Statue Of Liberty

NoorNazuha | 2:06 PM | 9Comments |
Salam to all...



Ishhhh....cerita Perjalanan aku hampir tamat. Hari hari terakhir hampir tiba. Hari ini ialah hari kedua akhir aku berada di bandaraya New York. Di awal aku sampai ke sini dulu, cuaca sangat baik. Cuma angin jeh yang kuat. Tapi masih belum bersalji. Sekarang, bandaraya New York sudah mula dilanda ribut. Ingat tak pasal Boston dilanda ribut salji sehingga berkaki kaki dalamnya. Ye, kejadian tuh berlaku setelah sehari kami meningalkan Bosotn, kalau terlambat, confirm kami stranded kat Boston.

Kami sampai ke NYC semula lebih kurang jam 5 petang. Cuaca tak berapa baik  Hujan renyai renyai tapi manusia tetap ramai.

Warning warning!


New Yorkers...arrrghhhhh...bad snap!

Lovely evening


Rockfeller Centre


Timesquare

At Timesquare
Kemudiannya kami dibawa ke Maddame Tussauds, tapi aku tak join. So kami merayau rayau di sekitar Timesquare and window window shopping sementara menunggu yang lain masuk dalam Maddame Tussauds tuh. Then kami terus beli dinner and perjalanan diteruskan ke Hotel kedua terakhir iaitu di New Jersey. Aku pun dah lupa nama Hotel ni, tapi macam biasala, kami bermalam cuma semalam disini.


Our room

Aktiviti keesokkannya ialah menaiki Ferry untuk melihat Patung kebebasan. Hehe...Statue of Liberty ialah symbol kebebasan bagi Amerika. Kebebasan yang diberikan oleh kerajaan Peranchis. Terletak di Upper New York Bay di Liberty Island dan Selatan Ellis Island.

Untuk melihat Statue ini, hendaklah menaiki ferri. Tambang untuk menaiki ferri ialah sebanyak $25 yang dibeli terlebih dahulu oleh Agen travel kami. Oleh kerana cuaca tidak berapa baik, ramai penumpang hanya duduk di bahagian berbumbung sahaja.

Keadaan di dalam ferri

Ahhhhh..........try nak amek gambar dalam gerimis.


Gelagat masing masing
Mr Hubby dah awal awal surrender nak duduk kat dalam sebab tak tahan sejuk. Aku jeh yang semangat nak try snap sikit sikit gambar kat luar. Tak pela, bukan senang nak rasa dah. Entah entah tak akan rasa dah sejuk macm ni...:)


Hi Guys....

Hmmm.....jauh betul jarak Statue Of Liberty tuh....


Mr Hubby vs Mr Liberty
Selepas lebih kurang 75 minit mengikuti perjalanan bersama sama dengan ferri ni, kami ke pameran kapal selam dan juga kapal terbang di museum sebelah. Masa ni Mr Hubby excited betul, and aku pulak yang boring. Nice jugak la kapal kapal kat sini.



Setelah 2 jam berada di Ferri dan di pameran kapal kapal ni, kami berangkat ke destinasi terakhir bersama dengan tour ni iaitu ke Wall Street. Hujan semakin lebat dan salji jugak semakin tebal. Perjalanan ke Wall Street mengambil masa lebih kurang 20 minit depends pada traffic di bandaraya New York.

Okla,nanti kita share tentang ke Wall Street pulak ye di lain entry....till now, tata..!

Terima kasih, datang lagi.

9 comments :

TS said...

hambooiii...syoknye la berjalan...hiks

Admin said...

sevener NY mana ni ?hehe

Mime MF said...

bestnyer...bestnyer!!!>,<

Miss N™ said...

perghh..bestnyaaa..!

Asyik Izas said...

wahhh..cantiknya..best dpt jenjalan nih..:)

puteri kasih said...

wahh ada statue of liberty berbaju kuning yer..hehe

azuria said...

tgk pon dah rase sejoooknye...

Unknown said...

Wahhh bestnyerkk sis..Xsampai lg ke NY, tgk gmbr2 yg awesome ni rasa brsemangat nk ke sana plak..btw gambar2 sis snap tu semuanya chantek n menarik..beautiful scenery :D

Unknown said...

hrp dpt prgi sna juga stu hari nnti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...