akhir Atok di Kampung, Atok pakai baju Baru. Atok naik bas ke Kuala Lumpur. Gigih Atok macam muda muda dulu walaupun dia sudah mencecah 90 tahun. Hati rasa hancur luluh. Air mata jatuh lagi....Subhanallah, saya tak kuat.

Malam tu, mata tak nak lelap. Masih teringat Atok. Selalunya dia berbaring di luar bilik berhampiran pintu. Atok suka tidur di luar bilik, panas katanya. Sekarang ruang itu telah kosong. Sekosong hati saya. Tak ada kedengaran lagi bunyi batuk batuk kecil Atok di tengah malam. Tak ada lagi bunyi Atok  bangun malam dan bancuh milo panas di dapur. Tak ada lagi jengukkan Atok di celah pintu  setiap kali kami masak di dapur. Sungguh, saya rindukan semua itu...

Selamat jalan buat Atok. Saya tahu, dia tenang di sana. Setenang wajahnya ketika dia pergi dulu......doa kami sentiasa mengiringimu. Bak kata Saiful Nang, kita pun bukan hidup 1000 tahun lagi, semoga bertemu di Sana nanti.....Al Fatihah, Arshad Bin Hussin..

Sehingga entry ini ditulis, air mata masih lagi jatuh....

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...