Salam
Busy tak you all? saya memang busy sangat sekarang, tapi walau macam mana pun hidup harus diteruskan biar pun pahit...Alhamdulillah dalam musim orang demam ni, saya masih sihat untuk meneruskan tugas tugas harian..
Tak habis lagi nak buat Airport review ni..kali ni saya share sikit pasal satu lagi Airport, iaitu La Guardia di New York. This is one of the most gorgeous airport bagi saya. Memang saya suka. Ianya tak la sebesar John F. Kennedy, tapi saya suka... Kemudahan internet pun sangat senang.
Guna jeh for free. |
Walaupun tak semua boleh di "surf" kat sini, tapi janji boleh google and boleh FB, kira ok la kan. Oleh kerana flite kami awal pagi dan kami sampai ter over awal, jadi banyak masa la kami nak meng "Google". Jadi tak la bosan sangat... Kat sini banyak tempat makan, tapi as usual, tiada yang halal. Kami dah siap siap breakfast kat bilik sebelum bertolak kat sini.
Kaunter Delta Airline |
Tempat menunggu |
Surfing sambil memerhati keadaan sekeliling |
Gambar penuh gegar...hihihihi... |
Overall saya suka la airport ni. Sistem announcement pun ok. Que pun still teratur walaupun panjang. Punctual dan sistematik. Panggilan pertama dan juga que yang pertama ialah untuk penumpang penumpang first class. Kemudian baru la turn kami. Rata rata tengok macam Mat Salleh nak balik kampung jeh. Indian dan arab pun ada tapi bilangannya sangat sedikit.
Sekembalinya kami ke New York semula, salji telah mula turun. Baru 3 hari sebelum ni, cuaca cuma berangin dan sejuk sejuk biasa jeh. Terus je semua orang dalam flite capai baju sejuk masing masing. Saya dah siap siap pegang kat tangan. Penumpang di sebelah Mr Hubby ada jugak sembang sembang. Dia berasal dari Chicago. Landing jeh terus dia call saudara mara dia suruh amek sambil bebel bebel cuaca mesti sejuk kat luar..
Salji sudah membanjiri bumi New York |
Dalam entry sebelum ni, saya ada bagitau yang bagasi saya pecah...hehe..ya, sekembalinya dari Orlando tuh, saya pula ke kaunter Delta Airline untuk tukar bagasi....saya agak rush time tuh sebab tour agent dan tunggu. So sementara Mr Hubby menguruskan tour agent, saya ke kaunter untuk tukar bagasi..
kaunter Delta Airlines di La Gurdia Airport. |
Keretakan pada bagasi... |
Akhirnya setelah urusan kami selesai, dah tukar bagasi, kami terus meninggalkan La Guardia Airport untuk ke New Jersey pulak.. Rasanya saya lebih suka Airport ni dari John F. Kennedy. Satu lagi kekurangan bila travel ke negara negara bukan islam ni ialah tandas. Macam biasala, kita orang islam ni tak boleh dipisahkan dari Air. Mana boleh jalan kalau dengan tisu ni. So nak memudahkan urusan, kemana mana saya akan bawa botol mineral kosong untuk isi air. Jadi senang la sikit...:),apa pun pengalaman tu penting kan..tapi dari sudut kebersihan, memang tak dinafikan, tempat diorang ni memang bersih.
Oklah...sampai sini dulu buat sementara...jumpa lagi untuk review tempat lain pulak ye...babai.....:)
8 comments :
seronoknya.. selamat berjalan exercise kaki ya
recent post : Review Samsung Galaxy Note 3 : Edisi Tengok Sahaja
Saya suka sharing pasal botol air tu. even travel dlm Malaysia pun Fuza pasti akan bw spare air botol utk istinjak. Nak pulak kita travel dengan anak3.
syoknya g jejalan..:)
wow siap sediakan tab utk main2 google yer. bes lah macam tu kak :)
bagus kemudahan di airport dia ya.. boleh layari internet lagi.. :D
bestnyer.. dpt gi melencong..
bnyk berjalan luas pemandangan ;)
bestnya akak ... syok kan kalau dapat g jejalan mcm akak.... hihi
blognya bagus sekali, saya suka, salam kenal
Post a Comment