Mount Pilatus Lucern, Swiszerland

NoorNazuha | 6:49 AM | 5Comments |
Salam
Sambung entry yang lepas ketika di Lucern. Lucern ni sebuah bandar yang sederhana besar dan suasana kat sini sangat tenang dan mendamaikan. Sepanjang di sini, kami tak jumpa pengemis mahu pun homeless. Keadaan sekeliling bersih dan terjaga. Penduduk di Swiss tak ada masalah untuk converse dalam english jika dibandingkan dengandi France.
Di sini banyak gunung gunung untuk tujuan skating, api kami pilih untuk ke Pilatus sebab paling dekat dengan Lucern. Fee untuk naik ke puncak paling tinggi ialah CF54 (untuk pemegang Eurail Pass ada diskaun 30 %).Tiket bas dan tiket ke Gunung bleh dibeli di bahagian Tourist office di tingkat atas Station Lucern.



Bus stop just opposite Train Station dan ambil bus no 1 untuk ke Kreau. Tiket CF54 tuh dah termasuk semua return journey. Agak murah kan..:) Naik bus ni cuma ambil masa dalam 10 minit dan sampai ke Kreau.


Odw ke Kreau




Sesampai nya di Kreau, kena berjalan kaki menaiki bukit kecil untuk ke Station Cable Car. Boleh tahan jauh gak la sampai nak tercabut lutut. Termengah mengah ohhh..Nasib gak cuaca sejuk so kurangla sikit penat.


Menaiki bukit



Signboard Pilatus






First Cable Car yang naik ke atas cuma kecik jeh. Muat dalam 4 orang untuk satu satu masa. Lebih kurang nak naik ke Genting jugakla, cuma gondola Genting lagi besar. Masa kami sampai orang tak ramai pun. Lagi senang tak yah nak que panjang2 kan.



Bandar Lucern



Bila altitute bertambah, salji mula menebal. Walaupun duduk dalam gondola, sejuk nya sampai ke tulang hitam. Nasib gak hari tuh saya pakai betul2 tebal. Kalau tak, confirm kena turun balik sebab tak tahan.

Pine yang diselimuti salji




Total masa nak Gondola comel ni dalam 30 minit. Then, selepas sampai phase pertama, kami kena tukar pulak naik Gondola yang lebih besar. Kali ni naik lagi ramai, dalam 20 orang macam tuh. Darjah ketinggian semakin tinggi dan curam. Kalau gayat memang susah nak naik Cable Car type ni.


Posing dulu sebelum mendaki lebih tinggi



Mat Mat Salleh yang sedang tunggu turn naik Cable Car.




View dari Cable Car
Naik Cable Car kedua ni tak la lama sangat. Kurang dari 15 minit rasanya. Sampai ke Puncak juga akhirnya. Kat atas Gunung ni tak ada la banyak benda yang nak diteroka. Ada restaurant, ada tempat relax sambil minum and ada scenary platform untuk lihat permandangan di bawah gunung. Ketika tuh, salji turun mencurah, angin pulak agak kuat dan berkabus membuatkan pemandangan jadi terbatas.

Salji tebal

Oleh kerana perut dah menyanyi sebab lapar, kami tak dapat nak teruskan dengan aktiviti main salji. Kena re fuel dulu. Nasib baik dah bawak bekal siap siap. Kat atas ni makan x ada yang murah dan halal pun.


Habis kemek masuk dalam beg.
Lepas makan, baru la kami ronda ronda cari souvenier. FM kat atas ni berharga CF9, lebih kurang RM30 untuk 1 fm. Agak mahal. Jadi tak boleh la nak beli banyak. Cukupla untuk diri sendiri. lepas tuh kami tak lepak lama kat atas ni. Kami turun ke bawah sebab kat bawah lagi banyak aktiviti nak dibuat.


Ingat nak main slide tuh, tapi takut terlajak masuk gaung.


Alih alih naik lift chair yang comel ni....

Secara pendeknya, pengalaman kat sini memang tak akan dilupakan. Kalau la setiapkali tertekan boleh hirup udara segar kat sini kan best. Tenang dan damai jeh.  Sesiapa yang nak ke sini sila la. Sangat cantik. Okla....kat sini dah pukul 11.50PM dan saya sekarang berada di Vienna, Austria. Nanti kita sambung lagi ye.....

Till then...babai..




Terima kasih, datang lagi.

5 comments :

Farah said...

Lama tak bw dan baca entry Noornazuha.. suka baca your experience berjalan kat negara org and inspires us kalau nak gi jalan sana nti. Keep up the writing and shares! :)

dieya said...

best nye main snow! kat lucern boleh ye naik gondola even tho tak main ski? i heard some places tak boleh. kalau naik, mesti turun pakai ski. tak boleh turun naik gondola. tatau kenapa.

Anonymous said...

Subhanallah cantiknyaa! putih je pemandangan. seronoknya dapat main salji ><

Lieya Von Jay said...

perghhh kak . cntik gila pemandangan salji tuhh.. ^_^ untung kak dapat pergi sini ye..

syieda said...

Salam kenal...
seronoknya g pilatus tu. Bila la dapat jejakkan kaki ke sini agaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...