Journey to Boston, Massachusetts

NoorNazuha | 2:51 PM | 7Comments |
Salam all...


After 2 days at Niagara, we then proceed to our next Destination, Boston, Massasuchets. The journey took 7 hours..waaaaaa....i am crying!...another long journey....bas kami hanya berhenti untuk rest selepas 2 jam 30 minit. So kalau rasa nak ke toilet tuh, pandai pandai la tahan dulu ye...:(

Semakin menjauhi Daerah Buffalo, semakin kurang salji. Tak sedar pulak bila bukit bukau gunung ganang semua tuh dah tak ada salji. 


The view
Bila sampai ke Boston, hari dah pun petang. Suasana dah gelap, so kami dibawa terus untuk dinner. Dinner malam tuh ialah Buffet. Makanan laut seperti Lobster memang terkenal di Boston. Tapi kami tak join sebab memang tahu buffet tuh ialah chinese buffet and tak halal. So ketika mereka menjamu selera, kami merayau rayau di sekitar China Town, Boston. Kami lepak dalam Dunkin Donnut and beli hot choc sebab keadaan di luar tersangatla sejuk. Kesejukkan yang jauh lebih sejuk jika dibandingkan dengan di Manhattan.

So then, kami heading ke hotel. Kami menginap di Sheraton Boston Hotel. Untuk info lanjut boleh click di bawah ye:-



At Hotel Lobby

Our room with 2 beds

Heater adalah wajib. Kalau kita wajib ada air cond, tapi kat sana wajib ada heater. Kalau tak, confirm beku!

Ahhh...sangatla best bila dapat berehat. Tapi macam biasala, disebabkan kena check out di awal pagi, so tak boleh nak keluarkan banyak barang. Hanya yang perlu sahaja. Baju malam pun aku pakai ulang ulang jeh. Aku hanya keluarkan stokin, seluar, baju, tudung untuk solat dan baju untuk pakai keesokkan harinya yang aku iron siap siap. Tak nak kelam kabot pagi2 besok.

Destinasi pertama untuk keesokkan hari ialah Harvard. Dah lama teringin nak pergi ke Harvard. Ialah, Universiti terbaik dunia la katakan....kami sampai ke Harvard lebih kurang jam 7 pagi.. Keaddan pagi kat situ Masyaallah, sejuk. Walaupun tak ada salji, tapi memang tak boleh diluahkan dengan kata kata.


Dasyat jugak Plat No kereta diaorang ni.....:)


Sebelum sampai ke Harvard

Sebaik turun dari bas, kami kena jalan kaki. Dalam 10 minit perjalanan. Terserempak dengan bas bas lain masa ni. Berebut rebut pulak kitaorang nak masuk ke Harvard ni. Aduiiiii..malas la nak berebut rebut ni. So aku just jalan belakang belakang jeh.

harvard


The library, i guess

One frozen morning

Mr Hubby yang memang tak tahan sejuk..:(


Bersama pengasas Harvard University, John Harvard


I forgot the name of the building at the back

Dah penat berjalan, rehat kejap

Dalam lebih kurang 3 minit jeh kat Harvard, kami terus ke kedai untuk minum. Tak tahan sejuk sebenarnya. I need something hot. Something fresh. So ingat nak cari Hot Chooc, tapi tak jumpa. Banyak kedai masih tutop. So kami masuk dalam Bangunan ATM and panaskan badan kejap. Lepas tuh keluar balik. Nasib baik ada satu kedai ni dah buka.


Bukan yang ini, sebab masih tutup


Yang ni la kami masuk. Self service jeh. So kami wat teh sendiri.
Tak sempat nak minum, bas dah nak jalan. Tak pasal pasal Teh kena buang. Tak boleh bawak masuk bas. Huh, rugi beberapa dollar. Perjalanan diteruskan ke Bandar Boston. Hmm....sebenarnya tak ada apa sangat kat Boston ni. Boston ialah salah satu bandar tertua di Amerika. Kat sini banyak bangunan bangunan lama yang dah jadi tinggalan sejarah. Orang pun tak ramai sangat. Mungkin tak ramai yang keluar rumah sebab musim sejuk.


Old church i guess...

City of Boston

Posing lagi dan lagi dan lagi.......:)


The City
Setelah lebih kurang 1 jam merayau rayau area ni, kami dibawa untuk menaiki Boat. Tapi aku tak join lagi. Bukan apa, tak nak kena macam dekat Washington tuh, bosan. Tak ada apa pun. Dahla mahal sampai $25 untuk boat ride tuh, tapi hanya duduk jeh kat dalam tuh. Nak amek gambar pun bukannya nampak semua sebab jauh jauh. So, kami pergi ke Boston Central Market. Kat sini ada tempat makan and tempat shopping. Hah, elok sangat la tuh...perut pun dah lapar.


