Journey to Milan, Italy

NoorNazuha | 12:28 PM | 0Comments |
Salam semua..

Perjalanan kami ke Benua Eropah diteruskan ke negara seterusnya iaitu ke Milan, Italy. Italy ni terlalu banyak tempat yang menarik. Pergi banyak kali pun tak akan pernah bosan. Setiap state menjanjikan pengalaman yang berbeza. Setakat ini state italy yang pernah jejak ialah:-

1. Rome.
2. Verona.
3. Milan.
4. Pisa

Teringin nak ke Tuscany pulak kalau ada rezeki.......ok dah melalut. Sambung cerita. Kami amek flight Easyjet dari Barca ke Milan. Tarikh masa tu ialah 31 Disember 2016. Means, malam tu new year count down. Plan konon nak count down kat Piazza Duomo aka Milan Cathedrial.

Kami sampai di  Milan lebih kurang jam 6 petang di Malpensa Airport. Terus amek bus ke Central Milan and then naik cab ke Apartment.

Sepanjang 5 hari 4 malam di Milan, kami menginap di     Apartment A.c & G.O Milan.






Apartment ni terletak dalam 300 meter dati Porta Venezia Metro Station. Tapi Apt ni di tingkat 5 dan tak ada lift Hokayyyy.....dahla beg kami berat tahap anak gajah. Dalam cuaca sejuk macam tu memang cepat mengah.

Apt bersih tapi sebenarnya sempit untuk 3 orang. Tak cukup space untuk letak luggage. Kena la pandai pandai susun. Dapur ok boleh masak sume. Ada extra charge untuk cleanning dalam Euro60. So kami divide 3 orang. Kalau stay untuk 2 orang ok la, lebih dari tu memang sempit.

Bilik air selesa...


Sempat masak Nasi Goreng dengan Scramble Egg je malam tu..



Lepak lepak kemas barang, mandi, solat dan sebagainya, kami keluar sebab nak count down new year. Malam tu orang memang ramai. ada certain metro station dah tutop so kena jalan kaki. Polis ada di merata rata so rasa secure la sikit. 

Disebabkan Milan terletak di utara Italy, so sejuk dia lebih sikit la dari Barcelona. Tak silap suhu malam tu lebih kurang 0 degrees. Tak tahan gak lama lama kat luar.

Di area Duomo malam tahun baru ..



Sejukkkkk woooooo...






Ada satu sebab kami tak stay sampai 12 malam hari tu. Bila dah masuk jam 11.30 malam, crowd makin ramai. Dan ramai yang start mabuk mabuk. Ada yang baling baling botol lagi. Masa tu kami dah mula rasa tak secure walaupun polis merata rata. One mere thing, orang italy ni besar besar and tinggi. Dalam lautan manusia tu, kami je paling ketot kot. So satu apa pun tak nampak.

Sudahnya dalam 11.40 kami decide nak balik ke apartment sebelum situasi menjadi semakin ganassss....takot jugak train full kalau lambat balik...

To be continued ..:) next story:-

1. Rome
2. Verona
3. Chamonix, Mont Blanc
4. Paris
5. Seoul, South Korea
5. Hokkaido, Japan.
6. Osaka, Japan
7. Tokyo, Japan
8. Jogjakarta, Indonesia

Fuhhhhhhh......till then....see ya..

Terima kasih, datang lagi.

Journey to Barcelona, Spain

NoorNazuha | 5:27 PM | 1Comments |
Salam semua...

Setelah habis aktiviti di London, kami meneruskan perjalanan di Eropah ke Barcelona, Spain. Dari Airport Gatwick, London, kami amek flight British Airways ke Barca. Cuaca di London masa tu semakin sejuk dan suhu semakin turun. Dek kerana beg berat macam ada anak gajah dalam tu, kitaorang amek cab dari Hotel di Paddington terus ke Gatwick.



Yey...dah sampai ke La Sagrada Familia.

Sepanjang di Barca, kami menginap di area La Ramblas, lebih kurang 500 meter la jaraknya. Hotel kitaorang ialah Hostal Eden. Actually hotel ni not bad jugak.

HOSTAL EDEN BARCELONA

Harga untuk 2 malam dalam rm600++ so divide la ngan 3 orang. Kami dapat 2 single bed dan 1 queen bed. Bilik air pun besar.


Apa punya angle daaaaa..




Disebabkan kami sampai memang dah malam, so tak kemana la malam tu. Cuma rehat, solat dan makan bekalan yang dibwak. Malaam tu kami ke Grocery di sebarang jalan untuk beli keperluan sikit. Convenient sangat lokasi hotel ni.

