Winter Stuff Hunting

NoorNazuha | 2:22 PM | 17Comments |
Salam

Apa khabar semua? Semoga berada di bawah Lindungan Allah semuanya. Alhamdulillah batok dan flu dah beransur hilang. Lega sikit. Ada semangat sikit nak gi kerja. Apa plan korang last week? Saya macam biasalah tak ada plan sangat. Last last kami ke Pavilion. Hajat nak ke Winter Time. Cakap pasal Winter Apparel ni, saya memang suka Winter Time. Banyak pilihan. Pastel color yang menarik and selalu ada sale.

Terletak di level 4
Actually, kalau branch Pavillion ni tak la banyak sangat choice. Saya suka kalau di AEON Seremban memang sangat banyak pilihan. Rambang mata betul la..disebabkan hajat di hati memang nak grab satu, so tak kisah la kat mana mana pun, janji berkenan.


Wool Jacket yang sangatla menarik
Pada awalnya macam nak cari Wool Jacket, tapi untuk wool ni, harga nya sangat la tidak masuk akal. Tak silap dalam RM800. Ada diskaun dalam 20%. Ooopsss still tak mampu. Jauh panggang dari apinya... 


for guys

Kalau nak yang agak murah, jenis jenis Parka Coat boleh dapat dengan harga yang masuk akal. Walaupun takla cantik sangat, tapi harga masih mampu dibeli. Lagipun coat nya tebal dan cukup untuk menampung kesejukkan di bawah paras beku.


Prefer the peach one, but new arrival always has no discount.


Yang ni ada less


Jom try kejap


Rembat satu.....whoeeeeee

So akhirnye decide beli Parka Coat yang kat atas tuh cuma amek kaler cream jeh. Winter Time ni sangat puas hati sebab dari sudut kualiti memang terjaga. Tak takut kalau nak ke tempat yang below 0 degree ni. Selain tuh, saya survey jugak wool coat di online dan akhirnya terbeli satu Nepal Wool Coat di website ni..:


Harga RM139 jeh..
Selain survey survey winter coat ni, hajat di hati nak jugak cari Boot. So kami teruskan perjuangan ke satu lagi Store berdekatan. Saya suka jugak ke sini sebab baju bajan pun murah walaupun tak beli pape pun kat sini...:)



Kat sini Boot Boot PVC cuma berharga dalam RM88 ke RM199. Not bad la untuk harga sepasang boot. Tapi tahun ni tak banyak sangat choice macam tahun lepas. So tak jadi beli. Kat Mark and Spencer pun ada dengan harga RM99 jeh...not bad kan...

Sebenarnya Pavillion ni kami tak suka sangat nak lepak. Kecuali bila ada hal dan memang nak beli barang tertentu. Saya pernah hilang Handphone kat sini. Peristiwa hitam yang lain pernah sesat kat parking, and pernah berejam nak cari parking kosong. Fuhhhh berpeluh mak..

Tapi time Krismas ni deco kat sini sangat cantik.....jom tengok...:)







Meriah betul dioarang ni....anyway..tak awal lagi untuk wishkan Selamat Tahun baru buat semua teman teman blogger yang rajin berkunjung ke blog ni. Insyaallah sama sama kita share pengalaman masing masing ye....see you guys in the next entry k..

Lots a Love..

Terima kasih, datang lagi.

Taman Tasik Perdana

NoorNazuha | 3:09 PM | 10Comments |
Salam

Hari ni dah masuk hari yang ke 14 saya mengalami Batuk dan flu yang dasyat. Tapi dah berkurangan la sikit compared dengan last week. Alhamdulillah...Allah nak hapuskan dosa dosa..:)

Apa aktiviti korang last week.? dah nak hampir penghujung cuti sekolah dah. So far memang tak kemana mana. Bila badan tak sihat ni memang tak ada mood nak berjalan jauh jauh. Aktiviti biasa di hujung minggu ialah gi buat eye theraphy. Maksud saya pergi cuci cuci mata dengan tak perlu nak keluarkan bajet yang besar. Besides tuh, dah lama jugak rasanya tak gi snap snap gambar..:)



Actually kali terakhir lepak kat sini rasanya zaman rombongan sekolah dulu kot. Mau nye 15 tahun lepas or maybe 20 tahun lepas. Petang tuh ada event di sini. Hari keluarga DBKL. Tapi masa kami sampai majlis dah almost habis. Temat tempat macam ni menarik kalau jogging ataupun wat Garden Wedding.


Tempat kanak kanak lepak


Taman Mini Dinosaur



Sesuai kan bawak anak anak lepak sini. Banyak permainan ada. Apa nak buat, kami hanya berdua. So tengok ajela...belum rezeki..:(

Mula mula tertanya jugak kenapa Taman ni dipanggil Taman Mini Dinasour, bila diperhatikan semula, rupa rupanya pokok pokok di sini dipotong berbentuk Dinasour. Kreatif...


