Dracula's Castle, Bran Romania

NoorNazuha | 6:48 PM | 4Comments |
Salam

Menyambung semula post sebelum ni apabila tiba di Romania. Keesokkan harinya plan kami nak ke Brasov City. Brasov ni dah kira jauh jugak dari Bucharest. Kami menaiki tren dalam lebih kurang 2 jam 30 minit. Tiket dah book siap siap dari website di bawah:-


Harga tiket Tren di Romania ni sangat murah. Even stay di first class pun harga tiket return pun tak sampai RM150 P/Person. Tapi condition tren tak la sepertimana yang diharapkan. Kadang kadang biarla kita bayar mahal sikit asalkan bersih dan selesa. Keadaan seat semua ok kecuali tandas dia sangat kotor. Flush pun rosak dan tak dibaiki.


Gara Du Nord, Bucharest

 GARA DU NORD- BRASOV-BRAN



Legroom untuk First Class Romania Tren.


Merenung masa hadapan
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Bucharest ke Brasov tidakla begitu mengujakan. Suasana di luar sama seperti di Malaysia juga. Banyak rumah rumah tinggal, kilang kilang terbiar dan hutan belantara. Train pun sangat kosong masa tuh. So dah jadi macam free seat pulak, boleh duk kat mana mana.

Sampai di Bandar Brasov agak awal. Lebih kurang jam 10.30 pagi. Cuaca agak sejuk. Di luar stesyen train banyak ulat ulat teksi nak ngapppp. Kena pandai pandai la. Kalau nak bas dari Brasov ke Bran, kos tak sampai 10 lira, tapi naik teksi mencecah ke 100 Lira. So kami decide naik bas jugak.

Ada 2 bas yang perlu naik untuk ke Bran. First bus tu bas henti henti hingga sampai ke hentian bas yang agak besar. Then dari hentian bas tu amek bas ke Bran. Tengok signboard kat depan bas tu. Tambang dalam 7 lira sorang jeh. Tiket bole beli kat driver jeh. Perjalanan dengan bas mengambil masa 30 minit lagi. Boleh tido lagi......

Sampai saja di Bran, terus nampak Castle. Ada 2 Castle kat sini. Dracula Castle and Pele Castle. Suasana kampung atas bukit ni mengingatkan saya pada Frazer Hills. Nyaman dan cantik..


Di perkarangan Dracula Castle

Dracula Castle ni letaknya di atas bukit. Sangatla Hiking. Hilang stamina mak nak panjat ni. Sampai jeh di atas, hela nafas panjang panjang. Maklumla, mak ni jarang exercise. Tapi rata rata Warga Emas kat sini memang fit betul. Ramai warga emas datang ke Castle ni. Panjat tangga sana sini, tapi diorang nampak fit and energetic.

Sesiapa nak tahu info lanjut mengenai Castle ni, boleh layari web di bawah:-


Pintu masuk Bran Castle


Antara gambar di dalam castle
Castle ni sepertimana yang digambarkan dalam cerita cerita omputih la, ada dining room, chimney, ruang legar, ruang bawah tanah, laluan rahsia, menara dan macam macam tempat yang unik. Ikotkan nak jelajah satu castle tapi terlalu banyak tangga dan tangga dia kecik2 dan curam. Licin pulak tu. Bimbang jugak jatuh terduduk ke. Tak pasal pasal patah pinggang...bhahahaha....


Pemandangan luar castle


Merenung ke luar jendela


Dalam sejam lebih kat dalam ni, kitaorang keluar menuju ke pasar berhampiran. Kat sini banyak jual souveniers, pakaian dari bulu biri biri, restaurants, dan segala bagai barang perhiasan rumah. Harga pun tak mahal sangat. Penduduk di sini takla fasih berbahasa inggeris kecuali yang basic basic jeh


Di luar Market



Antara fm yang dijual



Masa ni dioarang dah busy nak celebrate Halloween masa hujung bulan Oct nanti. Poster poster Halloween dah ditampal di merata rata tiang di Bandar Bran. Mesti Gothic jeh suasana kat sini tu nanti kan.... Sambil jejalan tu, kami nampak beberapa ekor kuda menarik pedati yang bawak jerami kering. Agak rare kot suasana tu sebab kat sini macam kampung kampung sket.

Lebih kurang jam 4 petang, kami tunggu bas nak balik semula ke Bandar Brasov sebab train kami akan  gerak lebih kurang jam 8 malam. So takot gak ter miss train. Sambil tunggu train, beli la jajan ringan nak buat makan dalam bas.

Kami sampai awal di Bandar Brasov. Ada lebih kurang 3 jam sebelum train sampai. Actually Bandar Brasov ni tak ada apa yang menarik sangat. Kami lepak di mall bersebelahan dengan Train Station. Disebabkan tak ada halal food, so order air jeh la. Saja nak rest sebenarnya.



Order Iced Latte.

Sambil lepak, sambil charge handphone. Lama gak kot kami stay kat sini. Bila penat dah hilang, baru kami gerak ke Train Station kat sebelah tu je. Hari dah mula gelap. So kami stay kat dalam Station. Takot jugak tengok orang orang kat sini. Pengemis boleh tahan ramai. Bila kami semak jadula train, ada sedikit kekeliruan. Bila tanya kaunter tiket, diorang pun tak tahu nak explain lebih lebih dalam english. Sudahnya kami naik jeh train lain yang heading ke Bucharest dengan dibantu oleh Penjaga tiket kat situ. Baik betul pakcek tu. Dia kata naik jeh train tu sebab seat banyak kosong...wallaaaaaa....so kiranya kami sampai awal sikit la ke Bucharest.


Seat memang lengang almost semua coach.


Keadaan di dalam train.
Sungguhpun harga train murah di Romania, tapi kebersihan train tak berapa best la. On the way balik ni kami tak sanggup nak masuk toilet sebab flush semua rosak dan sisa sisa buangan memang tak perlu nak cerita kat sini la..........nasib jumpa jugak toilet yang ok..

Sampai di Bandar Bucharest, hari dah malam. Kami tak kemana, just terus ke Grocery sebab nak beli barang dapur sikit.


Memang win la susu coklat ni pasal best!
Malam tu cuaca agak sejuk. Tidur nak kena pakai heater.  Besok nak sambung meneroka Bandar Bucharest pulak....


Nasib ada Heater kecik ni

Sampai berjumpa di next entry.......tata....adiossss..





Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...