Journey to Osaka, Japan

NoorNazuha | 2:20 PM | 15Comments |
So tired. Kaki semua dah jam and crampy...today dah start kerja. Moodless..hehehe...this entry nak sentuh pasal Perjalanan kami ke Japan baru baru ni. Sesiapa yang plan nak ke sana boleh la amek tips ni sikit sikit ye...hehe.

Normally kalau kita check di web Airasia. Flight ke Osaka/Tokyo hanya ada satu penerbangan jeh. Tapi time kami book ni memang tengah promo. Tak tau la kalau ada beza. Bila Promo, timing yang ada pun agak x best. Sebab sampai jeh kat sana, hari dah malam. So akan menyukarkan pergerakkan di sana. Flite kami dari Malaysia pukul 2.00PM dan sampai ke Kansai Airport, Osaka Japan pada jam 9.40PM local time.

So, dari Kansai Airport ke hotel/Apartment kami agak jauh. To facilitate the journey, we purchased the JR Ticket from Kansai Airport to Tenoji Station. (JR is Japan Railway) cost JPY1,030 =(RM45.00++).

COZY

JR Ticket from Kansai Airport to Tenoji Station
The journey from Kansai Airport to Tenoji took about 50 minutes. We arrived at the Tenoji approximately at 11.40PM. From Tenoji to hotel, it took another 15 minutes by cab/Subway. Oleh kerana pekhidmatan subway ends at 12.00AM, so kami terus amek cab.

Tenoji Station
Masa ni keadaan dah agak lengang sebab almost midnight. Cuak jugak kami sebab takut naik cab tambang jadi mahal lak. Cost transportation kat sini memang mahal especially cab. Boleh mencecah ke RM500 untuk ke hotel kami aje.

Posing jap kat Tenoji

Gelagat nak masukkan tiket JR...hehe
Kalau nak print map subway kat Osaka, boleh click kat sini:-


Map ni sangat penting kalau kita travel menggunakan subway. Tak banyak beza dengan pengalaman aku di UK hari tu. Kalau boleh, print kan map tuh and laminate sekali bia senang dan tak rosak.

Finally kami naik cab. Cab banyak kat luar Stesyen Tenoji ni. Masa ni guna kanla segala kemahiran bercakap bahasa Jepun ek, sebab diorang ni semua memang tak pandai cominicate in English. Nasib baik kami ada buku basic in Japanese.

Jarak perjalananan sekejap jeh. Tak sampai 10 minit. Cost cab dalam JPY2,000 (RM75++).

Cab
Kami sampai ke hotel lebih kurang jam 12.00AM. Oh lupa, hotel/Apartment kami terletak dia Chuo Ku. Weekly Mansion Osaka At Otamae. Sangat recommendable bagi tourist sebab harga yang murah dan facility yang disediakan pun banyak. Jarak dari Subway pun cuma 5 minit walk jeh. Di hadapan Hotel ada Family Mart dan & Elevan, so senang nak beli barang harian.

Setibanya di Hotel ni, ramai lagi Malaysian Tourist yang sampai. Maybe 1 flite dengan kami. Cuma tak perasan jeh...hehe...

Chek in time.
Check in kat sini actually ended at 10.00PM. Tapi mostly guest yang sampai dengan flite yang lewat, akan check in melebihi masa yang dihadkan. So better email hotel tu dulu untuk tanya procedure check in. Jawapannya senang jeh, just ring the bell, then staf yang bertugas malam tu akan entertain kita. Full payment akan dikenakan ke atas Kad Kredit kita. So masa check out nanti dah tak perlu clearance lagi.

Temperature masa sampai ni dalam 7 C- 8 C. Freaking cold. Hidung dah jadi kebas. Kaki dah crampy. Badan dah penat. Rasa nak tido jeh masa ni.

Untuk info pasal Hotel/Apartment ni, boleh click di sini:-


Kalau book via Hotel.com lagi ok. Harga yang kami dapat pada masa ni adalah RM750++ untuk 4 malam bagi double room, 2 single beds,kitchen and 1 private bathroom.

The Hotel/Apt

 Antara facility yang ada di sini:-

Laundry & Vendor Machine

Sampai sini dulu entry ni. Nanti sambung dengan cerita ronda ronda di bandar Osaka Jepun ni plak k...Love you as always




Terima kasih, datang lagi.

15 comments :

TS said...

hurmm..best nye g jalan2..
ari ni kne keje mood mesti xde lg nih..hihi

ziana said...

Dah pandai cakap Jepun tak???

fizafantagiro said...

wahh sonoknyee .. sy teringin nk pegi korea .. opsss hihihi :p

Unknown said...

The best memory la niy kak dpt travel kat japan..(^____^)..Jelous !!~..hehehe..

Unknown said...

bestnya pergi jepun..wah

Liyana Anuar said...

bestnye dapat tgk negera orang :)

Cik Jannah said...

bestnya pegi jepun kak!!
jannah verangan nak honeymoon kat korea! tapi verangan jer lah kan. heee :)


salam singgah :)

gnesop.com said...

wah besttt :)

Akak Kembang said...

best..best...

Unknown said...

wahhh.. bestnyer gi jepon.. teringin tp tak kesampaian..

iya said...

yeahhhh,tq share benda ni.gebot nak g lagi 2weeks ni.ade gak blur2 ni...g bdua je ngn husband lak tu...tq tauuuuu ^^

tira firdaus said...

thank u for ur sharing kak..sbenarnya plan nk g osaka hjg thn ni.akk rasa ok tak g time hjg thn?if pergi sendiri without tour guide or pakej,akk rs senang tak nk explore sendiri?

NoorNazuha said...

tira firdaus:akak rasa ok nak g ujung tahun,winter masa toh,kalo winter,aktiviti lua agk terhad,tp osaka tak besalji mcm tokyo,x byk salji kot..kena prepare winter apparel btol2,..

akak pegi tak guna tour,ok je,jgn lupa print map subway,sbb sng nk gerak,kalo follow post akak toh,ble la nak gerak sndiri,bahasa memg susah,akak pakai buku bhasa jepun,sng nk tanya basic soalan

Anonymous said...

asalam adik, kalau lah kita nak jjln aje kt Jepun contoh Tokyo selama seminggu utk 2 org, rasa2nya berapa budjet kita ye. budjet tu mula dr tiket sampai la balik ...

NoorNazuha said...

Anonymous: kalau Tokyo saya tak berapa pasti. Tapi since currency sama, saya rasa tak banyak beza. Andaikan kalau 2 org pergi, biasanye tiket flite air asia ke Tokyo boleh dapat dalam RM700 ke 800 P/Pax. Hotel boleh bajet dalam Rm1000 untuk 5 malam. Makan dalam RM500 p/pax sebab makan kat sana mahal and expenses lain. Tapi sana transport n makan mahal. Saya suggest bawak dalam 2k or 3k untuk belanja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...