Showing posts with label New York City. Show all posts
Showing posts with label New York City. Show all posts

Journey to New York

NoorNazuha | 1:17 PM | 18Comments |
Salam semua...

Entry ni ialah backwards sebab sebelum ni memang tak berkesempatan nak update. Sekarang, aku dah berada di rumah. Masih ber "MC" setelah jetlag yang agak keterlaluan. Teruk jugak headache dan mual mual ni. Mengalahkan orang mengandung pulak..:)

Okla, direct je ke tajuk utama. Perjalanan aku ke New York adalah antara perjalanan paling mencabar jika diukur dari sudut jarak. Selama 28 jam penerbangan dan 2x transit sangat sangat meletihkan. Jika diringkaskan, perjalanan aku boleh dilukis lebih kurang begini:-

KLIA----KUWAIT (Transit)---London (Transit)---New York---Orlando---New York---New Jersey---Washington---Buffalo (Niagara Falls)---Boston---New York---London (Transit)---Kuwait (Transit)---KLIA---Home sweet Home...:)

Nanti, akan ku kupas satu satu sepanjang perjalanan tu nanti. Mana la tahu ada tips tips yang boleh dikongsi bersama nanti. I hope so.

Kami memulakan perjalanan pada 28hb Januari, 2013. Bertolak dari rumah pada jam 9 malam terus ke Kl Sentral. Sesampainya di KL Sentral, kami terus menaiki KLIA Express.


Layan blues dulu dalam tren.
Kami sampai di KLIA lebih kurang jam 11 malam. Masih ada beberapa jam sebelum boarding sebab flite kami akan berlepas pada jam 3.15 pagi. Sepanjang menunggu ni, memang bosan. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik jam 12 malam, check in counter dah bukak. So after check in, kami terus ke Boarding gate and lepak lepak kat dalam tuh. Suasana sangat lengang malam tuh.


Keadaan pagi tuh.
Oh ye, lupa nak mention, kami menaiki Penerbangan Kuwaits Airways dan tiket ke New York yang kami beli ni adalah rate yang termurah iaitu sebanyak RM2838.00 P/Person.


My Boarding pass.
Lebih kurang jam 3.00AM, kami pun boarding. Kuwait Airways ni airline yang agak lama. Tapi servis yang diberi agak memuaskan. Takla kasar sangat macam typical Arab ni. Mereka agak polite dan memang communicate dalam english. Penerbangan dari KLIA ke Kuwait mengambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit. Sepanjang 7 jam ni, kami dihidangkan 2x meals.


1st meal: Fried Rice, Orange juice, plaine water, bread and butter and salad.


2nd meal: Omelette, Potatoes, Bread and butter and a cup of coffee.

Small tv
Setelah pejam celik pejam celik, makan tido makan tido, akhirnya kami sampai di Kuwait International Airport.Waktu pada masa tuh lebih kurang jam 6.30 pagi. Keadaan di sana agak kelam kabot dan tidak tersusun. Semua orang macam bertempiaran ke sana sini sebab tak ada kaunter khas untuk bertanya.


Bumi Kuwait, maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.

Fuhh, keadaan bording hall masa tuh.
Di Kuwait ni kebanyakkan orang akan transit. Samada macam kami, atau ke europe atau ke India atau Bangladesh. Paling ramai adalah mereka yang nak ke India dan ke London. Flite pun memang full masa ni. Tapi keadaan airport kat sini agak menyedihkan. Kurang teratur dan tidak sistematik.

Lebih kurang jam 10 pagi, kami menyambung penerbangan ke London pulak iaitu transit kedua. Penerbangan akan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Meal yang dihidang kali ni pun sama jugak sebanyak 2x.

Baru mengambil seat untuk penerbangan kedua.

3rd meal:  A cup of coffee and muffin.

4th meal:Briyani rice, salad, bread, dessert, plaine water and juice.
Masa ni aku dah lentok. Mengantuk tahap kuda dah. Asal bukak mata jeh, tak sampai sampai lagi. Mr Hubby asyik pulak sembang sembang dengan kawan sebelah dia. Pakcek dari Bangladesh yang dah 4 tahun bekerja di New York di Forex Company. Very nice Pakcek. Dia tanya kenapa kami memilih bercuti pada musim winter, and kami bagitahu dia musim winter ialah low season and murah dari banyak segi + memang nak main snow.

kami sampai di London lebih kurang jam 3 petang. Di sana, kami tak ada sebarang masalah. Keadaan smooth jeh. terus kami ke Boarding hall untuk check up barang. Security check up disini agak ketat berbanding di Kuwait. Lepas check barang, kena self check up pulak, macam la aku ni bawak Bom tangan.


