Showing posts with label Brussel City Belgium. Show all posts
Showing posts with label Brussel City Belgium. Show all posts

An Evening in Brussel

NoorNazuha | 7:58 PM | 14Comments |
Salam buat teman teman blogger..lately ni rajin plak nak update blog...hehe..ada la masa lapang sikit..sebelum busy balik. Aku nak share sikit tentang apa yang menarik di Brussel ni. Masa kami pergi, memang timing kira nice la jugak..masa tuh summer. So sale memang sakan la kat sana. Bestnya kalau aku bawak banyak duit..Haeven shopping la....so aku hanya tengok tengok jeh la barang barang  tuh, yang mana mampu, aku rembat...
Enjoying myself
from our hop on and off bus

Central of Brussel
Just imagine, sampai jeh ke bandar Brussel ni, kami tak breakfast. Biasalah gi tempat tempat macam ni tempat makan susah sikit nak cari. Bila dah masuk tengahri, mu la kami busy nak cari kedai makan halal. Pusing punye pusing, baru la kami nampak ada kedai arab jual kebab. Nak cari yang halal kat sini, makan kebab jeh la. Yang lain memang tak yakin.

Our lunch that day
Lepas makan, baru la dapat tenaga. Aku memang dah keletehan tahap maksima. Banyangkan. Kami dah menjejak ke hampir 4 negara tanpa tidur yang cukup. Hanya tidur dalam flight and dalam bas. Rasa longgar sendi sendi kaki aku neh nak melangkah. Tapi nak punya pasal..aku push jugak...hahaha..okla..jom layan summer sale kat Brussel ni pulak. Memang best la..bajet jeh tak ada. Kalo cukup, memang aku borong la...

Brides sale..
Fridge Magnet
Scarf Euro2
Leather Jacket for winter
Perfume shop
Tak semua tempat kami sempat ronda pun. Tambahan lagi hujan asyik turun hari tuh. Dahla cuaca memang sejuk. Tambah dengan hujan. Dah 3 lapis baju aku pakai, still shacking lagi..hahaha..memang tak boleh tinggal kat europe la orang macam aku ni....

Satu lagi point menarik kat sini, coklat dan aiskrim yang pelbagai jenis dan murah. Antara coklat yang terkenal ialah Godiva. Rasanya kat KLCC tuh memang mahal. Kat sini pun harga boleh tahan la. Aku tak beli pun...

one of the outlet
So expensive
Yummyyy
Tak mampu jugak...huhu....
Nak bagi gift pun ok....
Nice box
Dah habis meronda ronda area butik butikl coklat ni, kami merayap pulak kat area butik pastry dan ais krim kat sini. Sebenarnya area ni dah tak jauh dar Central Station kat Brussel ni. Kat sini ada market, ada banyak groceries dan jugak kedai kedai souveniers.. Masa sampai sini, waktu dah lebih kurang pukul 4 macam tuh. Cuaca agak mendung sebab lepas hujan. Memang sejuk tak terkata. Aku dah menggigil gigil dah walaupun dah pakai 3 lapis..kehkeh....jom tengok apa ada kat area sini lak..

Jeling jeling pulak mat salleh neh!
Romantik pulak couple tuh....
Masa jalan jalan tuh, kami jumpa Ais krim best punye....tapi kena cek dulu la halal ke tak..nasib baik la buddy aku ni tau sikit bab bab kandungan dalam pastry and coklat sebab dia kerja bahagian Pastry. Boleh la dalam cuaca sejuk tuh kitaorang melahap aiskrim....nyummmmmm.......

ermmmmm...
enjoying my ice cream..harga 1 euro jeh
Lepas lepak lepak area ni...hari dah beransur petang. Kami terus lalu pasar berdekatan kat sini nak tengok pape yang patut. Orang dah mulai ramai. Maybe nak shopping dan sebagainya...

Leisure time
The clown
Bicycle for rental

me again....
Dan beberapa jam lagi kami akan meninggalkan bumi Belgium. Rasa sedih pulak. Yelah, nak datang lagi tak tau bila kan..ada rezeki, boleh la.....bas kami akan berangkat balik ke London pukul  11.30PM.. Nasib baik area yang kami merayap rayap ni tak jauh dari bus stand macam aku explain tadi.So kami kena gerak dari Central Station ke North Station balik.
Getting busy
Central Station

Heading North Station
North Station
Memang awal kami sampai ke North ni. Mau dekat 4 jam menunggu bas. Takot terlepas la ni. Kang lain pulak citer. Masa ni memang sejuk sangat sangat. Kami asyik gelak jeh tengok gelagat orang yang lalu lalang area sini. Tak ada keja agaknya..hehehe...will miss you Brussel... semoga kita akan berjumpa lagi di lain waktu dan ketika....jika diberi kesempatan....
Good bye..et  Vous  Ratez....

Sampai sini dulu entry panjang ni..next entry aku nak citer plak pasal shopping kat Porto Bello Market pulak ye.....babai......


Terima kasih, datang lagi.

Bonjour Bruxelles!

NoorNazuha | 8:47 PM | 22Comments |
Cher ami, heaureux de vous voir......!