Sebenarnya, sebelum sampai ke sini, kami sesat teruk. Bangunan kat Barca ni semua sama je. Walaupun dah google maps pun still tak sampai sampai jugak. Dah lebih sejam kami sesat and tanya tanya orang akhirnya kami sampai. Locals di Barca ni senang sikit nak communicate sebab english diaorang better dari Paris and Italy.

So perjalanan kami di Barca bermula keesokkan harinya meneroka bandar yang cantik ni. Rata rata kami pusing tempat yang umum je. La Sagrada, Casa Mila, La Ramblas dan Barcelona Cathedrial. Cuaca pulak memang nice sangat kat sana. Layankan la gambar gambar di bawah...

CASA MILA



LA SAGRADA



ARCH DE TRIOMPF




TORRE AGBAR (Bullet Building)





BARCELONA CATHEDRIAL





LA RAMBLAS




STADIUM  NOU CAMP



Dua hari di Barcelona memang kami pusing Barca sahaja. Plan asal nak pergi Girona tapi tak jadi sebab badan dah penat sangat. Kat sini tak ada masalah nak jumpa makanan halal,. Ada je restoran halal yang kami jumpa. Pusing pusing naik train jeh. Harga sehala metro kat sini dalam Euro2.50 jugak. Tapi kedudukan attractions dia dekat dekat je.


Standard lunch kami dengan Kebab.




Makanan signature di Spain, Churros! beli kat luar Stadium Nou Camp dengan harga Euro2



Selain dari tu, kami jugak ke Gothic Quater dekat dengan area Barcelona Cathedrial. Area sini macam lorong lorong yang ramai pemuzik jalanan membuat persembahan. Syok gak lepak sini tapi macam biasa la pick pocket kat Spain ni berlambak. Kena extra hati hati.


Gelato, must try kalo di Europe!



Sebahagian dari Gothic Quater.



Singgah Hard Rock Barcelona jugak...



Sebenarnya banyak lagi gambar untuk dikongsi tapi dah lupa simpan kat mana. Takpelah, yang basic basic jugakla. Kesimpulan 2 hari kat sini sangat santai tapi pengalaman sesat paling teruk kami kat sini la sebab bangunan dia memang sama. Hahahaha...lawak sungguh...

Oklahh....sampai jumpa lagiiii..next journey to Milan, Italy.

Adiossssss!

Terima kasih, datang lagi.

LONDON BOXING DAY 2016 /SIGHT SEEING & GREENWICH

NoorNazuha | 3:16 PM | 2Comments |
Salam


Hari kedua di Kota London jatuh pada 26 Disember, iaitu boxing day. So konon plan tu nak shop la puas puas. Sesudah subuh dah kuar hotel. Punyala semangat dah keluar. Hari pun masih gelap lagi. Bukan apa, nak avoid crowd.

Waktu banyak kedai tak buka lagi. So kami merayau rayau area Ofxord Street dulu. Niat nak terjah Robbinsons. Tapi lambat pulak bukanya.


Que dah start kat Selfridge.


Marks and Spencer pagi pagi tu

Selfridge adalah antara gedung yang paling orang nak attack. Hahahah termasukala gang kami. dari kul 7 dah start que. Ramai yang dah siap siap bawak luggage sebab nak letak barang. Senang terus tarik je. Lepas masuk memang satu apa pun kitaorang tak beli sebab mahal. Bukan semua items ada sale. Contoh macam saya nak cari Perfume Channel, tapi sales person kat kaunter kata Channel memang tak involve pun untuk Boxing. So no point gak aku nak stay lama lama kat dalam ni.


Saja try kasut TODS tapi tak mampu jugak..:(


Tu je la barang yang dibeli. Tu pun orang punya.

Tak banyak ambil gambar time ni. Sebab crowd tak mengizikan. Kami pusing pusing Oxford lepas tu lepak makan kat Leceister Square. Lepas tu lepak Harrods sampai nak patah pinggang. Petang tu kami ke Shepard Bush untuk Westfield. Ingat nak cari kasot tapi yang dihajat tu takla dapat 100%. Belila 2 pasang kasot and winter jacket sebab winter jacket merah tu tak berapa nak tahan kalau suhu bawah ) 0 degrees.

Keesokkan hari, 3rd day, kami cuma nak pusing pusing London je. So tak ada specific plan pun. Pagi pagi lepas breakfast, kami terus terjah ke Big Bens. Standardla pose pose kat situ.


