Salam semua...
Entry ni ialah backwards sebab sebelum ni memang tak berkesempatan nak update. Sekarang, aku dah berada di rumah. Masih ber "MC" setelah jetlag yang agak keterlaluan. Teruk jugak headache dan mual mual ni. Mengalahkan orang mengandung pulak..:)
Okla, direct je ke tajuk utama. Perjalanan aku ke New York adalah antara perjalanan paling mencabar jika diukur dari sudut jarak. Selama 28 jam penerbangan dan 2x transit sangat sangat meletihkan. Jika diringkaskan, perjalanan aku boleh dilukis lebih kurang begini:-
KLIA----KUWAIT (Transit)---London (Transit)---New York---Orlando---New York---New Jersey---Washington---Buffalo (Niagara Falls)---Boston---New York---London (Transit)---Kuwait (Transit)---KLIA---Home sweet Home...:)
Nanti, akan ku kupas satu satu sepanjang perjalanan tu nanti. Mana la tahu ada tips tips yang boleh dikongsi bersama nanti. I hope so.
Kami memulakan perjalanan pada 28hb Januari, 2013. Bertolak dari rumah pada jam 9 malam terus ke Kl Sentral. Sesampainya di KL Sentral, kami terus menaiki KLIA Express.
Layan blues dulu dalam tren. |
Kami sampai di KLIA lebih kurang jam 11 malam. Masih ada beberapa jam sebelum boarding sebab flite kami akan berlepas pada jam 3.15 pagi. Sepanjang menunggu ni, memang bosan. Tak tahu nak buat apa. Nasib baik jam 12 malam, check in counter dah bukak. So after check in, kami terus ke Boarding gate and lepak lepak kat dalam tuh. Suasana sangat lengang malam tuh.
Keadaan pagi tuh. |
Oh ye, lupa nak mention, kami menaiki Penerbangan Kuwaits Airways dan tiket ke New York yang kami beli ni adalah rate yang termurah iaitu sebanyak RM2838.00 P/Person.
My Boarding pass. |
Lebih kurang jam 3.00AM, kami pun boarding. Kuwait Airways ni airline yang agak lama. Tapi servis yang diberi agak memuaskan. Takla kasar sangat macam typical Arab ni. Mereka agak polite dan memang communicate dalam english. Penerbangan dari KLIA ke Kuwait mengambil masa lebih kurang 7 jam 30 minit. Sepanjang 7 jam ni, kami dihidangkan 2x meals.
1st meal: Fried Rice, Orange juice, plaine water, bread and butter and salad. |
2nd meal: Omelette, Potatoes, Bread and butter and a cup of coffee. |
Small tv |
Setelah pejam celik pejam celik, makan tido makan tido, akhirnya kami sampai di Kuwait International Airport.Waktu pada masa tuh lebih kurang jam 6.30 pagi. Keadaan di sana agak kelam kabot dan tidak tersusun. Semua orang macam bertempiaran ke sana sini sebab tak ada kaunter khas untuk bertanya.
Bumi Kuwait, maaf, kualiti gambar kurang memuaskan. |
Fuhh, keadaan bording hall masa tuh. |
Di Kuwait ni kebanyakkan orang akan transit. Samada macam kami, atau ke europe atau ke India atau Bangladesh. Paling ramai adalah mereka yang nak ke India dan ke London. Flite pun memang full masa ni. Tapi keadaan airport kat sini agak menyedihkan. Kurang teratur dan tidak sistematik.
Lebih kurang jam 10 pagi, kami menyambung penerbangan ke London pulak iaitu transit kedua. Penerbangan akan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Meal yang dihidang kali ni pun sama jugak sebanyak 2x.
Baru mengambil seat untuk penerbangan kedua. |
3rd meal: A cup of coffee and muffin. |
4th meal:Briyani rice, salad, bread, dessert, plaine water and juice. |
Masa ni aku dah lentok. Mengantuk tahap kuda dah. Asal bukak mata jeh, tak sampai sampai lagi. Mr Hubby asyik pulak sembang sembang dengan kawan sebelah dia. Pakcek dari Bangladesh yang dah 4 tahun bekerja di New York di Forex Company. Very nice Pakcek. Dia tanya kenapa kami memilih bercuti pada musim winter, and kami bagitahu dia musim winter ialah low season and murah dari banyak segi + memang nak main snow.
kami sampai di London lebih kurang jam 3 petang. Di sana, kami tak ada sebarang masalah. Keadaan smooth jeh. terus kami ke Boarding hall untuk check up barang. Security check up disini agak ketat berbanding di Kuwait. Lepas check barang, kena self check up pulak, macam la aku ni bawak Bom tangan.
