Wedding and Sis's birthday

NoorNazuha | 10:38 PM | 9Comments |
Salam

Minggu ni tak banyak cerita yang nak dikongsi. Tapi weekend tuh mesti ada plan jugak la. Nak melepak kat rumah ajeh time cuti mesti akan mati kebosanan. Tambahan pulak cerita astro yang asik ulang ulang and ulang tak sudah sudah.

Minggu ni ada wedding. Satu office. Wedding kat area Sungai Besi. Pukul 12.30 kami dah sampai. Tak nak lewat lewat sebab ada programme lain pulak. Sampai nak tunggu bersanding pun tak sempat.



Eh eh, belum cerita bab makan, makanan dah habis dah..:P.... kiranya catering kat sini not bad jugakla. Paling suka rendang tok dia. Ada rasa pedas,masam and manis manis gitu....ada bubur jagung and bubur kacang untuk dessert. Ye, saya makan sampai 2 pinggan...Alhamdulillah...





Team color, Pink.....
 Dalam lebih kurang 30 minit melepak sambil makan, rombongan budak budak office sampai.Riuh rendah jugak la bila mereka ada. Maybe sebab majlis dekat jeh, so ramai yang berkesempatan hadi sama.


Ni la yang bertanggung jawab jaga akaun kat office saya..:)


tu boss!

 Tak lama cerita kat sini, kami dah kena gerak balik ke rumah mak saya di Ampang. Jalan agak jam especially di MRR2. Tujuan kami balik sebab nak celebrate birthday adik saya yang ke 5. Sekarang dia belajar di UIA jurusan yang sama dengan saya dulu..hehe...


acara bakar satay


Ni penunggu setia rumah yang bernama Molly....


Happy birthday Sis....



Ini saje yang boleh saya update minggu ni. Sedang mencari masa dan material yang sesuai untuk dikongsi. Cuma masa banyak mencemburui saya sekarang. Entry ni saya update di rumah dengan menggunakan internet yang terover slow. Nak upload 1 gambar pun sampai 30 minit. Bayangkan la kalau nak masukkan 10 gambar. Saya give up.....

Jumpa di lain entry.....adiossss.....:)

Terima kasih, datang lagi.

Muzium Diraja

NoorNazuha | 9:59 PM | 24Comments |
Salam

Cuti sekolah dah bermula. Mesti ramai yang dah atur plan masing masing kan. Pergi bercuti cuti sekeluarga, menghadiri wedding, lepak dengan kawan kawan dan banyak lagi....

Saya memang tak ada plan buat masa ni. Kering idea nak ke mana. Semua tempat macam sesak dengan manusia. Rimas pulak jam macam ni. Dah hujung hujung tahun ni mood nak bekerja pun dah sangat la kurang.

Cerita pendek minggu lepas saya dengan Mr Hubby memang mati kutu nak ke mana. Last last kami ke Muzium Diraja atau pun Bekas Istana Negara Lama nak amek gambar. Dah lama tak snap snap gambar. Naik bersawang dah kamera ni.



Hujan rintik rintik petang tuh membuatkan aktiviti agak terbatas. Lensa kamera pun tak jelas terkena titik air hujan. Orang tak ramai pun masa ni. Cuma ada beberapa buah keluarga baru sampai macam kami. Waktu operasi dari 9 pagi ke 5 petang sahaja dan harga tiket masuk cuma RM5 seorang.


Besar punya banner


Jalan menuju ke istana


Seperti diduga, kalau pergi ke Muzium, tak boleh amek gambar di dalam Istana. So what's the point kan?hmmmm..apa nak buat, kami cuma dapat snap sikit guna hp kat dalam tuh. Tak berani pulak nak post kat blog ni. Tak pasal pasal kena saman pulak. So bersemadi la gambar gambar tuh kat dalam HP sahaja.

Tak ada apa yang menarik pun kat dalam tuh. Kalau dah nama nya istana, what to aspect lagi. Semuanya masih rapi terjaga. Bilik beradu, Bilik Sauna, Balairong Seri, Tempat bersantap semuanya cantik cantik la...


Gambaran dari sudut depan Istana


Antara yang berkembang


Macam sama jeh, Macam sama jeh....