Ada nampak bentuk tak?



Perjalanan kami diteruskan. Mak aiii..berpeluh mak. Dahla badan tak fit. Dengan batuk dan selsema yang tak henti henti....Cuaca agak mendung petang tuh. Tapi bahang cukup terasa. Mau berkilo kilo peluh dibuatnya. Kalah orang jogging kat sinii... Dah la turun naik bukit. Seriously memang dah tak fit..


Eye Theraphy


Jom Jogging

Tak ada apa apa event hari tu



Cuci mata lagi....

Menyejukkan mata


Air terjun tiruan yang mendamai kan...


Mr Hubby yang perasan dia dah kurus....
Di sini ada disediakan macam macam kemudahan. Surau pun ada. Tak perlu risau. Tapi kalau nak compare dengan Tasik Titiwangsa, kat sini lebih sunyi dan mendamaikan. Sesuai kalau nak amek gambar....Kalau di Titiwangsa tuh dah crowded sangat. Ada gak cerita cerita Mistik orang orang yang suka jogging belah belah senja kat Tasik Titiwangsa tuh. Wallah alam betul ke tidak cerita tuh...


Mini Tasik kat sini.


Apa nama pokok ni agaknya?...
Kiranya sepetang tuh kami cuma cuci mata kat sini jeh. Plan lepas tuh nak ke Tugu Negara tapi dah tak larat. Malam nak layan Hobbit, so tak nak la badan penat sangat. Kang wayang pulak yang tengok saya......tak syok kan...but truly, cerita Hobbit Desolution of Smaug ni lagi best dari yang first sebab adventurious sikit dan tak banyak cakap.....so dalam mengantuk tuh terus jadi tak mengantuk...

Okla..sampai sini dulu pengisian kali ni.....tak banyak pun mungkin ada serba sedikit dapat kita share sama sama kan.....tata...

Lots of Love....


Terima kasih, datang lagi.

Saya Demam!

NoorNazuha | 4:58 PM | 19Comments |
Salam

Apa khabar semua? how everything is fine....tak habis lagi dengan entry wedding ngan birthday tu kan. Mesti bosan jeh kalau masuk blog ni..:)

Sebenarnya keadaan kesihatan saya kurang baik sekarang. Dah seminggu lebih saya mengalami batuk dan selsema yang teruk. Seriously, ni antara batok yang paling teruk pernah saya alami. Punyala susah nak pergi kerja. Nak makan ubat batuk waktu siang tak boleh sebab ngantuk. So tahan ajela. Cuma saya ada try amek madu lebah. Tapi tak jalan jugak...




Mr Hubby tanya jugak kenapa tak nak mc je. Fulamak, macam saya ni rajin sangat nak kerja. Baru jumaat lepas saya mc sebab gi jumpa doktor mata. Tak kan la nak MC lagi......Bos pulak tak suka kerap sangat MC. Yela, Bos mana yang suka kan....tapi rasanya sekarang memang musim demam, even kat office pun ramai yang batuk dan demam.

Oleh kerana ini la, Blog jadi terbiar buat seketika. di samping mencari bahan baru untuk dijadikan entry baru. Doa kan saya cepat sembuh ye.......see you then...:)

Lots of Love...

Terima kasih, datang lagi.

Something BIG has arrived!

NoorNazuha | 3:20 PM | 15Comments |
Salam

Saje bikin gempak jeh tajuk post kali ni.......Yey...yang di order dah sampai. Sekarang pening pikir untuk settlekan hotel dan belanja belanja lain pulak. Semuanya belum settle lagi. Pening pulak nak fikir macam mana nak arrange budget. Sekuarng kurangnya kalau Hotel dah lepas tak lah nak risau sangat. Ni booking pun belum lagi....
 




Nak bercuti tak pakai agen ni bukannya senang. nak kena fikir dari segala aspek.. Bab baju, cuaca, hotel, transport dan segala macam yang kecik kecik.  Disebabkan kesibukan di tempat kerja, so susah nak bajet masa untuk google benda benda penting untuk vacation kali ni....

10x fikir jugak saya fikir untuk order pass ni. Banyak review jugak yang cakap rugi beli pass ni. Lagi murah kalau beli point to point ticket. Pun saya dah cuba consider. Tapi tak dapat pun harga yang dikehendaki. Sehala perjalanan sahaja dah mencecah hampir RM500. Belum lagi amek return dan belum kira lagi dan ke tempat tempat lain. Last2 saya dan member sepakat untuk beli Pass ni. Takpelah berhabis sekali. Tak yah fikir dah nak beli point to point tiket memandangkan kami bercuti pun dalam 17 hari.

Okla, tak boleh nak share panjang panjang. Ada kerja pulak..sampai kita bertemu di lain entry....and di lain cerita....babai....:)

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...