Misi diteruskan. |
Setelah melalui proses menunggu seperti biasa, kami meninggalkan bumi London pada jam 6 petang lebih kurang. Untuk penerbangan ke 3 ni, macam biasa, kami dihidangkan dengan 2x meal sepanjang penerbangan. Perjalanan dari London ke New York mengambil masa 7 jam.
5th meal: Samosa, Sandwich, plaine water,kit kat, and coffee. |
6th meal: Lamb, Nan Bread, coffee,dessert, dalca and juice. |
Total perjalanan kami sudah hampir 28 jam termasuk transit.Memang leteh dah tahap kronik dah ni. Kami menjejaki John F Kennedy International Airportlebih kurang jam 6.30 petang tapi keadaan dah gelap memandangkan musim winter.
Kualiti gambar kurang memuaskan lagi. Di JFK Airport |
Waiting for the NYC Airporter. |
Dari JFK ke New York tidak menjadi masalah. Kami terus ke NYC Airporter Counter untuk mendaptkan tiket bas dengan harga $16 p/person untuk sehala perjalanan. After that, kami just tunggu jeh bas dekat luar airport. Suasana malam tuh agak sejuk tapi takla sampai menggigil. Perjalanan dari Airport ke Central New York mengambi masa lebih kurang 30 Minit.
Di New York, kami menginap di Hotel Pennsylvania. Untuk info lebih lanjut, boleh click di bawah:-
Hotel ni sebenarnya adalah hotel bajet jeh. Apa yang membuatkan harga dia agak mahal adalah lokasi nya. Terletak berhadapan dengan Penn Station dan juga Madison Square Garden. Shopping Mall Marcy's hanya terletak 2 blocks away. The Empire State only 10 minutes walk. So heaven.
Our room |
okla...dah panjang betul entry ni. Will be continued soon with many else to share.. till now, babai all.......
18 comments :
hambooooiii...lamenye flight kak..
buhsan oiihh...tp best la ke sne..ngeee..
Salam Kenei Yong
Wow..lamanye terbang...dan murah nyer tambang....
kuwait airport tu dah ler kecik, serabut jer kan, hehe...
wow banyak transit.mst penat gila kan.
baca pun ase cam dah penat..lama tu perjalanan..apa2 pun best ar dpt tgok negara org kan
tak sabart tunggu sambungan...
bila baca terasa macam nur pulak yg pegi obesi ni...hihihi...
byk mknan..buat nur lapaerr... :)
lamanya flight...tapi makanan tu sedap sedap :)
walaweiiii...6 jam ke Beijing pun ckp menyeksakan..apatah lagi 28 jam...
perghh terbaek la sis..haritu pergi german xde transit terus ke Frankfurt 22jam jgk la rasanya, kebas montot2, kak naek yg transit pnya ok jgk boleh buat regangan/exercise...hehe.. :D wait for the next entry..hehe
Bestnyaaaaa ;D
Teringin nak g obersi jugak. haha
Lamanya penerbangan, mesti letih sangat kan ^_^
wah wah...
g obersea rupanya..
best..
28jam tu rasa kebas2 kot kuku2 kaki semua erk.
makanan tu best!! i like
wah wah...
g obersea rupanya..
best..
28jam tu rasa kebas2 kot kuku2 kaki semua erk.
makanan tu best!! i like
wow wow wow.. nak juge pegi...
salam
mmg jenuh kalau 28 jam, mau kematu hehehe
kami hari tu menghala ke east coast US guna cathty pacific dalam 14-15 jam dan sekali transit di HK . Cuma balik je makan 18jam++ kerana dia lalu jalan jauh naik kutub utara dulu dan rentas Russia baru turun ke asia
Cukup lengkap blog ni.Memang nakkk sangat ke new york.Tapi nampak mcm jauh sangat.Berapa ya kos keseluruhan kalau nak kesana termasuk tempat tinggal dan makan?
Yang tak syoknya airport JFK tu jauh betul kena jalan nak ke imigresen, tu masa saya pergi.Nak nanges masa jalan tu. travelator pun tak de. btw, macam ok pulak Kuwait Airways ni, sebelum tak pernah guna sebab duk baca review cakap teruk benar tapi kat dalam blog ni cakap cam ok je. Lain kali boleh la naik kuwait airways
tumpang tnye ...
dari klia malysia nak ke wasshiton dc too..nak naik fly apa ke sane...first time nak gi sanee..
GM Cheras: Kalau direct flite saya tak sure,tapi dari NYC ke Washington dulu kami naik bus jeh dalam 4 jam jeh.:)
Post a Comment