Bonjour Bruxelles!

NoorNazuha | 8:47 PM | 22Comments |
Cher ami, heaureux de vous voir......!

Salam rakan blogger..hopefully everything ok and semua sihat hendaknyaaa....kali ni aku nak sambung perjalanan hidupku ke London dan Belgium. Aku tak nak sentuh sangat moment moment masa kat London sebab aku penah buat entry yang thorough pasal apa yang menarik kat sana. Aku nak sentuh tentang perjalanan dari London ke Belgium pulak.


Sini aku nak bagi tips sikitla kepada sesiapa yang suka travel..firstly, kalau nak murah,kena la book awal awal. Kalau ada banyak masa, preferably naik bas sebab murah dan jadual perjalanan yang kerap.Sesiapa nak book bas ke Eropah boleh la book di Eurolines Coach di mana kat sini memang banyak destinasi eropah yang ditawarkan. Kos perjalanan/tiket dari London ke Belgium masa tuh ialah GBP50.

Untuk pengetahuan rakan rakan blogger, travel kami ni memang tak guna khidmat tourist guide. Nak save cost and nak lebih leisure. Tak nak terikat dengan jadual. Bagi aku, kalai ada bajet lebih, memang senang amek Travel Agent. Tapi kalu pergi sendiri pun seronok jugak. Banyak benda yang boleh belajar. Banyak pengalaman boleh dicari.

Kami sampai jeh ke Heathrow dalam pukul 3.30pm. Terus turun ke Tube di Terminal 3 (mostly middle east airlines kat Terminal 3 dan 4). Heathrow Terminal berada dalam Zone 6 dalam rangkain Tube di London. So kalau nak beli travel pass/Oyster card, memang tak masuk sekali. One journey from Heathrow ke Central London cost dalam GBP5. Tapi senang dan convenient. Masa aku sampai di sini bulan April dulu, aku naik dari Stanstead Airport London.

 
It takes 40 minutes from Heathrow to Central London
Plan kami ialah untuk check in hotel dulu sebab sebelah malamnya kami akan teruskan perjalanan ke Belgium. Hotel kami terletak di High Holborn. Sebenarnya pakej yang kami dapat ni sekali dengan Airline ticket+ Hotel 3 malam. Tapi berlaku kekeliruan masa nak book hotel tuh. So dari 3 malam tuh kami dapat 1 malam jeh. Takpela..nak buat macam mana. Dah bukan rezeki.

Pandangan dari luar
Our room
Tak sampai beberapa jam check in, kami dan bergegas ke Stesyen Bas Victoria. Masa sampai di hotel, jam lebih kurang jam 7 malam. Bas kami akan bertolak lebih kurang 10.30 malam. Dari hotel ke VCS akan mengambil masa dalam 20 minit. Kami naik tube jeh ke District line and terus sampai ke VCS.


Our bus
Perjalanan dari Kota London ke Brussel mengambil masa lebih kurang 8 jam. Sebenarnya tak jauh beza masa aku ke Kota Paris hari tuh. Proses perjalanan yang sama. Sebelum sampai ke Dover, kita akan berhenti untuk passport checking semua.Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca entry aku Journey to Paris .Aku ada huraikan sikit apa yang berlaku masa perjalanan ke sana.

Untuk info lagi, Kota Brussel terbahagi kepada 3 major stesyen. North, Central and south. Kalau naik Eurostar, kita akan berhenti di South Station. Macam kami naik bas, kami akan berhenti di North Station. North Station adalah Stesyen paling tua di Brussel.


Stesyen North
Setibanya kat sini, macam biasala..aku memang blur la. Nasib baik sebelum ni aku ada study sikit la macam mana nak move dari sini ke Central. Aku dan member memang dah book tiket Hop on and off Brussel awal awal lagi dengan harga Euro18. So kami kena bergerak ke Stesen Central dengan menaiki Metro. Dengan harga tiket hanya Euro 1.30 kami terus naik Metro ke Central.

