When In Rome

NoorNazuha | 4:36 PM | 13Comments |
Salam
 
 
Saya nak sambung pengembaraan saya di Rome tempoh hari. Walaupun kena pickpocket tapi tak melemahkan semangat kami nak meng "explore" keindahan bandar Rome. Hari pertama di sini, kami amek HOPO. Starting point di Roma termini di Via Marsala. Jenuh jugak nak cari kat mana Via Marsala ni. Masalah komunikasi dengan local ni dah jadi rutin pulak. Seperti france, kat sini English bukan bahasa pilihan.
 
 
 
Menggunakan Hopo ni bagi saya cara paling senang nak explore sesuatu bandar. Harga HOPO kat sini dalam 20 Euro untuk tempoh 24 jam. Cuaca tak sejuk sangat pun kat sini. Sajer jeh over sikit pakai gadget gadget tuh...(hahaha..)
 
Satu nasihat saya kalau berada di sini, kena extra and extra hati hati. Di tepi tepi jalan kat sini bersepah sepah stranger yang diragui jugak apa yang mereka capable of doing. Muka masing masing memang macam penyeluk saku la. Yang business jual pashmina, jual beg pun berlambak lambak. So memang kena buat muka garang la....
 

Antara monumen menarik di Rome

 
 
 
 
Sudah pastila kami singgah ke tempat tempat wajib di sana tak lain dan tak bukan Collesium, Trevi Fountain, Vatican City dan banyak lagi tempat tempat menarik. Sampai penat la jugak nak turun kat semua tempat. Cuaca baik betul hari tuh.
 

Bangunan yang dah betul betul usang
 
 
Crowd di Trevi Fountain
 

Jom baling syiling
 

Menikmati Gelato yang sangat best dengan harga 3 euro
 

Pelbagai jenis cheese
 

Deretan deretan  typical Italian Restaurant
 
Saya paling suka Trevi Fountain ni. Lokasi nya agak terceruk ke dalam. Kena melaluilorong lorong kecik yang di kiri kanan nya penuh dengan peniaga dan restaurant italy. Time winter macam ni pun still ramai yang ke sini. Tak tahu la kalau time summer. Di sini juga berlambak lambak jual souvenier yang murah murah. Pilihan pun banyak. Dalam banyak banyak bandar Europe, kat sini la souvenierpaling murah. FM boleh didapati dengan harga 1 euro.
 
 
Vatican City
 

 
Kami cuma habiskan masa dalam 1 jam kat sini. Macam bosan pulak. Nak masuk ke dalam dah tentu tentu kena bayar. Malas dah nak spend duit ke situ. Dahla bajet jadi limited. So kitaorang lepak lepak kat situ sambil survey souvenier. Tengah tengah lepak nampak sebijik Ferrari untuk disewa. Tak tau la berapa sewanya..


Gambar pun cukup la
 

Peace yo!
 
Perut memang betul betul lapar time ni. Lupa pulak nak bawak bekal sebab tak sempat nak masak. So kami back ke Roma Termini sebab kat area ni banyak makanan halal. Ada Chicken Hut, ada indian muslim restaurant jugak. Last last kami tapau makanan kat restaurant Indian Muslim. Pizza kat sini memang yummeh la. Saya cuma amek  Fish Fillet dengan harga 7 Euro. Not bad kan.
 

Soso Lingams tu dibawa khas dari Malaysia..hehe
 
Seharian di Rome memang menyeronokkan.Bandar yang sangat cantik dan unik. Makanan pun best best. Cuaca nice dan tak sejuk sangat. Tak silap dalam 13 ke 15 Degrees jeh siang hari. Tapi kalau tak pakai Parka, sejuk jugak. Pengalaman kena curi memang agak spoilkan mood jugak. Tapi nak buat macam mana, perjalanan harus diteruskan. Lagi pun dah lama plan nak ke sini...okla..nanti kita sambung Perjalanan ke Pisa pulak...jumpa di next entry....Tata...
 
 
 
 
 
 
 



Terima kasih, datang lagi.

13 comments :

Lieya Von Jay said...

kak pergi Rome bwk sos cili lingam ? terbaik la kak.. eh Hopo tu comel la kak.. :) ramai betol org kat sana ye.. eh kak ada try spagetti x ?

athiqi ariff said...

rome ya..besh x?

Athirah said...

best nya,, one day, moga dpt la sy jejak rome,,amin,,hehe

Noor Hanim Abd Halim said...

wahh,, bestnyaa.. teringin nak kesini. tapi takde rezeki lagi ...

ezyra taharin said...

best nye dapat bjalan ke nagara org..agak2 akk nie keje apa ea??hehe..mesti gaji besar nie

Anonymous said...

cantiknya rome.. teringin sgt nk kesini. suka tengok colleseum tu :)

Sop said...

wah best nyer g rome
bila agaknya sop boleh gi gak ni :)

Unknown said...

ferrari utk disewa? fuhhh.. haha!

ada kwn sy pergi italy dulu, hari2 dok post gambar makan gelato.. bikin jealous je. haha..

TS said...

kak..ce amikkan adik satu syiling..
mne thu de lelaki handsome kejar t..
when in rome..hakhak

wancrazykid said...

wahhhh akak :) kelas beno....pergi rome mcm ke pasar je...kalau wan sampai bila pom takkan dapt pergi rome...kekekeke...taktau lha kowt2 ada org nk blanja plak nanti...ahahahahaha

Nanie Dean said...

Rome... in my dream! harap ada rezeki nanti... sangat teringin nak pegi...

Linda Ishak said...

InsyaAallah... nak backpackers ke sana satu hari nanti...

Umi Nazrah said...

salam singgah. aduhhhhh menarik nya. teringin hati ni nak p sana. inshaAllah pasti boleh ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...