Salam
Waktu entry ni ditaip, saya sudah berada di Rome, Italy. Jom saya kongsi pengalaman saya ke Zurich Switzerland. Perjalanan dari Paris ke Zurich mengambil masa lebih kurang 4 jam 20 minit menaiki High Speed train TGV. Di Paris ni, ada beberapa Station train utama and kita kena pastikan Train yang kita ambil lalu di Station mana.
TGV antara Train paling mahal di Eropah bagi saya. Perjalanan sehala ke Zurich boleh mencecah ke 215 Euro jika tak beli awal awal. Because of that, saya and member prefer beli Pass. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan Eurail Pass ni, boleh click ke link di bawah:-
Ok, nanti saya detail kan tentang eurail pass ni di lain entry. Tren kami bertolak jam 10.23 pagi di Station Gare De Lyon, Paris. Nasib baik hotel kami di Bercy tak jauh dari Gare de Lyon ni. Senang nak angkat beg.
Beg saya seberat hampir 22kg.Tarik naik turun tangga..perghhhh...memang cari nahas. Berat bukan sebab banyak baju, tapi sebab bawa bekalan makanan...:). Frankly speaking, saya tak rasa TGV ni best sangat. Walaupun agak laju, dalam 300km/h, tapi train ni selalu crowded and seating position memang tak best.
Sebelum boarding train, ada few thingskena amek tahu. First platform dan waktu boarding, and secondly, ticket tuh kena verify dulu dekat machine. Bukan terus naik jeh. Kena selalu bertanya dan observe orang lain jugak.
Keadaan Gare De Lyon pagi tu |
Keadaan dalam Train |
Seat dalam train ni ada beberapa jenis. 4 Seats mengadap satu sama lain dan 2 seats type yang sama. Ada jugak 2 seats side by side tapi kita tak boleh pilih seat. And i don't know why...:)..Saya dapat seat 4 facing each other. Seriously tak best nak mengadap stranger selama 4 jam.......
Kami tiba di Stesyen Zurich HB lebih kurang jam 2.30 petang. Hotel kami terletak di daerah Oerlikon. Senang sangat nak acess, cuma naik regional train/local train di Platform 41-44 di Stesyen yang sama. Kami menginap di Courtyard Zurich Nord
Cosy bed for us |
Meh nak citer apa yang kami makan masa kat sini. Kami berdua bawak macam macam jugak nak isi perut. Biasa la kat tempat orang kita tak tahu mana nak cari yang halal. Jalan selamat ialah dengan bawak bekal dan rice cooker yang comel. Cukupla untuk makan berdua. Alhamdulillah, Paris memang tak ada masalah nak bawa barang2 macam ni masa kat airport.
Nasi, Ikan bilis kering, Tuna dalam tin, Sardin, Maggi dan jugak Kari dalam tin...hehe |
Makan time sejuk macam ni walaupun simple memang meletopsla. Semua jalan je. Selain tuh, kami ni memang on budget. Tahu jeh la makan kat sini harga memang ak kurang 30 ke 40 untuk makan sahaja. So jimat banyak..
Okla...nanti sambung cerita cerita lain pulak k...nak kemas barang and have rest sebelum sambung lagi perjalanan di Italy ni...Adiosss.....
7 comments :
wow...bestnya dah pegi banyak tempat... :)
interesting. Saya ke Bandung pun bawa bekalan sendiri if nak stay lama coz tak lalu dengan selera orang sana. Sardin dan ikan bilis pun dah memadai. Alhamdulillah
wow kak siap bawak periuk nasik ye.. ^_^
waaaa....bestnya...jln2...menu yg simple tp best tu...:)
hadoi... ini sangat best :D
bestnye...kakak pasni wat entry costing sume bole??hihi
seronoknyaaa..banyak tips untuk trip saya..
Post a Comment