Salam rakan blogger..hopefully everything ok and semua sihat hendaknyaaa....kali ni aku nak sambung perjalanan hidupku ke London dan Belgium. Aku tak nak sentuh sangat moment moment masa kat London sebab aku penah buat entry yang thorough pasal apa yang menarik kat sana. Aku nak sentuh tentang perjalanan dari London ke Belgium pulak.


Sini aku nak bagi tips sikitla kepada sesiapa yang suka travel..firstly, kalau nak murah,kena la book awal awal. Kalau ada banyak masa, preferably naik bas sebab murah dan jadual perjalanan yang kerap.Sesiapa nak book bas ke Eropah boleh la book di Eurolines Coach di mana kat sini memang banyak destinasi eropah yang ditawarkan. Kos perjalanan/tiket dari London ke Belgium masa tuh ialah GBP50.

Untuk pengetahuan rakan rakan blogger, travel kami ni memang tak guna khidmat tourist guide. Nak save cost and nak lebih leisure. Tak nak terikat dengan jadual. Bagi aku, kalai ada bajet lebih, memang senang amek Travel Agent. Tapi kalu pergi sendiri pun seronok jugak. Banyak benda yang boleh belajar. Banyak pengalaman boleh dicari.

Kami sampai jeh ke Heathrow dalam pukul 3.30pm. Terus turun ke Tube di Terminal 3 (mostly middle east airlines kat Terminal 3 dan 4). Heathrow Terminal berada dalam Zone 6 dalam rangkain Tube di London. So kalau nak beli travel pass/Oyster card, memang tak masuk sekali. One journey from Heathrow ke Central London cost dalam GBP5. Tapi senang dan convenient. Masa aku sampai di sini bulan April dulu, aku naik dari Stanstead Airport London.

 
It takes 40 minutes from Heathrow to Central London
Plan kami ialah untuk check in hotel dulu sebab sebelah malamnya kami akan teruskan perjalanan ke Belgium. Hotel kami terletak di High Holborn. Sebenarnya pakej yang kami dapat ni sekali dengan Airline ticket+ Hotel 3 malam. Tapi berlaku kekeliruan masa nak book hotel tuh. So dari 3 malam tuh kami dapat 1 malam jeh. Takpela..nak buat macam mana. Dah bukan rezeki.

Pandangan dari luar
Our room
Tak sampai beberapa jam check in, kami dan bergegas ke Stesyen Bas Victoria. Masa sampai di hotel, jam lebih kurang jam 7 malam. Bas kami akan bertolak lebih kurang 10.30 malam. Dari hotel ke VCS akan mengambil masa dalam 20 minit. Kami naik tube jeh ke District line and terus sampai ke VCS.


Our bus
Perjalanan dari Kota London ke Brussel mengambil masa lebih kurang 8 jam. Sebenarnya tak jauh beza masa aku ke Kota Paris hari tuh. Proses perjalanan yang sama. Sebelum sampai ke Dover, kita akan berhenti untuk passport checking semua.Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca entry aku Journey to Paris .Aku ada huraikan sikit apa yang berlaku masa perjalanan ke sana.

Untuk info lagi, Kota Brussel terbahagi kepada 3 major stesyen. North, Central and south. Kalau naik Eurostar, kita akan berhenti di South Station. Macam kami naik bas, kami akan berhenti di North Station. North Station adalah Stesyen paling tua di Brussel.


Stesyen North
Setibanya kat sini, macam biasala..aku memang blur la. Nasib baik sebelum ni aku ada study sikit la macam mana nak move dari sini ke Central. Aku dan member memang dah book tiket Hop on and off Brussel awal awal lagi dengan harga Euro18. So kami kena bergerak ke Stesen Central dengan menaiki Metro. Dengan harga tiket hanya Euro 1.30 kami terus naik Metro ke Central.

Metro yang menghubungkan Brussel dan bandar lain

Aku.....
Penduduk Belgium puratanya adalah berbangsa Belanda (Dutch) dan juga France. So mereka bertutur pelbagai bahasa mengikut daerah. Nasib baik diorang ni fluent jugakla bahasa Inggeris. Kalo tak, teruk jugakla nak communicate....

Ni la Hop on n off yang kami naik.Cost Euro18
Rainy morning...rasa macam dalam chiller...
Heavy rain
Di pagi pagi hari ni kami memula kan perjalanan di Kota Brussel. Dengan badan yang penat tak terkata dan cuaca yang sejuk tuh, kami gagahkan jugak untuk meneroka bandar Eropah ni..jom layan gambar gambar jap..

Couple yang tolong snap gambar kami...dank u en tot ziens!
me and my buddy
Brussel Atomium
Antara Gereja tertua di Brussel
Bandar yang permai dan sunyi

nearby park

Banyak tempat tempat menarik yang tak sempat dikunjungi kat sini. Masa jeh yang tak mengizinkan. Lagipun apa yang jadi penghalang ialah kepenatan yang melampau. Tak cukup rest dan sebagainya. Ni memang bukan namanya melancong..tapi "travelling". Sampai sini dulu entry ni..nanti aku sambung entry di sebelah petang di Brussel dan jalan jalan cari makan kat sini. Jumpa di next entry....salam!

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...