Bandung, Indonesia

NoorNazuha | 4:14 PM | 13Comments |
Salam semua

Dah habis entry ke korea,saya sambung pulak entry ke Bandung. Short trip ni ialah tajaan company. So dah nama pun tajaan, so sume free la kecuali duit poket..hehe..tahun ni sebenarnya tahun pokai saya. Awal tahun hari tuh dah berhabis di europe, bulan mei habis plak ke singapore. Masuk Oktober ni pokai lagi di Korea. Ni kena spend pulak kat Bandung...tapi....Duit bisa dicari, pengalaman tuh yang payah nak dapat..betul tak...?

Ok...kami ke Bandung cuma 3 hari. Sekejap sangat. Tak sempat panas punggung pun. Rasanya tak perlu saya story banyak sangat pasal Bandung ni sebab dah ramai yang ke sini sebab nak shopping.Flite kami jam 6.40 pagi, standardla AIr Asia, yang time subuh embun jantan tu la yang murah....

Seawal jam 4 pagi dah berkumpul di KLIA2. Sampai di Airport Husein Sastranegara Bandung lebih kurang jam 7.45 Pagi, awal 20 minit dari yang dijadualkan. Airport ni adalah airport yang terkecil di dunia. Sumpah cakap, dasat jugakla cramp nyaaaa....


Yukkkk berfoto dulu...yang tudung merah tu saya

Lepas berfoto foto gitu, kitaorang terus beli simcard Simpati Indonesia dengan harga Rp50,000 dengan kredit 3,000 kat dalam tuh sementara tunggu bas. Gambar di atas tu cuma half jeh. Ada lagi half tak masuk dalam gambar.. Lepas call pemandu bas, akhirnya diorang sampai. Alhamdulillah.


Happy bebudak ni....
Sebenarnya semua belum isi perut lagi. So, tak kan nak jejalan dengan perut kosong. Terus mintak driver bas berhenti kat memana kedai makan. First tempat makan kami singgah ke Ampera. Makanan Bandung Jawa ala ala Bumbu Desa.


Tak tau la apa nama benda nii

Sayur campur



Situasi candid masa makan

Destinasi pertama kami selepas mengisi perut ialah ke Paris Van Java. Apa yang menarik kat sini? Sebenarnya lebih kepada outlet outlet yang kat Malaysia pun ada. Harga pun lebih kurang sama. So kat sini sempat la beli 1 skirt Flaired Satin and 1 blouse. Harga murah sikit la dari Malaysia.


Di sekitar Paris Van Java


Posing di pokok ala ala sakura gituu.....


kat Paris ko.....


antara outlet kat PVJ

Lepas beli 1 skirt and 1 blouse kat sini, kitaorang berkumpul balik untuk lunch pulak. Sebelum sampai ke Bandung, Bos dah siap booking untuk lunch kat Atmosphere Cafe. Nak ke sini dari PVJ dekat 1 jam jugak gara gara kesesakkan lalu lintas yang dasyat. Indonesia kan well known dengan jam. Dari pagi sampai ke malam tak habis habis jam. Agaknya berapa la kos petrol depa kan....


Dah sampai ke Atmosphere Cafe

Lanskap luar yang fresh


Berfoto dulu sambil tunggu makanan yang di order sampai

Pilihan menu di sini lebih kepada Western Food. Ada macam macam kat sini. Chickin Chop, Wellington Chicken, Norwegian Salmon and Baked Salmon, Wagyu Steak etc etc...So saya order favorite saya iaitu Norwegian Salmon dan Special Sauce. Special macam mana, kena layan gambar ni.....


Slice of Salmon, Potato and salad.

Wellington Chicken Special


Special Chicken jugak tapi lupa nama menu niiii.....


Fresh Fruit Punch

Overall, saya tak boleh kata salmon tu sedap sebab terlalu nipis. So macam tak puas. Sos dia pulak ada rasa macam ala ala sardin. Hmmm.....pendek kata kalau nak bagi bintang, saya hanya boleh kasi 2 bintang.....untuk yang lain, saya tak pasti, rata rata kata boleh laaaa......kalau sesiapa nak ke Bandung and nak try kat Atmosphere Cafe ni, boleh risik risik di bawah..:-


Selesai lunch, kami meneruskan pengembaraan ke Rumah Mode. Rumah Mode ni macam Factory Outlet. Sayang seribu kali sayang, hujan lebat melecehkan perjalanan. Dengan jam lagi. Jadi sampai ke sini pun dah agak lewat. Bila dah teranjak masa, so plan asal nak dinner pun terpaksa dibatalkan. Check in hotel pukul 4 pun dan dianjak ke pukul 5 macam tuh.


Dah sampai ke Rumah Mode

Borong jangan tak Borong

Kat sini kalau Handbag berjenama yang fake grade AAA banyak dijual, tapi harga memang mahal. Mau mencecah RM300 ke 400. Dah sah sah baik beli yang Original jeh kan. Tapi memang tak nampak macam beg tu fake. Jenuh kena belek belek jugak nak tengok kualiti. Disebabkan kat sini hujan, so tak ada gambar sangat nak tepek. Takot kamera rosak lagi macam rosak kat Korea hari tuh. So sempat snap 2 3 keping jeh buat kenangan.