Fountain yang tidak digunakan lagi
Semasa kami nak keluar dari dalam istana, sempat jugak Mr Hubby isi Comment book, kalau kalau ada suggestion. So kami letak la cadangan why not bagi permission kepada visitor untuk bergambar di satu sudut dalam Istana tu. Bukannya luak apa pun kan. Cuma nak jadi kan kenangan. Harap mereka take note la walaupun tahu mesti dah beribu orang bagi cadangan yang sama..:)


Amek gambar pintu ajeh la nampaknya...


Mendung
Cukupla cerita ringkas buat entry kali ni. Sesiapa nak berkunjung ke sini, tak bawak kamera canggih canggih pun tak apa sebab tak boleh nak menikmati keindahan kat dalam istana tu pun. Dapat bergambar kat luar aje lah. Rasa nak feel feel duduk dalam istana, boleh la datang sini........Tata,,,:)

Terima kasih, datang lagi.

Macam kena tipu jeh...

NoorNazuha | 3:57 PM | 20Comments |
Salam

Today i feel i want to share to all of you about misleading business. What i mean by misleading business ni ialah perniagaan yang banyak promo and bila once kita pergi, lain yang kita dapat dan banyak sangat hidden charges.

Recently ada terbaca tentang penipuan New York Skin Care. Macam mana diorang tarik pelanggan. Sebenarnya saya pun dah terkena. Firstly dekat Mayfair Bodyline. Firstli member ajak ke sana sebab ada promo untuk facial SAHAJA. Last last kena amek package sampai RM400 untuk 6 session. Session pertama kami pergi jeh. Macam ok. Session kedua pun nampak ok. Bila masuk kali ke 3, diorang mula ding dong, kata mesin yang biasa guna dah tak ada, kena tukar then kalau nak kekal kan mesin lama kena tambah duit. Of course la kami tak nak. Last last session ke 4 sampai ke 6 terus kami tak pergi. Rugi kan..

And recently, we purchased 1 slot of facial at Groupon/Mydeal with the price of RM38 for 3 hours facial treatmet. Nampak murah kan.Nama outlet ialah BEYOND BEAUTY. Sampai sana kami kena bagi ic. Diorang macam question alamat ic masing masing bukan di KL. So apa kena mengena kan....then kami kena panggil untuk consultation. Macam macam la cerita la keluar pasal kulit muka masing masing. Tapi kami kena panggil d bilik yang berasingan.

Then tiba masa facial, suddenly beautician tu kata member saya amek pakej facial yang RM150, sebab ada macam macam. Masa tuh saya dah terbaring and dah buka tudung semua. Tak kan nak pergi tanya. Dah la tak tahu member tuh kat bilik yang mana satu. So, saya ok kan aje la, kena tambah RM150. Salah satu sebab malas nak tunggu kalau member habis lambat.

Okla..after dah habis facial, lebih kurang 2 jam 30 minit, kami dipanggil untuk briefing. Masing masing kena panggil asing asing hokey!...so diorang start promote package facial kat situ.  Bermula dengan harga ribu riban and of course la saya kata TAK NAK.. Then dia kata ada package lain murah sikit, dalam ratus ratus la, tak silap 800 gitu. And of course la saya kata TAK NAK jugak.Then dia kata member saya NAK. Bila masa plak member saya nak ni..then saya kata biar betul member saya tu nak. Nampak sangat tipu. Bila saya kata nak jupe member saya, terus dia bagi package lagi murah. Dalam RM400 kot untuk 3 sessi. Then tiba tiba member saya datang jumpa saya. Dia berkeras nak jumpa saya jugak sebeb maybe dia pun dah tak larat nak ding dong ding dong.

Entah macam mana mana kami boleh setuju dengan package paling murah tuh pun tak tahu. Kena pukau ke apa ke atau kami yang bodoh. Memang itula yang kali terakhir la nak pergi tempat tempat macam ni... serius rasa macam nak maki jeh  Bukan apa, bayaran awal RM38 ialah bayaran umpan supaya kita ke sana jeh..kalau yang tak kuat terpengaruh, takpe, yang kami ni macam dah habis ayat dah nak tolak




Sesiapa yang nak ke sana, hati hati la.....siapa yang tak suka kena paksa paksa ni, dinasihatkan jangan la pergi. Ini bukanla pengalaman pertama saya beli pakej kat Groupon atau pun MyDeal ni, tapi outlet lain ok jeh. Tak adala nak paksa paksa. So..beware ye kawan kawan..:)




Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...