Journey to Verona, Italy

NoorNazuha | 10:39 AM | 0Comments |
Salam

Menyambung entry yang tergendala hampir setahun. Selepas sampai di Milan, keesokkan hari kami meneruskan perjalanan ke Verona, Italy. 

Dah lama nak ke Verona ni dan alhamdulillah perjalanan dipermudahkan. Perjalanan bermula dari Milan Central. Berlaku insiden sikit sebab salah satu tiket train lupa nak print and tak boleh trace dari email. Kenala beli tiket baru. Pengajaran buat kami supaya lebih teliti di masa hadapan.



Try Pizza di Verona


Verona merupakan satu bandar kecil di Utara timur negara Italy. Sangat terkenal dengan sejarah Romeo dan Julietnya menjadikan Verona salah satu bandar yang terkenal serata dunia. Kami sampai di bandar ini lebih kurang 10 pagi. Terus amek map dan amek cab ke bandar utama di sini. Cuaca lebih sejuk dari Milan. Tapi masih boleh tahan. Maklumla stok lemak banyak lagi..:)



Inilah rumah Julie
Untuk sampai ke rumah Juliet ni, kena pusing lorong lorong kecik kiri dan kanan. Kena rujuk pada map area tu kalau tak memang boleh sesat. Orang memang sentiasa ramai di sini walaupun di musim Winter. Tak boleh bayangkan kalau musim panas ni...asik kena tunggu turn nak bergambar.


Antara lorong lorong di Verona.


Buah buahan di pasar area verona square
Inilah satu kelebihan bandar bandar di Eropah, buah buah dia memang fresh dan murah. Kalau ikotkan nak beli semua tapi tak larat nak bawak. Hampir tiap tiap hari beli sikit bawak balik ke apartment. Especially buang Limau dan anggur tu.

Since kami kat sini 1 hari je, so kami ronda ronda je area Verona berjalan kaki. Singgah makan di salah sebuah kedai makan di tengah tengah square. Cuma minum hot choc dan Vegie Pizza hanya untuk isi perut. Sejuk sejuk ni memang standardla cepat lapar.


FM wajib!

Plain Spagheti untuk lunch. Spagheti Italy memang terbaik.


Vegie Pizza.
Harga makanan boleh tahan. Sorang dekat 20 euro jugak. Anggaplah RM20. Habis cerita. Kalau nak diconvert sampai sudah tak habis. Janji dapat rasa. Lepas isi perut kami sambung jalan jalan. Bila masuk waktu solat, kena la cari tempat yang boleh duduk dan solat. di Europe ni bukan senang. Nak cari toilet lagi, dengan tak boleh basah lagi, dengan sejuk lagi....fuhhhhhh berpeluh mak.


Langit cerah tapi suhu sangatla sejuk


View bandar Verona dari atas bukit.


Tak sure nama jambatan tu. Tapi view memang superb dari sini.

Kat atas bukit tu kami rest sambil minum minum sebab nak tumpang toilet. Harga mak aiiii.....tapi penat punya pasal takpelaa. Lepak lepak sambil menghirup udara sejuk kat atas tu sebelum turun balik. Nak naik tu je makan masa berejam. 


Salah sebuah church di sini


Wajib cuba kalau di europe. Gelato kat sini memang terbaik. The Best!


Sampai di The Arena.
Jalan jalan pusing Arena ni hari dah nak gelap. Biasalah musim sejuk pukul 5 dah gelap. Train balik kami ke Milan lebih kurang jam 7 petang. So kami pusing pusing area sini je sementara tunggu cab.


Suasana malam.
Sampai sini di Verona. Next stop, ke Rome pulak......tak tau bila lagi nak update...:)




Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...