Misi diteruskan.
Setelah melalui proses menunggu seperti biasa, kami meninggalkan bumi London pada jam 6 petang lebih kurang.  Untuk penerbangan ke 3 ni, macam biasa, kami dihidangkan dengan 2x meal sepanjang penerbangan. Perjalanan dari London ke New York mengambil masa 7 jam.


5th meal: Samosa, Sandwich, plaine water,kit kat, and coffee.

6th meal: Lamb, Nan Bread, coffee,dessert, dalca and juice.
Total perjalanan kami sudah hampir 28 jam termasuk transit.Memang leteh dah tahap kronik dah ni. Kami menjejaki John F Kennedy International Airportlebih kurang jam 6.30 petang tapi keadaan dah gelap memandangkan musim winter.


Kualiti gambar kurang memuaskan lagi. Di JFK Airport

Waiting for the NYC Airporter.
Dari JFK ke New York tidak menjadi masalah. Kami terus ke NYC Airporter Counter untuk mendaptkan tiket bas dengan harga $16 p/person untuk sehala perjalanan. After that, kami just tunggu jeh bas dekat luar airport. Suasana malam tuh agak sejuk tapi takla sampai menggigil. Perjalanan dari Airport ke Central New York mengambi masa lebih kurang 30 Minit.

Di New York, kami menginap di Hotel Pennsylvania. Untuk info lebih lanjut, boleh click di bawah:-


Hotel ni sebenarnya adalah hotel bajet jeh. Apa yang membuatkan harga dia agak mahal adalah lokasi nya. Terletak berhadapan dengan Penn Station dan juga Madison Square Garden. Shopping Mall Marcy's hanya terletak 2 blocks away. The Empire State only 10 minutes walk. So heaven.

Our room
okla...dah panjang betul entry ni. Will be continued soon with many else to share.. till now, babai all.......

Terima kasih, datang lagi.

First day in New York City

NoorNazuha | 2:16 AM | 12Comments |
Morning all....

Hari Pertama di bandaraya New York aku and Mr Hubby buat aktiviti sendiri.Tak ada specific tempat pun nak pergi. Disini, kami menginap di Pennsylvernia Hotel. Just opposite Penn Station and Madison Square Garden. 

At the centre of New York City
Here, by walking distance to a few attractions like Macy's, Empire State Building, Madison Square and Public Library are so close So, pagi pagi lagi kami berdua dah exercise jalan jalan area sini.

This is Penn Station, one of the New York's main station.

The nearest Subway to our Hotel is Penn Station.
Tapi, aku masih belum naik subway lagi memandangkan tempat tempat nakpergi semuanya dekat dekat jeh. So better jalan kaki. Lagipun keadaan cuaca sangat baik untuk buat aktiviti aktiviti luar. Suhu hari ni dalam 6 degree Celcius. Sangat mendamaikan. Tapi suhu pada waktu malam akan drop below freezing and tak digalakkan sangat berada di luar....


We are heading to Macy's, one of world's largest store.

 Already plan to buy something here soon.

Macy's ni ala ala Harrods di London.Harga barang barang di sini boleh dikira murah jika dibandingkan dengan di KL. Banyak produk dari label label terkenal dijual macam lambak lambak jeh. Tapi harga takla lambak sangat. Masih ratus ratus and ada jugak ribu ribu. Tak sempat nak snap satu satu item item kat sini...pokok pangkal, memang rambang mata la.....

Lepak sinisekejap, tapi belum naik atas sebab kami akan join tour pada 3HB Februari nanti.

heading back to Hotel.
Oklah..ketika menaip entry ni, aku balik hotel kejap nak hantar barang, nak makan maggi beserta sambal ikan bilis nenek kesayangan aku buat and nak solat kejap. Sempat update sikit. Lepas ni akan menyambung aktiviti meneroka Big Apple City lagi.......jumpa nanti di lain entry ye.......Au Revoir!

Terima kasih, datang lagi.

Safely arrived!

NoorNazuha | 12:06 PM | 11Comments |
Assalammualaikum..
Syukur Alhamdulillah, setelah berhempas pulas selama 28 Jam bertukar tukar flight, akhirnya aku and Mr Hubby selamat mendarat di bumi New York pada jam 6.30 pm waktu tempatan, 29hb Januari, 2013. Check in hotel lebih kurang jam 10 malam. 

Muka dah tak macam orang sebab jet lag yang amat........
Banyak yang ingin dikongsi and banyak yang nak di update....masa belum mengizinkan...badan dah penat and tengah mencari cari mana la arah kiblat kat hotel ni....nanti sambung yek.....Nite All.....

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...