My Travel Budget (JAPAN)

NoorNazuha | 3:28 PM | 23Comments |


Salam to all friends....jumpa lagi dalam entry ni...ada kawan kawan yang pernah tanya pasal bajet. Especially bajet bercuti ke negara luar ni. Honestly, semua trip kami sebelum sebelum ni memang budget trip jeh. Meaning to say, budget dari sudut Air ticket, hotel expenses dan semua la. Okla..jom kira budget aku masa gi jepun hari tuh. Actually, my sister yang ajak ke sana. Jadi plan kami agak rush sikit.

Air Ticket
Air Asia (everyone can fly)
Promo price RM529 return
+Luggage 15kg return RM100
+Onboard Meal RM15 + RM30 (return)-advisable purchase online

Accomodations (weekly Mansion Otamae)
Apartment-better than hotel because we manage to cook
1 Apt, 2 single Beds,Small kitchen, 1 private Bathroom 4 nights=RM780++ (divided by 2 persons)


Transportation
Subway - 1st and 2nd day = Osaka Unlimted Pass RM105 (JPY2700)
3rd day= one day subway ticket =RM30++ (JPY 800)

Food
Lunch set= RM30++ (JPY700-1000)
Dinner= Self cooking....jimat bajet!

Inductor
Sebaiknya, periuk dan kitchen utensils semua tu samak la dulu In case peralatan tu semua pernah digunakan untuk masak benda yang tak halal..ehe...

Barang basah
Beras Jepun 2kg RM30++ (JPY800)
Telur 6 biji RM6++ (JPY200++)
Sayur campur RM4++ (JPY 100++)
Salt + Olive Oil RM5++ (JPY 200++)
Maggi+Roti+3 in 1 Milo+ Sambal Ikan Bilis yang dibawa siap2 dari rumah.

Winter Apparel (kalau travel masa winter)
Winter Coat nak save beli di Bundle jeh and hantar Dobi RM50 +RM18 yang penting baju tu serve the purpose.
Glove + Socks RM40 (Goin Places, Sogo)
Thermal and Long John semua tu aku tak beli sebab pergi  bukan time peak winter.

Duit Poket
RM1500
This one terpulang pada individu. Bagi aku, janji cukup nak beli souvenier buat kenangan and buah tangan pada rakan rakan yang terdekat pun dah cukup. Terpulang pada kemampuan dan keinginan nak berbelanja.

Rasanya ramai yang tahu, Japan bukan la tempat yang sesuai nak shopping. Mostly barang barang kat sini memang mahal. Kalau pergi untuk suka suka dan nak menengok nengok tempat orang, then oklaaa. Kalau barang barang branded pulak, rasanya kat Malaysia lagi murah kot. Makanan pulak memang jauh beza. Kalau di Malaysia, lunch baru RM8 ke RM10, tapi kat sana mencecah hampir RM40 untuk lunch set sahaja. But, after all, kena pandai pandai la bajet kan...okla...sekian tips buat masa ni. Nanti kita share lagi yek..Babai!

Terima kasih, datang lagi.

Shinsaibashi & Dotonbori, Japan

NoorNazuha | 10:48 AM | 8Comments |


Salam rakan rakan blogger?how's the weekend?everything must be really awesome is it? Entry ni masih bersambung dengan entry entry sebelum ni. Kali ni aku nak share sikit pasal 2 tempat ni. Actually aku rasa ni centre of the Osaka. Kalau sesiapa suka Night life, kat sini la tempatnya. Tapi sebelum tu, jom share pasal 1 museum kat Osaka ni yang masih lagi preserve gaya hidup masyarakat jepun zaman dulu.  Muzium ni terletak di Ogimachi. So boleh stop di Stesen Subway Ogimachi.

Museum
Macam mana pulak kami boleh terjebak pakai Yukata/Kimono ni?hehe..kat museum ni pemakaian kimono adalah free jeh. Boleh la pakai and buat tour sekitar museum ni selama 30 minit. Seronok la jugak pakai kimono ni walaupun ketat and susah nak bernafas. Layan kan aje la ek, janji free.

Okla..tak nak panjang sangat kat sini. Terus aje ke Shinsaibashi dan Dontonbori. Subway Shinsaibashi di Midosuji Line adalah stesen yang terdekat untuk ke sini.

