Egypt International Airport

NoorNazuha | 6:04 PM | 12Comments |
Salam

Berjaya jugak nak update entry seterusnya dalam kesibukkan minggu ni. Semalam 1 hari mc sebab migraine. Terlebih tidur agaknya. Telan 4 biji panadol baru kepala ok. Hari ni baru start kerja. Mood nak holiday memanjang. Tak sabar nyeee nak holidayyyyyyyyyyyyyyyyyyy..:)

Saya sambung di entry kali ni berkenaan cerita pendek tentang Lapangan Terbang Mesir. Kami transit ke sini sewaktu ke London pada tahun 2012 tempoh hari. Ye, Egypt memang satu negara yang kaya, jadi tak hairanla airportnya pun besar dan cantik.


Ketika mendarat di Egypt Airport menaiki pesawat Egypt Air

Biasala di airport besar macam ni, gate untuk berlepas sangat banyak. Jadi kena dengar pengumuman betul betul supaya tak salah gate. Walaupun transit normal nya ialah 3 jam, tapi sebenarnya tak lama pun. Proses que yang panjang dan check up pun still ambil masa jugak. 

Kat sini, sama seperti Kuwait jugak, ramai yang transit. Even ramai yang datang menunaikan haji dan umrah. Bercampur baur jugak.


Menaiki conveyer ke gate berlepas.


Duty free store dekat sini.
Di mana mana pun airport semua barang kat sini even duty free bukannya murah mana pun. Tambahan pulak bila convert ke matawang sana. Mahal. Memang tak berbaloi. Seperti biasa apa yang saya beli cuma FM buat kenangan.


Souvenir shop


Ruang menunggu sebelum masuk ke Departure Hall
Alhamdulillah, ruang menunggu di sini sangat luas dan banyak kerusi. Tak la perlu berebut rebut nak letak punggung ni. Kat sebelah kami pada masa tuh seorang Mat Salleh, tak taula dari mana. Saya tanya dia betul ke gate yang kami tunggu tuh nak ke London, dia jawab ya...fuhhh...kalau silap gate, mau dekat berkilo meter kena patah balik cari gate lain...


Ke balai berlepas.

Departure Hall pun sangat selesa.


So comfy
Secara ringkasnya, saya suka airport ni. Tandas banyak. Ada water host. Bersih. Luas dan banyak seat untuk menunggu. Rasa tak rugi nak Egypt Air ni. Makanan pun sedap. Dan yang paling penting halal. Ini antara airport terbaik yang pernah saya singgah sepanjang saya travel so far...:)

Okla, sampai sini dulu. Kita berjumpa di lain entry tentang review lain pula ye......till now..Au Revoir...:)

Terima kasih, datang lagi.

La Guardia Airport, New York

NoorNazuha | 5:41 PM | 8Comments |
Salam

Busy tak you all? saya memang busy sangat sekarang, tapi walau macam mana pun hidup harus diteruskan biar pun pahit...Alhamdulillah dalam musim orang demam ni, saya masih sihat untuk meneruskan tugas tugas harian..

Tak habis lagi nak buat Airport review ni..kali ni saya share sikit pasal satu lagi Airport, iaitu La Guardia di New York. This is one of the most gorgeous airport bagi saya. Memang saya suka. Ianya tak la sebesar John F. Kennedy, tapi saya suka... Kemudahan internet pun sangat senang.


Guna jeh for free.

Walaupun tak semua boleh di "surf" kat sini, tapi janji boleh google and boleh FB, kira ok la kan. Oleh kerana flite kami awal pagi dan kami sampai ter over awal, jadi banyak masa la kami nak meng "Google". Jadi tak la bosan sangat... Kat sini banyak tempat makan, tapi as usual, tiada yang halal. Kami dah siap siap breakfast kat bilik sebelum bertolak kat sini.

Kaunter Delta Airline


Tempat menunggu


Surfing sambil memerhati keadaan sekeliling


Gambar penuh gegar...hihihihi...
Overall saya suka la airport ni. Sistem announcement pun ok. Que pun still teratur walaupun panjang. Punctual dan sistematik. Panggilan pertama dan juga que yang pertama ialah untuk penumpang penumpang first class. Kemudian baru la turn kami. Rata rata tengok macam Mat Salleh nak balik kampung jeh. Indian dan arab pun ada tapi bilangannya sangat sedikit.

 Sekembalinya kami ke New York semula, salji telah mula turun. Baru 3 hari sebelum ni, cuaca cuma berangin dan sejuk sejuk biasa jeh. Terus je semua orang dalam flite capai baju sejuk masing masing. Saya dah siap siap pegang kat tangan. Penumpang di sebelah Mr Hubby ada jugak sembang sembang. Dia berasal dari Chicago. Landing jeh terus dia call saudara mara dia suruh amek sambil bebel bebel cuaca mesti sejuk kat luar..

