Showing posts with label Travel and Living (Paris). Show all posts
Showing posts with label Travel and Living (Paris). Show all posts

My Travel Budget (Paris)

NoorNazuha | 6:18 PM | 15Comments |

Yeeehaaaa..salam buat teman teman blogger. Still dalam topik bajet lagi. Bukan apa, ada kawan kawan blogger yang penah tanya tapi tak berkesempatan nak jawab/reply. So boleh la share travel bajet aku ni bagi sesiapa nak bercuti ke sini. Kali ni aku nak share pasal Paris plak. Ni cerita tahun lepas.

Airline
Airasia dari Kl ke London. Dah story dalam bajet sebelum ni. Aku just share bajet dari London ke Paris jeh. Kat paris ni aku just seharian jeh. Tak bermalam pun.

Dari Victorial Bus Station London
Bus Fare GBP72 (RM350++ Return from London-Paris-London)
Duration of journey= 8 hours (including ferry 2 Hours)

Keadaan di Victoria Bus Station, London..sesak

Ni la bas nye....
 Masuk toilet kat sini 30 pennes..hehehe..penting tuh kalau emergency. Kami tak beli apa apa kat sini. So tak sure berapa harga makanan makanan ringan kat sini. Kalau dalam feri tuh, air minuman beharga dalam GBP2 (RM9++).Makanan

Santai di dalam feri.
Transport di Paris.
Sesampai di Kota Paris, kami naik Metro jeh untuk merayau rayau. Dari Stesen Gallieni, kita boleh terus ke Central Paris.
Fare Metro dari Galleini ke Champ De Mars (Eiffel Tower), kami beli pass metro untuk 24 jam bernilai Euro9.(RM35++)

Gallieni Station
Untuk memudahkan pergerakkan, advisable beli la pass metro ni. Lagi senang. Kalau nak info lanjut, boleh click ke link ni:-


 Champ DeMars

Tong Sampah pun kena snap



Korang ingat tak penat ke kalau jalan seharian tak berehat, solat, mandi dan sebagainya?mau tak..macam nak tercabot kaki wooo...oleh kerana kami tak plan nak overnight kat paris, so tak la book awal2. Kenal ad hoc jeh cari hotel. Sedeh plak tak ada hotel dah yang tinggal sebab full. Time Summer lak tuh. Cari punye cari, jumpa Hotel cap ayam....hahaha..tu pun EURO50 sehari sebab dekat central. Tak sanggup aku nak snap gamba hotel tu. Dasat sangat...

Ni ialah pemandangan sekitar hotel tu...dasattt.....ooopsss motel
 Food and expenses
Oleh kerana kami just seharian kat sini, so bajet memang tak banyak. Just makan sekali jeh and souvenier sikit sikit. Kos dalam RM200-RM300 macam tu la.

Euro 2

Price dalam Euro10

Souvenier:T shirt dalam Euro7 sehelai.
So total expenses aku kat sini boleh di simpulkan lebih kurang:-
Tiket Bas RM350
Makan RM100
Tiket Metro RM35++
Souvenier RM200
Expenses RM200-RM300 untuk sehari
Motel RM 250 sehari  (2 persons)

Oklah..kira short la tuh. Nama pun seharian jeh. Kalau nak bajet, macam gini la caranyaaa..hehe..ni rough jeh. oklaaa..jumpa plak di entry yang seterusnyaaa..babai......love u as always!

Terima kasih, datang lagi.

Journey to Paris...

NoorNazuha | 3:30 AM | 13Comments |
fuhhh..dah lama tak buat entry...penat badan baru jeh hilang sikit..unpack semua..banyak yang nak kena siapkan...nak kata jet lag tu takla sangat sebab most of the time dalam flite tu boleh dikatakan tido jeh....maybe sebab banyak tenaga digunakan untuk berjalan..hegegege..

Banyak yang lari dari plan asal semasa bercuti hari tuh..hajat nak ke Rome, nak melihat Vatican City yang aku labelkan sebagai "City of Angel", tapi tak ada rezeki, tiket dah habis sebab tak book awal, tambahan pulak masa kesana, diaorang sambut easter day!.takpelah, ada rezeki, aku pergi lagi..kali ni nak story and share pengalaman aku naik bas dari London ke Paris...biasanya orang nak ke Paris akan prefer amek Eurostar sebab laju n jimat masa, tapi aku amek bas pasal nak jaga bajet..hehehe..

London Victoria Bus Station
Dari London ke Paris mengambil masa lebih kurang 8 jam termasuk naik feri and border checking semua la. Bas boleh ambil dari Victoria Coach Station. Kalu amek tube, boleh berhenti di Victoria (victoria line) and just jalan kaki jeh ke sana.

Kat sana kita akan jumpa kaunter bas eurolines yang menawarkan pelbagai destinasi eropah dalam harga yang masuk akal la...haha..early booking is better. So kami pilih untuk ke Paris sebab paris antara destinasi yang memang dah lama nak masuk dalam list..hehe

Take a pick..!
The bus
Sincerely, sistem kat sini agak kurang memuaskan..because of free seating and no proper annoucment bila bas akan bertolak, terpaksala kami tertinjau tinjau keadaan kat luar sebab takut terlepas bas.Bila dah free seating, semua orang berebut rebut nak dapatkan seat...so annoying!


Que untuk check in sebelum ke bus station
Keadaan di hadapan bas

Bila dah dalam bas..mak aiiii leganya, dapatlah aku melelapkan mata sebab badan dah rasa penat yang amat..

Zzzzzzzzzzzzzzz


Zzzzzzzzzzzzzzzzzz

Toinkkk.....kena bangun pulak sebab dah sampai border Uk n France, so kena turun bagi pemeriksaan kastam dan paspot dan segala waktu dengannya...kacau tido betul laaa...lagi sekali kena que....ngan cuaca pagi yang sejuk macam dok dalam peti ais n mata yang ngantok tuh, terhegeh hegeh kami dok que sebab nak cop paspot.....haiyaaaaaa
snap dalam kemengantukkan
okla..dah siap cop mengecop tuh, sambung balik masuk tido dalam bas...ingatkan dah smooth dah....lagi sekali kena kuar sebab bas dah masuk dalam feri, and semua passenger kena keluar and naik ke tingkat atas. Aduhhh....kena la que lagi sebab bukan bas kitaorang jeh yang park situ, banyak lagi bas lain.....so ramai la yang nak naik ke atas feri and sambung tido kat atas tuh...

Semua passenger naik ke atas feri
Semua lepak and having a nap sementara sampai ke mainland




Sempat posing tuh!
Lepas announcement supaya passenger masuk ke dalam bas balik, kitaorang berpusu-pusu ke bas semula sebab aku tak saba nak sambung tido. Masa tuh jam dah lebih kurang pukul 2-3 pagi la. Bertolak dari London tadi dari 11.30 malam...okla entry sampai sini...nanti sampai paris aku update lagi yek..kang panjang-panjang bosan lak nak baca....chow chin chow!







Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...