Dah lama jugak tak sambung entry. Busy betul lately. Okla..nak sambung entry bajet. Kali ni ke Brussel Belgium pulak. Tak nak story panjang panjang.
Bus euroline dari London-Brussel-London GBP50 (RM250)
Perjalanan memakan masa lebih kurang 8 jam. Sama macam Paris jugak.
Metro ticket dari North Station ke Central Station Euro1.30 (RM5++)
Seperti Paris, Kami ke sini tak overnight. So naik bas malam and sampai ke Brussel awal awal pagi lagi. Transport yang paling mudah ialah menaiki Metro (Subway)
Suasana North Station pagi pagi..lengang! |
Metro yang menghubungkan antara bandar bandar di Belgium |
Lepas tu, aku nak share pasal bajet naik HOPO pulak. HOPO kat sini murah sikit nak compare dengan di London. alid hanya untuk 24 jam sehaja. Bila berhenti di Central Station Brussel ni, boleh terus naik HOPO kat sebelah hadapan station.
HOPO Brussel (Hop On Hop Off)
GBP18 (RM90++)
untuk info lanjut, boleh click kat sini:-
Posing yang mana sempat |
Budget makan pulak...hehehe...oleh kerana tak overnight, so jimat la nak makan. Standard la makan kalau kat europe ni..alih alih kebab. Alih alih Tandoori. Alih alih roti nan..uweekkkk....apa nak buat. Tu jeh yang halal kat sini.
Kos untuk sepinggan kebab + Coke 1 tin dalam Euro9 (RM30++)
Portion yang sangat best... |
A cup of hot cappucino cost Euro4 |
Shopping & Expenses.
Bila story bab shopping dan belanja ni, as usual terpulang pada individu. Kalau nak diikutkan hati dan perasaan yang nak shopping tuh, bawak RM10K pun belum tentu cukup....huhuhu. tapi banyak brand yang mahal di Malaysia tapi murah kat Eropah. Cuma duit jeh memang tak bawak banyak...
Duit Poket Euro50 (RM200++)
Beli souvenier Euro10 (RM40++)
Fridge Magnet. |
Aiskrim 1.50 Euro |
Harga..bole laaa... |
Scarf hanya 2 Euro |
A lot of choices |
Bus Ticket return RM250
Duit Belanja RM300
Makan RM50-100
Souvenier RM50
Jumpa lagi di next travel bajet ok.....see you soon...babai......