Metro yang menghubungkan Brussel dan bandar lain

Aku.....
Penduduk Belgium puratanya adalah berbangsa Belanda (Dutch) dan juga France. So mereka bertutur pelbagai bahasa mengikut daerah. Nasib baik diorang ni fluent jugakla bahasa Inggeris. Kalo tak, teruk jugakla nak communicate....

Ni la Hop on n off yang kami naik.Cost Euro18
Rainy morning...rasa macam dalam chiller...
Heavy rain
Di pagi pagi hari ni kami memula kan perjalanan di Kota Brussel. Dengan badan yang penat tak terkata dan cuaca yang sejuk tuh, kami gagahkan jugak untuk meneroka bandar Eropah ni..jom layan gambar gambar jap..

Couple yang tolong snap gambar kami...dank u en tot ziens!
me and my buddy
Brussel Atomium
Antara Gereja tertua di Brussel
Bandar yang permai dan sunyi

nearby park

Banyak tempat tempat menarik yang tak sempat dikunjungi kat sini. Masa jeh yang tak mengizinkan. Lagipun apa yang jadi penghalang ialah kepenatan yang melampau. Tak cukup rest dan sebagainya. Ni memang bukan namanya melancong..tapi "travelling". Sampai sini dulu entry ni..nanti aku sambung entry di sebelah petang di Brussel dan jalan jalan cari makan kat sini. Jumpa di next entry....salam!

Terima kasih, datang lagi.

22 comments :

Mek Onie said...

serius tatau pon pasal tips2 yang patut kita buat masa nak p travel...


p/s:salam perkenalan kak :)

Memori Kekasih said...

seronok nyaa...cemburu tgk akak dpt jln2..mesti sejuk sgt2 kan kak..dah lah hujan..tak sabar nak bace sambungan entri akak..:)

Wadi AR said...

akak pegi london betik la ni. wahhhh bwk la sy pegi jugakkk

amranaiman said...

wow seronoknya.. leh ajar x cane nk g sana.. redah jaya je ke ? menarik :D

Shila said...

pergh...

best nye jalan2..!!

Anonymous said...

lawanye view !

ziana said...

Cantikkkk dan seronok..macam akak pulak kat sana..Bila nak sponsor akak???

abghani said...

bestnye dpt gi urop.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sis, kalau travel k europe ne guna satu mata wang je kn.. pound sterling ek? ( maklumlah.. saya ne xpernah g obersea. hehe.)

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Jauh perjalanan luas pengalaman..inilah harta paling bernilai dalam hidup kita..

NoorNazuha said...

Taufiq:kalo ke eropah, macam2 currencies, kalo Uk yess..pound jeh,kalo ke negara lain kebanyakkan guna Euro..ada sesetengah terima pound, tapi diorang amek dgn nilai yang sama.So rugi la kita sbb euro lagi rendah compared to Pound.So better bwk both Currencies

Unknown said...

Agaknya bilalah abah berkesempatan nak bwk diri dan famili ke sana ye???mmmmm..

Wajarkah LYNAS dibina di Kuantan?

Ezad Skytech said...

wahhh..bestnya dapat travel ke luar negara..(^^,)

anamizu said...

wahhh best3!!
bleh plan utk next trip nih :P

Anonymous said...

best nyaaa jalan2 obersi.
jelessss
:P

Anak Wak Mail said...

bila nak bawak saya pergi sana??hihi..:)

Acik said...

best nye ... bilalah saya nak sampai ke sana? :)

yayath said...

wahhh...bestnye:)jom bawak yath melancong sama:)hehehe

merahitujambu said...

seronoknya berjalan ...cantik2 bangunan

Anonymous said...

wow..bes!

Akak Kembang said...

seronoknya :)

Intan Asmira said...

salam :) boleh tak sis tolong detailed out journey to london. first time nak pergi tapi nak plan tu macam susah je. kalau boleh from heathrow to central and nak pegi tempat2 lain. transportation and place to stay :) intanation@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...