Salji sudah membanjiri bumi New York
Dalam entry sebelum ni, saya ada bagitau yang bagasi saya pecah...hehe..ya, sekembalinya dari Orlando tuh, saya pula ke kaunter Delta Airline untuk tukar bagasi....saya agak rush time tuh sebab tour agent dan tunggu. So sementara Mr Hubby menguruskan tour agent, saya ke kaunter untuk tukar bagasi..


kaunter Delta Airlines di La Gurdia Airport.


Keretakan pada bagasi...
Akhirnya setelah urusan kami selesai, dah tukar bagasi, kami terus meninggalkan La Guardia Airport untuk ke New Jersey pulak.. Rasanya saya lebih suka Airport ni dari John F. Kennedy. Satu lagi kekurangan bila travel ke negara negara bukan islam ni ialah tandas. Macam biasala, kita orang islam ni tak boleh dipisahkan dari Air. Mana boleh jalan kalau dengan tisu ni. So nak memudahkan urusan, kemana mana saya akan bawa botol mineral kosong untuk isi air. Jadi senang la sikit...:),apa pun pengalaman tu penting kan..tapi dari sudut kebersihan, memang tak dinafikan, tempat diorang ni memang bersih.

Oklah...sampai sini dulu buat sementara...jumpa lagi untuk review tempat lain pulak ye...babai.....:)

Terima kasih, datang lagi.

Orlando, Florida International Airport

NoorNazuha | 2:34 PM | 22Comments |
Salam

Salam jumaat buat semua teman blogger. Saat busy di office hari ni, still sempat lagi nak update blog. Take a break sekejap. Kalau saya update blog pun memang update di office jer sebab internet laju. Kalau kat rumah, berjanggutla jawabya nak upload gambar.

Saya nak share sikit pasal satu lagi Airport sewaktu travel ke US Februari lalu. Saya suka airport ni. Bersih dan sangat luas. Kemudahan pun banyak. Announcement pun kuat dan jelas. Seperti yang saya pernah mention dulu, bahasa rasmi di Orlando, Florida ini ialah English dan juga Spanish kerana kedudukan Orlando ni bersempadan dengan Negara Cuba.



Kami menaiki Pesawat Delta AIrlines dari New York ke Florida dan penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Walaupun macam tak lama, tapi saya tak berapa selesa dengan flight cabin yang agak sempit dan tida makanan halal (of course la, what to aspect kan) dan saya cuma pesan Coke sahaja.

Orlando Florida ber iklim agak panas kerana kedudukan nya yang ke selatan benua Amerika. Sampai sahaja di Orlando International Airport, cuaca sangat sangat cerah dan saya tak perlu pakai tebal tebal lagi...:)


Ketika Landing
Setelah sampai, kami menaiki Air train seperti juga di klia. Orang agak ramai jugak tapi tak adalah sampai bersesak bagai nak masuk ke Air train ni. Kesimpulannya, kalau bawa bagasi berat pun memang tak ada masalah sebab semua kemudahan ada disediakan.


Keadaan di dalam Air Train


Ruang legar yang luas dan banyak tempat nak duduk..:)
Saya pernah share kan dulu dalam entry yang lepas lepas bahawa kami stuck kat airport ni dekat sejam jugak sebab Mr Hubby punya bagasii dah pecah ketika mereka loading barang. Ni Delta Airline punya pasal. Geram betul rasa. Nasib baik kami perasan. Kalau tak, takut ada masalah nak tukar kemudian. Bila sedar jeh, kami terus ke Kauter Perkhidmatan Delta Airlines untuk tukar bagasi


Keadaan di dalam bilik servis Delta Airlines


Ramai yang ada masalah rupanya...:)


Mr Hubby tengah pindahkan barang ke bagasi yang diganti

Bagasi yang diganti bukanla bagasi baru. Cuma bagasi orang lain yang telah di repair. Tapi better than amek risiko guna bagasi lama yang dah pecah kan, tak pasal pasal barang dalam beg berterabur tengah jalan...sebelum mereka gantikan bagasi tuh, ada beberapa prosedur seperti isi borang dan sebagainya dulu, tapi proses tak la begitu lama...

Setelas selesai urusan penggantian tuh, kami terus ke exit Airport ni untuk amek shuttel ke hotel. Berpusing pusing jugak nak cari exit sebeb luas sangat...


So lengang....


Di ruang menunggu shuttel di luar



Disni tak ada masalah nak ke mana mana. Shuttel sangat banyak. Just keluar and tunggu jeh shuttel bus ni full dan mereka akan hantar setiap passenger ke destinasi masing masing memandangkan Bandar Orlando ni bukannya besar sangat, so kami sampai ke Hotel dalam masa 1 jam sahaja sebab destinasi kami ialah yang terakhir.