With my mom and sister at Shinsaibashi Subway
Subway ni adalah yang ter "busy" la sebab stesen ni adalah Centre Bagi Bandaraya Osaka dan banyak transit bagi Line subway. Apa yang best kat sini adalah tengok gelagat manusia yang pelbagai. Fesyen pun macam macam. Lebih lebih lagi time ni masih lagi Winter.

Shinsaibashi

Kat sini banyak outlet outlet untuk shopping. Harga? agak mahal la nak compare dengan di Malaysia. Tempat ni jugak ala-ala Oxford Street di London. Antara outlet2 yang ada kat sini macam Guess, H&M, Swatch, Longchamp, etc la.

Longchamp outlet
Still expensive

with my mom at Dotonbori
Night view
Okla...cukupla entry buat kali ni....habis trip ke Japan. Maybe entry lepas ni kita share pasal bajet pulak ye...hehehe...see you soon....Babai

Terima kasih, datang lagi.

Yess, I'm officially 33 TODAY!

NoorNazuha | 4:00 PM | 11Comments |
Evening all dearest friend.....quite sometimes i am overrun with loads of works, emotions and despair.....huhu...so many things happens recently. After went back from my Japan trip, my mom went for her Umrah..May her journey be safe and blessed...

Yesterday, my car was broken and my bags was stolen. What a bad luck...sob sob. Redha redha. I lost some of my precious items but i believe the trouble will soon blow over.

And today.....i am officially 33...thanks a million to those who remember, those who wishes me on Facebook, thanks also to my family and my beloved husband for supporting me thus far. Thank you for standing by my side and its truly overwhelming!...

For those who celebrates their B- day today, my wish to all of you...best of luck in everything that you do, have fun and smile always....



Terima kasih, datang lagi.

Osaka Castle and Nipponbashi

NoorNazuha | 6:22 PM | 6Comments |

Will finish my entry on Japan trip soon. Banyak lagi tempat menarik yang nak dikongsi, tapi panjang sangat rasanya. Antara yang sempat dikongsi ialah Osaka Castle. OC ni terletak almost 1km dari Hotel kami. Just jalan kaki jeh. Suasana sangat damai masa ni. Sejuk dan nyaman.

Perjalanan 1km tu sangat mengujakan sebab suasana sangat fresh. Dalam sesat sesat tu sempat lagi kami bertanya dengan orang Jepun yang lalu lalang tuh. Nasib baik adik aku tu boleh faham basic bahasa jepun tuh.


Mana satu arah?
Pintu masuk Castle
Masa ni pelawat tak berapa ramai sebab masih awal pagi. Bunga Sakura pun tak berbunga lagi menjadikan keaadaan agak suram. Kebanyakkan yang datang sini warga emas jeh..hehe...Kat sini banyak jugak soueniers boleh dapat. Harga boleh tahan la. Kalau setakat key chain tuh, harga lebih kurang JPY125 lebih kurang dalam RM4++. Untuk masuk ke dalam castle, bayaran yang dikenakan tak silap JPY600, tapi kami tak masuk. Just berlegar legar di luar jeh. Unlimited Pass kami hanya untuk 2 hari jeh. So untuk hari ketiga ni, tempat tempat ni dah dikenakan bayaran.

Terima kasih pakcek Jepun snap kan gambar kami...


Me in front of the castle

Chill everybody!
Tak lama pun kami lepak sini. Dalam 1 jam macam tu jeh. Lepas tu kami ke Nipponbashi. Nipponbashi ni bukan tempat jual cat tau..hehe.. kat sini lebih kepada tempat untuk shopping barang elektronik and IT. Sesiapa yang minat dengan Gadget2 canggih ni boleh la ke sini.


Nipponbashi

Cameras
etc etc
etc etc
Dekat Nipponbashi ni jugak ada pasar basah. Kalau nak beli barang barang untuk masak, boleh la beli kat sini. Harga barang barang kat sini sangat murah dah sangat fresh.

The market


Macam macam ada
Banyak lagi yang menarik kat sini.Tak sempat nak upload jeh. Will be continue soon on the last part of my trip to Japan la. Lepas ni jom meneroka Shinsaibashi dan Dotonbori dan night life kat bandaraya ketiga terbesar di Jepun ni plak ye...jumpa lagi....tata!


