Oppssss...tajuk entry tak best. Tak seindah sakura. Nape ek....aku ni bukan la pengkritik hebat. Dan jugak bukanla nak me"negatif" kan drama melayu. Aku rasa semua tau slot pukul 7 petang kat TV3 tu kan, drama Seindah Sakura tuh. Well, tengok teaser dia first first dulu nampak macam best. Especially Fasha Sandha yang jadi muka utama. Even tak pernah minat dia personally, dia ada bakat la dalam bidang ni. Tak kayu macam sesetengah tu (tak perlu la mention nama). Aku jarang layan drama melayu. Tapi dek kerana slot pukul 7 tuh time di ambang ambang Magrib gitu, and memang tak ada cerita lain yang menarik, so penat penat balik kerja tuh, so layankan aje laa...
Beberapa perkara "rapuh" yang aku rasa macam sangat obvious dalam drama ni....(macam la aku ni observerer sangat kan...hihi.....)..
Nombor Satu, masa scene scne di kampung. Masa Syakira kecik kecik, mak dia kata bapa dia dah meninggal. Tapi tak pernah tunjuk mana kubur dia and isu tu mati kat situ jeh. Agaknya Si Syakira tuh tak berminat nak tanya pasal kubur ayah dia kat mana kot..hehehe
Nombor Dua, Watak Syakira tuh lepas divorce dengan Eizlan Yusuff macam terumbang ambing. Tak nampak pulak dia kerja ke, hanya bergantung dengan duit alimoni 200K tu jeh ke...siap boleh masuk saham, derma sana sini....(banyak kot duit dia dapat tuh)
Nombor Tiga, Hubungan Syakira dengan Fahrin Ahmad digambar kan sebagai Bekas Mak Saudara (Sebab Syakira pernah kahwin dengan Bapa Saudara Fahrin iaitu Eizlan Yusuf), mereka ni dikatakan tak boleh kahwin, Menurut apa yang aku tahu, hubungan mereka ni adalah Mahram Sementara iaitu kalau mana Syakira tu masih jadi isteri Bapa Saudara Si Fahrin tuh, isu sekarang, mereka dah bercerai dan Syakira tu hanya la bekas Mak Saudara jadi mereka ni bukan la Mahram lagi. Dalam Surah An Nisa Ayat 23 menjelas kan pasal Mahram ni,iaitu perempuan yang tidak boleh dinikahi selama lamanya. Hubungan mereka berdua ni kalau diperhatikan tak termasuk dalam Mahram kekal. (please correct me if i am wrong), jadi apa yang saya tahu, mereka boleh berkahwin....
Nombor Empat, scene masa di Paris tu tak tahu la nak cakap macam mana. Asyik berjalan jalan, and berjalan and berjalan. Macam kering idea pun ada. Asalnya si Syakira tu pergi Paris sebab kena tipu, boleh la pulak dia pergi sorang sorang macam tak ada tujuan. And yang tak jogic nye, sebesar besar Kota Paris tuh, boleh terserempak pulak dengan Si Fahrin tuh....adoiiii.....tak ada link langsung yang boleh men "lojikkan" isu ni..(over plak aku ni...)
Nombor Lima, yang ni aku tak sure sangat la bila masa dia tulis Novel. Alih alih ada novel dah diterbitkan. Tak tau la aku ada miss episod episod penting sampai dia sempat nak karang novel tuh. Presumption aku, dia dah bagi sample novel dia tuh kat penerbit sebelum dia fly ke Paris...(agaknya laaa.....)
Nombor Enam, satu yang aku suka, LAGU DIA MEMANG THUMBS UP!
SO, ni just pendapat aku yang ikhlas. Maybe kalau baca novel dia, lain pulak feeling dia. Tak tahula bila dah jadi drama, semua nak shortcut sampai plot plot penting dah kena cut sana sini. Kalau pendapat ni salah, sila maafkan aku yang dhaif ini..hehehe...babai!