Eye on London


Photoboomb plak dia......Big Ben


No caption.
Tak banyak tempat pun kami pusing sebab suhu drop agak teruk gak. Semua tak berapa nak tahan sejuk. Dalam tengahari tu kami naik boat ke Greenwich. Dah lama nak ke sana. So beli la tix boat tu kat area eye on london tu.

Pemandangan sekitar.


London bridge dari dekat.



Dah sampai Greenwich
Apakah Greenwich? Meh tepek sikit Wiki pasal Greenwich.
Greenwich is notable for its maritime history and for giving its name to the Greenwich Meridian (0° longitude) andGreenwich Mean Time. The town became the site of a royal palace, the Palace of Placentia from the 15th century, and was the birthplace of many Tudors, including Henry VIII and Elizabeth I. The palace fell into disrepair during theEnglish Civil War and was rebuilt as the Royal Naval Hospital for Sailors by Sir Christopher Wren and his assistantNicholas Hawksmoor. These buildings became the Royal Naval College in 1873, and they remained an establishment for military education until 1998 when they passed into the hands of the Greenwich Foundation. The historic rooms within these buildings remain open to the public; other buildings are used by University of Greenwich and Trinity Laban Conservatoire of Music and Dance.

hehehe..so briefly about Greenwich. Comel je bandarnya. Suhu semakin sejuk kat sini. Tak silap 0 degrees masa ni. So tak lama sangat pun. Berhenti amek gamba je. Dalam 1 jam kami balik ke London semula.

View memang superb kat sini


Berswafoto
ZSampai di London pun dah hampir petang. Kami terus ke Oxford Street semula dan ke Regent Street. Malam tu kami ke Hyde Park and ke Hard Rock Cafe London nak beli souvenier sikit. Besok pagi kami akan gerak ke Kota Barcelona Spain pulak.
Ooo, sepanjang di London kami stay di Hotel Continental di Paddington London.

Total harga lebih kurang RM921 untuk 3 orang dan 3 malam.
Sampai sini dulu. Next perjalanan kami ke Barcelona Spain pulak......Chowwwww..


Terima kasih, datang lagi.

EUROPE 2016/2017

NoorNazuha | 4:43 PM | 2Comments |

Salam semua

Dah hampir 2 tahun tak update blog. Banyak sangt cerita nak share tapi masa tak mengizinkan. Bebarapa trip sepanjang tahun 2015 sampai ke 2017 masih lagi belum di update kat blog yang dah penuh dengan sarang labah labah ni..:)

Since dalam pc ni ada gambar europe je, so mulakan entry 2017 ni dengan share experience ke europe pada disember 2016/2017. Route kami kali ni adalah ke London- Barcelona-Milan-Verona-Rome-Milan-Geneva-Chamonix Swiss-Paris.

Trip kali ni campur campur dengan shopping masa boxing day. Masing masing ada plan nak beli barang kat London kononnya.




Hari pertama sampai di London ialah pada 25.12.2016. Krismas uolsssssss....satu apa pun tak bukak. Tube sume tutup. So banyak kami jalan kaki. Nasib baik Hotel area Paddington je. So jalan kaki je ke Hyde Park. Plan nak ke Winter Wonderland tapi tak jadi. Suhu boleh tahan sejuk. Lupa dah berapa tapi kurang 10 degrees kot.

Hari pertama sampai di London, kami ke rumah member dulu di Ealing. Lepak lepak tumpang solat. Kami dijamu dengan mee hoon yang sangatlaaa best. Dahla sejuk kan. Dapat food panas panasss.....


Emmmmmm breakkie time


Abadikan kenangan di depan rumah member tuuu


Lepak sekita taman di area Ealing.
Since hari tu Krismas, so ramai la jugak orang lepak lepak kat Taman tu. Cuaca memang mendung manjang. Actually gambar tu masih pagi lagi tapi dah nampak macam petang. Kami bajet nak stay area ni sampai tengahari so kami bole check in kat Hotel kat area Paddington.

Lepas solat zohor, member hantar kami ke Paddington. Terus mulakan dengan proses check in macam biasa. Lepas rest rest tuh, letak beg sume hari dah nak gelap. So jalan jalan area Hyde Park pulak.


Hyde Park


Oxford Street



Selfridges, antara tempat nak terjah besok.

Hyde Park ke Oxford Street tak jauh mana. So kami jalan kaki. Banyak kedai tutup and prepare untuk boxing day keesokkan hari tu. Sampai lenguh kaki gak jalan pusing sini tak ada tujuan. Sejuk tu memang sejukla. Last last singgah minum Pret.


Three of us.
Oklah sambung boxing day besok......tata...










Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...