Another Wedding to be!

NoorNazuha | 4:17 PM | 3Comments |
The Duchess, Jalan Ampang
Salam semua. Dah seminggu tak update blog. Memang nampak sangat kering idea. Tak ada cerita nak share. Just nak story sikit pasal wedding dalam family aku. One of my sister is getting married this 30th October. Dalam tahun ni. ada 2 orang adik aku yang kahwin. Tinggal lagi 2 yang masih belajar. Lambat lagi la kot....pape pun kena habiskan belajar dulu la...wedding ni akan diadakan di The Duchess, Jalan Ampang tapi akad nikah pada 28hb ni kat rumah kami je di Ampang. Nak update sikit masa gi Food Testing hari tuh...

Yang pandang kamera tuh my mom and yang belek hp tuh bride-to be

Alamak, makanan dah licin........
Yang black shirt to bridegroom to be..and yang dua tuh adik and adik ipar ku
Overall makanan kat sini okla. Tak snap pulak gambar food food tu semua sebab lapar sangat masa ni. Tapi dishes dia kira okla...rendang and fish fillet dia ada kurang sikit dari segi rasa, tapi aku makan still tak nampak telinga jugak...hehehe....

Main hall....

Pakai snap jeh..
Hopefully everything run smoothly di majlis tu nanti...okla..tu jeh nak share..next entry nanti aku nak share pasal event tu nanti...sampai jumpa lagi ye.....wasalam....





Terima kasih, datang lagi.

Hanya Luahan Rasa...

NoorNazuha | 10:36 AM | 15Comments |
Salam rakan blogger...entry ni adalah semacam satu luahan jeh..satu "burden" dalam diri yang rasa nak unleash kat blog ni. Pejam celik pejalm celik dah almost 5 tahun aku bergelar "isteri". 23hb disember ni genap usia perkahwinan aku and Mr Hubby 5 tahun. Tapi....kami masih berdua. Untuk 2 tahun pertama dulu, tak adalah aku terfikir sangat, yelah, masa tuh fikir nak settle down dulu, pikir nak cari rumah dulu, nak stable dulu dan macam macam lagi lah.Tapi sekarang dah macam lain pulak...dah rasa rindu kalu balik rumah tuh ada baby menangis ke, ada teman kat rumah ke. Tambahan pulak, Mr Hubby selalu balik lambat. Lagi la sunyi.


Semalam baru aku balik dari rumah Ibu mertua ku, tengok adik ipar aku baru aje dapat baby boy. Comel sangat. Dalam hati memang terasa. Tapi cover line depan mak mertua, hehe.. tak mo la pressure kan diri. Adik aku yang kahwin bulan Mei hari tu pun dah pregnant. Biras biras aku ada 2 orang yang tunggu masa jeh nak due.Fuhhh..tekanan sunggu kalau difikirkan sangat....

Sebab tuh aku suka travel. Aku nak lupakan "pressure" ni. Mungkin tuhan masih mahu memberi rezeki buat kami. Rakan rakan blogger doa kan kami supaya cepat cepat menimang baby yerr....sekadar luahan jeh. Moga ada yang memahami..

Note:entry ni hanya untuk yang berkahwim sahaja..hehe..peace!



Terima kasih, datang lagi.

My Mom masuk magazine?

NoorNazuha | 6:38 PM | 16Comments |
Salam rakan rakan blogger yang disayangi....ni entry ringkas jeh...tajuk entry macam poyo jeh kan. Betul ke mak aku masuk majalah ni??????....banyak tanda soal nih.....errrrr.......ecececece..sajer nak bagi suspen daaaa...actually Majalah MIDI keluaran Oktober, 2011 baru baru ni ada keluar cerita pasal cerita mak aku gi travel bulan Mei hari tuh. Hem.....berbakat gak mak aku ni menulis ek....hehehehe....

my mom
Cover MIDI Oct 2011
Walaupun mak aku tak baca blog ni, aku nak wish gak la kan...selamat menulis lagi, mana tau, kot kot boleh keluar ruangan lain pulak ke..hehehe..untung untung dapat hadiah kan..kikiki....pasal travel ni, aku ada wat entry dulu tajuk Welcome Home Mama konon nak dedicate kat mak aku la tuh..heheh.....okla..entry simple jeh ni..wish always the best kat my mom.....babai....see you all in the next entry

Terima kasih, datang lagi.

Kenapa perlu ada Blog?

NoorNazuha | 4:27 PM | 15Comments |
Lamanya tak update blog..memang kering idea la lately....help help....so busy dengan rutin hidup hari hari. Suddenly today, rasa macam nak update sikit jeh kat blog.Bila ada masa masa terluang tuh, aku suka buat Blogwalking. Seronok. Boleh baca macam macam cerita and baca macam macam pengalaman orang. Kalau nak dibanding dengan top top blog tuh, memang rasa macam kurang sangat "isi" blog ni...dalam berblog walking ni, macam macam blog boleh jumpa kan...



Just wondering la, kenapa agaknya kita suka berblog?.well..mesti beribu jawapan ada dalam fikiran kan. Nak berkongsi pengalaman, nak isi masa lapang,nak menunjuk, etc laaa....terpulangla pada individu macam mana nak mengolah blog masing masing. Just tertarik nak share pasal sesetengah blog yang sangat suka berkongsi atau dalam erti kata lain "show off" yang tak bertempat. Tak tahula nak kategorikan macam mana. Cuma kalau tersinggah ke blog blog yang sebegini...sendiri boleh tau la..hehehe..memangla blog ni hak individu, suka rasa nak letak apa, tapi kadang kadang perlu kita ingat, blog ni public, Ramai yang baca. Letakla rasa segan/malu atau yang seangkatan dengannya supaya privacy kita terjaga.

Reminder ni pun untuk aku sekali..yela..supaya kita masing masing beringat. Masing masing tak lupa diri. Masing masing tahu adab dan etika dalam berblogging. Dah jadi lumrah kan, bila blog blog yang display segala harta kekayaan ni memang orang suka tengok. Yelah, bukan semua orang ada. Tapi blog blog yang memberi info dan ilmu tuh, kurang mendapat perhatian.

Sekadar nota ringkas jeh. Minta maaf kalau entry ni menyinggung mana mana pihak. Tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa. Cuma peringatan buat aku dan rakan blogger yang disayangi. Kita jumpa di lain entry ye..salam sayang.....


Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...