Kedaan di dalam Shuttel Bus
Kami cuma menghabiskan 3 hari 2 malam di sini dan kemudiannya kembali semula ke New York. Overall memang saya suka Airport ni. Bersih dana sangat selesa. Cuma tempat makan tuh biasalah, memang tak ada yang halal. Pandai pandaila alas perut dulu.


Keadaan di dalam bangunan Airport.


Fountain di tengah tengah ruang legar.


Gambar saya lagi...:)


Ruang menunggu.
Gambar gambar di atas di snap sewaktu nak pulang semula ke New York. Memandangkan flight awal pagi, selepas subuh kami dah keluar hotel dan terus ke airport. Kat sana pukul 5 pagi pun orang dah start pergi kerja.


Seperti perjalanan pergi, perjalanan balik jugak saya order Coke jeh..:(
Nak dijadikan cerita, sesampainya di Airport La Guardia, New York, Bagasi saya pulak yang pecah. Sah sah la Delta Airlines memang kena sumpah dengan kami. Mau taknya, asik kerja nak pecahkan bagasi orang jeh. And tak pasal pasal saya pulak kena menjalani proses penukaran Bagasi kat sana. Hilang beg pink kesayangan saya..mula mula pihak pengurusan nak Kurier jeh beg tuh lepas seminggu.Saya cakap mana boleh sebab lepas ni saya akan merayap ke tempat lain pulak. Bukanya saya penduduk tetap kat situ pun. Lepas gaduh gaduh mulut sikit (speaking ko..:) akhirnya dapatla 1 bagasi kain yang besar. Tak kisahla. Janji dapat isi baju baju....

Oka..itula cerita serba sedikit cerita yang tak berapa best berlaku kat sana. Tapi apa pun. learn from the mistakes, jangan beli beg cikai cikai kalau nak travel sebab kalau dah jadi macam ni, kita sendiri jugak yang susah....jumpa lagi di lain entry untuik review yang lain pulak ye...adiossss..

Terima kasih, datang lagi.

Kuwait International Airport

NoorNazuha | 5:12 PM | 14Comments |
Salam ...

Dah lama nya tak update blog. Hampir 2 minggu rasanya... seriously memang tak ada cerita baru...sampai dah naik labah labah dah rasanya..entry pendek ni saya cuma ingin berkongsi cerita lama berkenaan Airport di Kuwait....

Frankly, inila ialah Airport yang paling tak best yang pernah saya singgah sepanjang saya travel. Nak tahu kenapa?..
  • Airport sangat kecil tapi orang sangat ramai
  • Tak ada wifi
  • Terlalu ramai orang transit especially indians
  • Tiada system

Itu overall yang obvious dekat airport ni.....walaupun durasi transit kami hanya 3 jam, tapi rasanya cukupla kot...kalau lagi lama, mau pengsan dibuatnya.

Ruang legar


suasana di airport ni sangatla kelam kabot. Que panjang sana sini. Masing masing macam confius nak ke mana. Kami pun ke sana sini cari kaunter pertanyaan . Masa suntuk untuk nak lepak lama kat sini. Pada awalnya, mereka inform suruh que di pintu lain, later que kat pintu lain pulak. Seriuosly sangat teruk

Masa untuk que di pintu ni hampir 1 jam setengah. Just imagine kena berdiri sambil bawak beg bagai.Satu pengalaman yang sangat tak best.


Peace Yo!




To be frank, harga barang di sini sangat mahal. Saya cuma beli satu fridge magnet. Lupa pulak berapa harganya. Tak silap dalam RM20 ke RM25 jugak untuk satu satu FM kat sini.


Currency exchange


Ruang menunggu kami selama 3 jam
Sepanjang menunggu ni, kami dikerumuni oleh bakal bakal haji dari indonesia. Kecoh betul. Rasanya mau dalam 50 orang. Pakaian semua satu kaler jeh...keaadan masa tuh sangatla crowded....:(

Setelah hampir 3 jam melepak di sini, dan setelah que panjang panjang serta check pape yang patot, kami ke departure hall. Sekali lagi horror betul saya rasa. Dengan tak cukup seat, kami hanya berdiri. Wahh..sangatla penat.

On the way ke departure hall


Ruang menunggu yang sesak

Jika dilihat keadaan geografi negara Kuwait ini sendiri, ianya agak hampir dengan negara negara seperti India , Pakistan, Afghanistan dan juga Bangladesh. Jadi tak hairanla kalau "orang orang" mereka ni sangat ramai. Kebanyakkan dari mereka ingin ke London dan ada juga yang ingin pulang semula ke negara asal masing masing...pokok pangkalnya, kalau nak dibandingkan Kuwait Airport ni dengan KLIA, jauh panggang dari api...huhuhu......proud to be Malaysian kan...:)

Okla review Airport Kuwait ni. Insyaallah kalau ada masa yang terluang saya nak review review lagi airport yang pernah saya singgah sebelum ni.......k tata!

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...