Bersih
Disini kami jalan jalan cari makan. Fortunately jumpa booth Arab/mexico/Albania entah orang apa la yang jual makanan muslim. So aku amek Fish Burrito. Rasanya?hmm...cukup sekadar boleh telan.....memang tak ada rasa...:(


Inila rupanyeee... tak sedappppppp!. Harga $8
Selepas lunch, kami ada masa lebih kurang sejam lagi. Kat sini ada Outlet jugak. Banyak gak tempat shopping. So, aku amek kesempatan ni untuk cari Spanx yang kawan kawan ada pesan dengan kasut Nine West. Tapi malangnya tak jumpa pulak.



Where is everybody?again?
Window window shopping

Setelah penat pusing pusing kat sini, kami terus ke bas. Sebab lepas ni perjalanan akan diteruskan ke New York semula. Perjalanan ke New York mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Nak dibandingkan dengan perjalanan dari Niagara ke Boston sampai 7 jam, memang macam nak pengsan...

Ok then, will be continued in the next entry. Hope i can share the budget of this travel as well..till now...babai!


Terima kasih, datang lagi.

Niagara Fort

NoorNazuha | 9:53 AM | 9Comments |
Salam All....

Sehat tak?....Diharapkan kawan kawan semua sihat yer.....meh sini aku sambung cerita perjalanan ke destinasi seterusnya. Ye, still di Niagara Falls sebenarnya. Fort Niagara terletak tak jauh dari Niagara Falls. Hanya dalam 5 minit ke 10 minit menaiki bas.

Oleh kerana masih di tempat yang berhampiran, so aku masih dalam baju yang sama la...huhuhu.....Fort Niagara ni sebenarnya ialah sebuah Kubu Pertahanan. Ada sejarah tersendiri tempat ni. Tapi aku tak berapa follow sangat...so, nak aspect apa kalau pergi ke Kubu. Mestila canon, guni beras la, peluru la dan macam macam laa.....

Comel pulak tengok rumah tuh......so posing kejap la...:)
Berjalan kaki hampir 10 minit untuk ke Kubu ni. Cahaya matahari sudah mula menampakkan diri. Mengurangkan sedikit kesejukkan yang melanda. Tapi aku masih menggigil, berlari lari supaya cepat sampai ke dalam bangunan. Nak snap gambar pun tak berapa nak sempat.


Fuhhhh.....
Setibanya di Kubu ni, kami terus berlumba lumba masuk ke dalam rumah pameran. Tourist sangatla ramai especially chinese. Tak nampak pulak muka muka lain. Mala betul aku nak berebut rebut dengan diaorang sebab aku tau aku confirm kalah punya.


Sejuk ke bang?...


Laut pun membeku...!

Tinggalan sejarah

Di hadapan Fortress


Inside the fortress
Siapa yang minat dengan sejarah, mungkin suka dengan tempat ni. ..aku tak la enjoy sangat kat dalam fortress ni, except pemandangan kat luar. Memang sangat cantik sebab kubu ni terletak di tepi laut. Masa kat sini, kami banyak berebut rebut dengan "popo" yang ramai tuh, dioarang ni kalau masa tour guide bagi penerangan, cepat cepat mara ke depan konon nak dengar la sangat, tak kisah dah orang kiri kanan, main tolak jeh...tak pasal pasal nak bengang pulak..walhal tengah bercuti...hmmmmmm.....


Dah macam Santa Clause la pulak...


Dah rasa macam kat Alaska pulak

On da way back...

Suddenly penat, rest jap.....
Kami cuma menghabiskan lebih kurang sejam di sini. Lepas tuh terus ke bas. Destinasi seterusanya selepas ini ialah Boston, Massasuchets. Perjalanan ke Boston dari daerah Buffalo mengambil masa lebih kurang 7 jam dengan menaiki bas. Ye, 7 jam. Bayangkan kejauhan yang bakal aku lalui lagi..will be continued in the next journey...till now, babai...:)

Terima kasih, datang lagi.

Journey to Niagara Falls

NoorNazuha | 10:14 AM | 18Comments |
Salam all.....




My journey continues. Huh.....selepas menghabiskan sisa sisa perjalanan ke Washington, perjalanan diteruskam ke daerah Buffalo, New York. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. This is one of the best that New York has to offer. Memang cantik pemandangan sepanjang perjalanan dari Washington ke Buffalo ni. Ala ala lebuhraya Karak, bezanya, dipenuhi salji yang memutih..:)


Daerah Buffalo



Snowed along the way.

Sunset at Buffalo
Sepanjang perjalanan ke Buffalo, aku banyak tidur sebab dah leteh sangat. Ada yang berdengkur dengkur pun...haha...tersenyum sendiri kalau ingatkan balik. Bila terjaga dari tidur, aku terkesima jugak tengok view yang memutih tuh. Bukannya selalu tengok view macam ni. Lainla kalau selalu kan....kualiti gambar memang tak memuaskan since aku pun snap dari dalam bas.