Terima kasih, datang lagi.

Botanical Garden, and Giant Ferris wheel, Japan.

NoorNazuha | 4:13 PM | 7Comments |

Nakai Botanical Garden
Entry ni sambungan dari entry yang lepas. Hari pertama di Bandaraya Osaka. Plan kami kebanyakannya dah di rancang awal. The easiest way, kami purchased Osaka Unlimited Pass for 2 days. Pass ni memboleh kan kita travel di Subway dan masuk ke tempat tempat menarik sekitar Osaka secara percuma. Untuk info lanjut boleh click disini:-

Osaka Unlimited Pass

Pass ni tak boleh purchase online sebab kita kena present kan passport semasa pembelian. Pass ni hanya untuk tourist. Untuk 2 hari pass harga adalah JPY2,700=RM105.00. Kira save la untuk 2 hari. Ada jugak option lain macam Kansai Unlimited Pass, tapi yang ni mahal sikit sebab pass ni cover jugak untuk Daerah Kobe,Kyoto dan Nara. Kalau ada banyak masa, boleh la pilih Kansai Pass ni. Harga tak silap dalam JPY5,000 untuk 3 hari.

Hotel kami terletak di Subway Tanimachi 4-chome (Chuo Line & Tanimachi Line) Dari subway ni kami ke stesen Homachi untuk tukar ke Midosuji Line. Untuk senang boleh refer ke map yang di tag kan pada entry yang lepas..hehehe...

Tak sah kalau tak posing sekejap
Masa ni suhu tak sure berapa. Tapi yang pasti sejuk sehingga ke tulang. Tambahan lagi hari hujan dari pagi. Kalau bercakap tu, keluar la jugak asap asap tuh..hehehe...

Semua buat hal sendiri...dioarang ni suka membaca

Aksi di subway!
Sampai jeh di Botanical Garden ni, hujan masih belum berhenti. Jarak dari Subway agak jauh, hampir 20 minit jalan kaki. (Subway Nagai on Midosuji Line).Bunga Sakura masih belum berbunga sepenuhnya. Tapi scenary sangat tenang dan damai jeh.

Dah sampai...

Long walk

Antara yang sempat di snap

Mendamaikan....
Konichiwaa..!



Sakura yang masih belum mekar
Sayang masa berkunjung kesini, bunga sakura masih belum berkembang. Kalau tak,suasana akan nampak lebih ceria dan colorful...Forgot to inform, caj masuk ke sini adalah free kalau kita tunjuk Unlimited Pass Osaka selama 2 hari ni.

With my mom at Museum.......just near the Botanical Garden
Selepas berhempas pulas kat sini, perut pun dah lapar. Kami meneruskan perjalanan Ke Osakako.Kat sini ada Giant Ferris Wheel ala ala Eye On London. Sebelum tu kami nak makan dulu. Sempat singgah di Yotsubashi dan terjumpa dengan Kedai Makanan Halal Lubnan.

Chicken Kebab, Rice and Tandoori
Selepas mengisi perut, kami terus ke Osakako (Chuo Line). Cuaca memang sangat sejuk masa ni. Hujan pulak renyai renyai.


Suasana selepas Hujan di Osakako

Entrance

Altitude unknown..hehehe
Selepas berpoya poya kat Tempozen Ferris Wheel ni, kami teruskan perjalanan ke Osaka Cruise. Di sebelah Osaka Cruise ni, ada Aquarium yang terbesar di Osaka. Tapi kami tak masuk sebab dikenankan bayaran. So kami just snap apa yang patut jeh kat sini.

My Mom di hadapan Aquarium

The Cruise

Freezing


Cabin

Ada la orang Jepun yang baik hati sudi snap gambar kami semua..Arigato Gozaimas!
Cruise ni hanya mengambil masa selama 45 minit. Sempatla tengok pemandangan menarik sekitar tepian laut Osaka. Dari jauh nampak Universal Studios Osaka. Tapi kami tak berkunjung pun ke sana sebab masa yang sangat terhad dan kos kos yang terlibat.

Okla entry kali ni..will be continue with some more interesting places!...muahhhh!

Terima kasih, datang lagi.

