Salam
Saya mencari cari masa yang sesuai untuk update entry kali ni. Actually dah seminggu balik pun, tapi tak ada masa nak update. Seminggu yang lepas, saya and the Gang mengembara ke Korea. Tak lama pun, cuma 8 hari. Pengembaraan pendek ni kami mula kan dengan perjalanan ke Busan. Busan ni sebenarnya bandar besar di Korea, cuma tourist attractions tak berapa banyak seperti di Seoul. Perjalanan mengambil masa 6 jam 05 minit sahaja.
Me and the Gang |
Sampai ke bumi Busan lebih kurang jam 4.30ptg waktu Korea yang cuma advance 1 jam dari Malaysia. So tak adalah masalah jet lag jet lag bagai k...hehehe.....Airport Busan namanye Gimhae International Airport. Comel jeh Airport dia. Jarak tempat landing dengan terminal ni agak jauh. So kena la naik shuttle yang disediakan.
Que jangan tak Que |
Setibanya di Arrival terminal, perkara pertama yang kami buat ilah beli Simcard. Service Provider kat Korea ni dikenali sebagai Olleh. Walaupun di Korea banyak kemudahan Wifi, tapi kami tetap nak jugak beli simcard. Senang nak acess nanti. So terus ke Booth Premium Travel yang terletak di tengah tengah Airport and que. Que panjang pulak sebab ramai tourist nak beli Simcard ni. Harga dalam 36000Won untuk 1G data dan ada berepa minit call tak berapa ingat. Dalam RM lebih kurang RM100++.
Setelah selesai urusan di airport, kami terus ke Subway di seberang jalan untuk terus ke hotel. Hotel kitaorang terletak di area Busan KTX Station. Dari Airport, kami kena naik Subway ke Station Sasang then tukar ke line Orange untuk ke Busan Station.
Nak dijadikan cerita, Sampai di Busan Station, kami sesat pulak. Standardla. Mana pernah tak sesat kan. Tak sah orang kata. Sampai ke malam terpusing pusing carik mana hotel kitaorang. AKhirnya dengan bantuan driver Hotel yang satu group lagi ni, kami jumpa jugak.
Hotel kami ni kecik jeh saiznya. Ngam la untuk 2 orang. Yang tak bestnya ialah hotel ni tak ada Lift. Kami dapat tingkat 2, tapi nak menarik beg besar tuh 1 kerja jugak kan. Harga untuk 3 hari 2 malam dalam lebih kurang RM300++ so divide la 2 orang.
Oleh kerana hotel ni tak jauh dari Mart, so malam tu kitaorang merayau rayau cari makan. Tapi memang tak jumpa la makanan halal kat sini. So saya cuma beli Susu Pisang Binggrae yang glamour kat Korea ni. Tapi memang best la susu ni. Light jeh rasa dia. Breakfast pun boleh minum. Ada macam macam perisa jugak. Kami beli strawberry dan jugak Pisang. Bila minum susu ni, teringat pulak iklan Susu Pisang Binggrae yang Lee Min Ho terlompat lompat menari tuh..hehehe..cute!
Okla..stop sini dulu....nanti sambung aktiviti sepanjang 2 hari di Busan ni....salam semua...:)
21 comments :
wah.. bestnya pergi korea.. ;)
wah senyap2 dah sampai busan yer
[Pengalaman] Panduan Menghadapi Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41
http://tipskerjaya2u.blogspot.com/2014/10/pengalaman-panduan-menghadapi-ujian.html
kacak lelaki korea
http://warkahterkini.blogspot.com/2014/10/10-senarai-top-aktor-kacak-korea-2014.html
Wow best nya kak...
dok tgk gambar je kat fb...skrg nk bc cter pulak..hehehe. Ada tak keychain love tu...heheheh
Wow..bestnya dapat travel....
sy faham perasaan akak bawa beg besar naik tangga bertingkat2.. automatik turun 2 kg. haha
Wah best. selalu travelling eh? boleh la minta tips ni XD
Zila: tak jupe plak keychain tuh..keychain lain ada..hehe...nak tak?kalo nak sila bagi add ek..hehe
Nur Hafzhan:Tips?boley jeh...jom kongsi kongsi
eh zuha pegi dgn seseorang yg suki kenal ke..sbb dia pun baru balik dari korea..dan beli susu pisang tu gak..hahaha..kebetulan kot
wow... best!!^^
mmm...bestnye pi korea.....
kak zuha... best nye dapat minum susu pisang. saya yg minat korea ni pon xpernah minum g. nak beli hari tu tapi mahal la.. kikiki.. minat sgt tapi kedekut
seronoknya dapat pi korea..8 hari tu lama la tu bagi saya. hehe
ohh..kiranya kl terus ke Busan lah ni yek..kat sana mmg susah sikit nk cari kedai halal cam kami ri tu beli instant rice masuk oven makan dgn lauk dari msia..susu pisang tu mmg feveret...boleh kata hari2 minum semua perisa try :-)
aiyookkk xder lift, masaklah nak mengangkat beg..huhu
waahh... terliur tengok susu pisang tu... ade gak bloger btau ade kat jusco.. p carik2 takde... maybe certain2 tempat je kot yang ade...
Awesome!!!!
Awesome!!!
salam kenal =) CT singgah sini.. follow sini jugak..
suka suka citer travel.. nnt CT masukkan kat list kaki travel CT..
godek2 pasal simkad korea hehe.. mahalnyaa 1GB je dia kasi..
aiyak.. dahla CT spesis xleh renggang ngan tenet.. huurm..
jemput singgah blog ya..
Post a Comment