Kami terus ke Niagara Falls sebab mengikur David, kitaorang punya tour agent kata nak tengok view waktu malam. Masa ni aku tak dapat nak imagine, keadaan malam kat situ, mesti sejuk yang melampau..larat ke??hmmmmm....tapi sebelum sampai, kami singgah untuk makan dulu. Alhamdulillah sangat sangat sebab ada India Muslim food kat sini...apa lagi..jom mamam nasi....!


Briyani+ Plaine rice+Ikan masak 3 rasa cost dalam $50++, memang mahal.

Sebenarnya dah masuk 3 hari tak jumpa makanan halal sejak join tour ni. Asyik makan maggi and seafood jeh, tapi Alhamdulillah, still alive!...sesudah makan, perjalanan diteruskan lagi. Hari dah gelap. Semakin ke arah north, semakin cepat gelap dan salji semakin tebal.


Berjalan kaki ke pinggir air terjun.


Perjalanan diteruskan lebih kurang 200meter ke hadapan

Niagara!at the other side is Canada.
Ye, sudah sampai. Sebenarnya tak nampak apa pun kecuali salji yang jatuh dan percikan air terjun yang dasyat. So, lense kamera memang kotor. Rasa tak boleh bernafas sebab cuaca yang sejuk+ angin+ kurang oksigen aku rasa. Kalau boleh nak pakai Oxygen Mask jeh..:)

Kami tak lama pun kat sini sebab terlalu sejuk. Cuma 15 minit. Lepas tuh terus ke hotel. Dalam 15 minit jeh dah sampai. Kami menginap di  Holiday Inn Villa, Niagara.


Our room
Untuk info yang lebih lanjut sila click link di bawah ye....:-

Holiday Inn Niagara Falls

Ohh....best time to relax......masuk jeh bilik terus kemaskan apa yang patot. Oh Ye, sepanjang menginap di hotel hotel kat sini, kami gunakan Qiblat.com untuk cari arah kiblat. Dah sah sah la kat sini tak ada petunjuk Qiblat kan.....memandangkan kami hanya menignap kurang dari 24 jam untuk sesebuah hotel, kami hanya keluarkan barang yang nak pakai jeh. Macam baju malam, kettle sebab nak masak air panas, makanan sikit2, kamera and Laptop sebab nak caj. Yang lain memang semua dalam luggage sebab kena check out awal awal pagi selepas subuh.

Satu perkara yang aku suka, hotel hotel kat sini walaupun cuma bertaraf 2 or 3 Star, tapi kebersihan dan service memang thums up sama macam yang kita dapat di Hotel 5 star...:)Okay okay..sambung pulak cerita ke Niagara Falls di pagi hari yang beku pulak...kami check out seawal 6 pagi. Breakfast tak ada, pandai pandaila makan dulu kat hotel sebelum check out. Kami makan roti dan hot choc yang dibeli kat pasaraya sebelum ni untuk alas perut...

Main salji jap...:)

Mr Hubby yang tak dilupakan..:)


Salji agak tebal..jom redah!

Di FB ada member yang tanya, apa yang aku pakai tuh, kain batik ke??huh...sebenarnya aku pakai Cotton Dress sebab kat dalam tuh aku pakai Long John baju and seluar sekali. Takot nanti tak tahan sejuk. Kalau pakai jeans, nanti ketat pulak..hehe.....tapi Alhamdulillah ok jeh dengan baju tuh, except for kasut, tak cukup untuk menampung kesejukan pada kaki.

Niagara in winter
Lasting only 10 minutes...I am frozen so does the water.

Mr Hubby dah jadi macam angkasawan dah...:) and my dress just really look like kain batik...:(


If i were the trees here, it took me just 5 minutes to freeze.......
Kira kira 10 minit jeh, aku dah tak tahan. Kalau orang potong kaki aku pun, confirm tak rasa pape la...numbness....so kitaorang terus ke bangunan yang berdekatan. Actually masa ni, ada preview untuk melihat pra tonton sejarah Nigara Falls. Tapi kami tak join sebab tuh kami lepak kat luar....


Thinking pf lepaking here, but only last for 2 minutes.

Boleh lepak dalam ni......


Souveniers
Lepas 30 minit memanaskan badan kat dalam ni sambil tengok tengok souvenier, kami ke luar balik. Masa ni dah tengahari sikit. So cuaca dah kurang sejuk. Tourist pun dah mula ramai berbanding pagi tadi. Jadi, apa lagi.....main salji laaaa.....

Auuu Cakkk!

Christmas tree with my kain batik...:(
Okay okay...kang muntah pulak korang semua layan gambar aku.....kena stop dulu..lepas ni continue pulak ke Niagara Fort...panjang betul entry ni..penat pulak korang nak scroll ke bawah nanti..:)...see you then......with my never ending journey....:)

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...