Journey to Osaka, Japan

NoorNazuha | 2:20 PM | 15Comments |
So tired. Kaki semua dah jam and crampy...today dah start kerja. Moodless..hehehe...this entry nak sentuh pasal Perjalanan kami ke Japan baru baru ni. Sesiapa yang plan nak ke sana boleh la amek tips ni sikit sikit ye...hehe.

Normally kalau kita check di web Airasia. Flight ke Osaka/Tokyo hanya ada satu penerbangan jeh. Tapi time kami book ni memang tengah promo. Tak tau la kalau ada beza. Bila Promo, timing yang ada pun agak x best. Sebab sampai jeh kat sana, hari dah malam. So akan menyukarkan pergerakkan di sana. Flite kami dari Malaysia pukul 2.00PM dan sampai ke Kansai Airport, Osaka Japan pada jam 9.40PM local time.

So, dari Kansai Airport ke hotel/Apartment kami agak jauh. To facilitate the journey, we purchased the JR Ticket from Kansai Airport to Tenoji Station. (JR is Japan Railway) cost JPY1,030 =(RM45.00++).

COZY

JR Ticket from Kansai Airport to Tenoji Station
The journey from Kansai Airport to Tenoji took about 50 minutes. We arrived at the Tenoji approximately at 11.40PM. From Tenoji to hotel, it took another 15 minutes by cab/Subway. Oleh kerana pekhidmatan subway ends at 12.00AM, so kami terus amek cab.

Tenoji Station
Masa ni keadaan dah agak lengang sebab almost midnight. Cuak jugak kami sebab takut naik cab tambang jadi mahal lak. Cost transportation kat sini memang mahal especially cab. Boleh mencecah ke RM500 untuk ke hotel kami aje.

Posing jap kat Tenoji

Gelagat nak masukkan tiket JR...hehe
Kalau nak print map subway kat Osaka, boleh click kat sini:-


Map ni sangat penting kalau kita travel menggunakan subway. Tak banyak beza dengan pengalaman aku di UK hari tu. Kalau boleh, print kan map tuh and laminate sekali bia senang dan tak rosak.

Finally kami naik cab. Cab banyak kat luar Stesyen Tenoji ni. Masa ni guna kanla segala kemahiran bercakap bahasa Jepun ek, sebab diorang ni semua memang tak pandai cominicate in English. Nasib baik kami ada buku basic in Japanese.

Jarak perjalananan sekejap jeh. Tak sampai 10 minit. Cost cab dalam JPY2,000 (RM75++).

Cab
Kami sampai ke hotel lebih kurang jam 12.00AM. Oh lupa, hotel/Apartment kami terletak dia Chuo Ku. Weekly Mansion Osaka At Otamae. Sangat recommendable bagi tourist sebab harga yang murah dan facility yang disediakan pun banyak. Jarak dari Subway pun cuma 5 minit walk jeh. Di hadapan Hotel ada Family Mart dan & Elevan, so senang nak beli barang harian.

Setibanya di Hotel ni, ramai lagi Malaysian Tourist yang sampai. Maybe 1 flite dengan kami. Cuma tak perasan jeh...hehe...

Chek in time.
Check in kat sini actually ended at 10.00PM. Tapi mostly guest yang sampai dengan flite yang lewat, akan check in melebihi masa yang dihadkan. So better email hotel tu dulu untuk tanya procedure check in. Jawapannya senang jeh, just ring the bell, then staf yang bertugas malam tu akan entertain kita. Full payment akan dikenakan ke atas Kad Kredit kita. So masa check out nanti dah tak perlu clearance lagi.

Temperature masa sampai ni dalam 7 C- 8 C. Freaking cold. Hidung dah jadi kebas. Kaki dah crampy. Badan dah penat. Rasa nak tido jeh masa ni.

Untuk info pasal Hotel/Apartment ni, boleh click di sini:-


Kalau book via Hotel.com lagi ok. Harga yang kami dapat pada masa ni adalah RM750++ untuk 4 malam bagi double room, 2 single beds,kitchen and 1 private bathroom.

The Hotel/Apt

 Antara facility yang ada di sini:-

Laundry & Vendor Machine

Sampai sini dulu entry ni. Nanti sambung dengan cerita ronda ronda di bandar Osaka Jepun ni plak k...Love you as always




Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...