Salam semua
Setelah selesai lepak lepak di Bucharest, destinasi kami yang seterusnya ialah ke Cappadocia. Dari Bucharest ke Cappa still kena transit di Istanbul dulu. Then sambung flight ke Cappa. Masih menaiki Pegasus Airline. Misi ke Cappadocia ialah menaiki Belon Panas!
========================================================================
Flight kami lebih kurang jam 10 pagi. So awal awal dah check out Apartment tu and tunggu cab depan apartment. Sejuk betul pagi tuh. Traffic busy sebab orang nak g kerja masa tu. Lepas dapat cab terus kami ke Henry Conda Airport.
|
Posing kejap |
Sampai je kat epot, standard la kami buat urusan urusan di airport. Cari troli, check in barang, carai tandas and bla bla bla.......masa ni badan dah leteh gak. Muka pun memang macam tak cukup tidur. So tak ada mood sangat nak posing.....heh!
Okla...after 2x flite and transit di Istanbul, akhirnya sampai di Airport Kayseri, Gerome Turki. Lupa dah masa tu kul berapa sebab dah malam. Lepas amek luggage, terus terhegeh hegeh cari driver yang nak bawak kami ronda Cappa and naik Hot Ballon ni.
Cari punya cari, akhirnya nampak signboard nama Mr Hubby. Terus dia bawakkan beg beg kami naik minivan yang memang cramp.
|
Ni la minivan nyeeee |
|
Cramp tak hengat! |
Perjalanan dari Kayseri ke Hotel kami lebih kurang 40 minit jugak. Leteh mak duk dalam minivan tu. Nak toleh kiri kanan pun susah pasal sesak sangat. Kami antara orang yang akhir turun dari minivan tuh. Kiranya kami sampai lebih kurang jam 9 malam and terus jeh diorang angkat beg ke bilik yang letaknya nun di tingkat atas. Diorang ni memang suka betul dengan tangga....
|
Comel tak bilik kitaorang? |
|
Dah macam katil pengantin baru pulak gayanya.... |
Kami hanya bermalam 1 malam jeh kat sini. Plan nak naik Hot Balloon kul 5 pagi then after breakfast nak check out. Then akan join one day tour kat sini sampai kul 4.30 petang. Kami akan berangkat ke Istanbul pada malam harinya. Flite kul 8.30 malam. Selesai makan and solat, kena tido awal. Baju dah kemas siap siap sebab takot lambat plak besoknya. Lagi satu takot terlajak tidur haru pulak kan.....tapi seriously badan memang dah penat tahap cipan....
Pukul 4.30 kami dah ready. Terpacak depan hotel. Dahla cuaca memang sejuk gigil. Tak tahan kot stay kat luar. Pekerja hotel kat situ dok hentam tidur tak nak bangun bangun lagi. Best tengok dia berselimut atas sofa kat lobi hotel tu. Boring menunggu diaorang datang amek, main ngan kucing kucing kat luar. Turki ni memang terkenal ngan lambakkan kucing kucing yang gebussss!
|
Kucing ni memang tahan sejuk |
Dalam pukul 5 pagi, van tak sampai sampai. Tetiba diorang inform tak jadi tapi nak re confirm balik. Kuciwa dah hati ni pasal memang tujuan utama datang Kapodkya ni sebab nak naik Belon!. Dalam 10 minit lepas tu, diorang hantar wazap. Nasib baik jadi. Dekat dekat 5.30 pagi van pun sampai.
Kami sampai di tapak Belon tu hari masih gelap lagi. Semua kena berhimpun ramai ramai kat situ. Ada jamuan ringan disediakan. Elok sangat minum kopi panas panas tengah tengah sejuk tu......
|
yang pakai tudung jalur pink tu nama dia Mariam. Baik orangnya. |
Lepas tu, kami dipecahkan ikot agen masing masing. Dalam 20 orang satu group. Masa ni still gelap. Dari jauh dah nampak matahari mula nak naik. Ada jugak satu dua belon yang dah naik. Teruja sangat dah masa ni pasal memang cantikkkkkk sangat!
|
Dah nampak belon |
|
Antara belon palin awal naik ke udara masa tu |
|
Posing dulu sebelum naik belon |
Dalam 20 minit menunggu, akhirnya belon kami siap jugak. Proses loading amekmasa jugak sebab bakul belon tu tinggi jugak. Kena panjat ikot lobang lobang kat bakul tu. Kalo pakai skirt mau tak boleh nak masuk.
Bakul biasa accommodate dalam 20 orang and 4 orang untuk satu compartment.So share la dalam 1 compartment tu. Berasak jugak la. Sebelum fly, pilot and co pilot akan bagi briefing tentang safety. And masa nak landing nanti kena berdiri macam mana. I bet pilot tu mesti dah lama dalam business belon panas ni...:)
|
Nak belon satu! |
And layan jeh la gambar gambar kat bawah ni. I can tell you, its worth the paying. Kos naik untuk belon biasa macam kami naik ni dalam Euro130. Mula mula rasa macam mahal, tapi bila dah experienced, rasa sangat sangat berbaloi. The view is amazing....really..
|
Geram tengok belon belon ni |
|
View belon baru nak naik |
|
Belon lagi |
|
The one and only |
|
The Sunrise. Splendid! |
|
Sunrise lagi |
|
Ececececece.. |
|
Selfie sikit |
|
View lagi |
|
Lagi.... |
|
Gamba oleh Handphone saje..... |
|
The Valley |
Durasi ride belon ni lebih kurang 45 minit depart and landing time. So berdiri lama gak la dalam bakul tu tapi tak rasa pun sebab cantik sangat...bila nak start landing, dia akan brief sikitla so kita akan pegang pemegang kat tepi bakul tu. Belon tu landing atas lori terus supaya diaorang bole terus packing.
Masa nak keluar dari bakul tu punya la susah pasal tinggi sangat. Kena ada pulak ada orang yang tolak dari belakang. Kalau tak mahu terbalik dibuatnya.Nasib pekerja diaorang standby kat tepi tuh...:)
|
Ni la lorinyaaa... |
|
Toasting time. |
Dah jadi tradisi kat sini buat toast setiap kali habis naik belon. Memula salah paham jugak ingatkan champaigne, sekali kitaorang tanyala and diaorang bagitahu tu cuma jus epal dan arak adalah dilarang dipraktiskan di sana. Lega rasa...hehehe..sedap gak jus epal tuh......
|
Propose time |
Ada event yang sweet lepas habis nak belon tu. Ada chienese couple nak propose and diaorang mintak kami semua celebrate la dengan buat satu bulatan. And after pompuan tu say yes, semua orang tepuk tangan. Happy couple tu dapat celebrate kat sini. Maybe pompuan tu dah tau kot sebab tak nampak sangat dia surprised..hehehe...oh ye, after ride, diaorang akan bagi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan..:)
|
Mengabadikan kenangan bersama pilot kami beserta sijil |
Selepas selesai balloon ride, terus mereka hantar semula ke Hotel. Kami breakfast dulu sebelum kemas kemas dan mandi. Breakfast kat Turki ni sangat healthy. Semua fresh termasuk cheese dan jugak buah buah. Nasib baik jugak hotel ni termasuk dengan breakfast.
|
Cereal memang wajib amek |
|
View dari hotel. |
|
Lepas makan.....amek gambar dulu. |
Boleh dapatkan info dari link di bawah:-
ROMA CAVE SUITE
Bersambung di entry selanjutnyaaaa...........tata.:)