Salam
Dah berhabuk jugak blog saya ni. Bukan tak ada story, cuma tak ada masa nak update plus tak sempat nak transfer gambar gambar ke dalam Lappy. Tambahan pulak kerja tengah banyak sekarang. Pening kepala mak..
Ni post lama. Cuti Wesak hari tuh tak tau nak ke mana. Kawan ada nak ke Singapore. Nak main transformers di Universal Studios katanya.....masa dia gi tahun 2010 dulu belum beroperasi. Saya pun dah lama tak naik roller coaster....Terus plan ke Singapore sekejap. 3 hari, 2 malam, cukupla nak cover Singapore.
Sepanjang 2 malam, kami stay di Amrise Hotel, berdekatan dengan MRT Aljunied, 15 minutes walk di dalam daerah Geylang.
Ni Katil saya. Kecik jeh. Tingkap pun tak ada...kos cuma RM300 untuk 2 malam. Share 2 orang kira okla kan...hehe....tapi sangat bersih. Puas hati..boleh recommend stay kat sini. Saiz bilik sama dengan tune hotel. Kecik ajeh.
Misi kitaorang nak ke Resort World Sentosa aka Universal Studios. Hari pertama cuma ronda ronda Singapore guna MRT. Beli jeh Topup dengan harga SGD12 and ada baki dalam SGD7 kat dalam tuh. Makan tak ada masalah sebab dah semakin banyak tempat makan halal di Singapore. Kami makan kat Republik and kat sana banyak Halal food. Siap ada sijil Haal dari Majlis Agama Islam Singapura.
+- SGD7 |
Hari kedua kami memang straight ke RWS. Macam mana nak ke sana kalau guna Public Transport? Senang sangat. Naik MRT ke Station Harbour Front. Then nak Bus RWS8 dan terus ke Resort World basement.
Tengok kat tanda hitam tuh. Purple line (6). Dari stesen tuh jalan jeh ke kanan and nampak signboard bus Stop. Then tnggu jeh bus kat situ. Ada 2 option, boleh naik bus atau Monorail Vivo City. Tapi kitaorang naik Bus jeh sebab dah ada Kad Top up.
Pagi pagi ke sini que pun dah panjang. Walaupun datang hari isnin, still sama jugak. Especially Transformers. Sempat la naik 2x sebab tak larat que. Nak naik sampai muntah pun boleh kalau larat...:)
Yang tak bestnya, Roller Coaster Battlestar Gallectica dah close for maintainance ye. Kalau tak silap, diorang tak update dalam website pun. Tu yang agak rugi kalau pergi. Dengar rumours dah tutup terus sebab banyak crack. So sesiapa yang nak menikmati rides ni, memag tak dapatla......kalau rasa tak berbaloi dengan harga tiket, so tak yah la gi. Kalau google google pasal Roller coaster ni jugak, dengarnya nak buka hujung tahun dengan tema yang lain......
Dek kerana favorite tuh dah tutop, kena la repeat nak benda yang sama. Mummy rides tu sampai 3x. Nasib baik tak pening..best!...yang lain lain sempat la nonton Shrek, Steven Spielberg, Hollywood Studios and Waterworld.
Okla..tak nak citer panjang....cuma pesanan...ROLLER COASTER BATTLESTAR GALLECTICA CLOSED FOR MAINTEINANCE until further notice.......