Lepas spent 1 jam kat sini, kami terus ke Hotel. Sepanjang di Bandung, kami stay di Sensa Hotel Jalan Cihampelas. Best hotel ni...dekat dengan mall dan excess ke public transport.


Spacious room with 2 large single bed


Suka tengok channel Fox Movie


Spacious bathroom as well

Sesiapa yang nak ke Bandung dan nak stay kat sini memang di welcome sangat sangat sebab breakfast dia sangat best dan service pun bagus. Yang penting lokasi dia tip top. Boleh click click di link di bawah:-


Ok ar...kira kira macam dah panjang sangat entry ni. Kalau sempat nak habiskan entry Bandung ni secepat mungkin. Sampai kita berjumpa lagi dan sambung cerita ke Bandung k...daaaaa,,permisi dulu..:)

Terima kasih, datang lagi.

Lepak at Itaewon

NoorNazuha | 6:21 PM | 10Comments |
Salam semua

Ni ialah entry terakhir saya di Korea. Akhirnya habis jugak. Ujung ujung tahun ni kembali kepada jadual busy. So entry terakhir ni dah tergendala pulak.

Masa di Korea, kitaorang stay di daerah Itaewon. Area ni banyak Halal food dan kat sini memang terkenal dengan Masjidnya. So memang ramai la muslim duk area ni. Subway pun dekat. Kami stay di Itaewon Inn yang terletak hanya lebih kurang 300meter dari Subway.


Baru sampai di Itaewon dari Jeju.



Bangunan hijau tu la Hostel kitaorang

Nak cari Hostel ni senang jeh kalau dari Stesen Subway Itaewon. Amek exit yang ada BAskin Robbins (exit 3 tak silap) and amek ke belah kanan belakang Baskin Robbins tuh. Then terus jeh jalan sampai nampak bangunan ijau belah kanan dan di bawah2 tu banyak jual barang barang antik. Memula tuh memang tak nampak sangat bangunan ijau tuh, lelama kalau diperhatikan, tu jeh bangunan ijau tinggi yang ada kat situ.

Hari terakhir, hari jalan jalan di Itaewon. Kat sini ada satu Restoren Malaysia nama SAVARO iaitu restoren milik Felda. So kalau nak rasa makananan Malaysia tapi di Korea, bolehla datang sini. Harga macam biasala, jangan convert. Secawan Teh tarik beharga 6000won iaitu hampir RM15.


In front of Savaro, Itaewon


2 keping roti Canai dan Sambal dalam 8000Won.



Sambal ni manis jeh...not bad
Cukup la 2x menikmati makanan kat sini. Malam tuh makan nasi goreng dengan harga 14,000 won dan pagi tu plak roti canai dan sambal. Kat situ ajeh pun dah dekat RM60. Pokai mak.

Ramai yang kata shopping di Itaewon adalah mahal. Ye betul. Rasanya banyak lagi tempat yang murah seperti di Dongdaemun, Naendamun atau di Insadong. Tapi masa betul betul tak mencukupi nak cover semua tempat. Nak tak nak, kena beli jugak souvenier kat Itaewon ni.


Shawl, Pashmina kat sini agak mahal. Lebih kurang 20,000 Won (RM60)


Pelbagai jenis souvenier


Cap and winter coat in leather.


Socks and underwear


Tshirt i love Korea 5,000Won sehelai.


Home Furnishing banyak kat Itaewon ni..harga tak survey pulak
Lupa nak cerita sikit pasal Hostel yang kitaorang stay ni...Hostel ni betul betul kat tepi jalan. Owner sangat baik dan dikendalikan oleh foreigner. So senang nak communicate in english. Diorang ni peminat bola. Banyak jersi jersi bola ada kat sini. Sambil lepak lepak tunggu teksi, kitaorang sempat amek gambar kat hostel ni wat kenangan. Kalau sesiapa yang stay kat sini, recommended jugakla sebab murah dan dekat ngan subway. Cuma tak ada lift.


Posing time
Selesai meneroka Itaewon, kami kena gerak ke Incheon Airport. Jarak ke Airport dekat 1 jam perjalanan. So kitaorang call cab siap siap. Tapi cab tak sampai sampai jugak. At the end, tahan jeh cab secara ad hoc. Lagipun cab kat Seoul ni berlambak. Tak yah risau. Kalau Cab yang kita call, extra caj akan dikenakan. So total cab fare kitaorang ke Incheon Airport dalam RM160. Mahal kan. Kalau campur extra caj dekat RM200 jugak. Fuhhh..berpeluh mak. Nasib share 3 orang. Sebenarnya naik subway lagi jimat tapi sebab beg yang diangkot dah beranak pinak, dah jadi 4 beg. Tak larat dah nak panjat tangga subway tuh.


Incheon Airport


Heading to departure hall
Sampai sini dulu entry Korea. Sampai berjumpa lagi di lain waktu dan ketika Korea. Frankly speaking, Korea adalah salah satu negara yang saya nak pergi lagi. Tak tau la kenapa, maybe, rasa secure kot kat sana and tak takot nak jalan sorang sorang.

Jumaat ni ada company short trip ke Bandung. Apa pun tak pack lagi....so jumpa lagi after Bandung k....daaaaa..!



Terima kasih, datang lagi.

Shopping at Myeong Dong

NoorNazuha | 5:53 PM | 13Comments |
Salam

Seperti yang pernah di update sebelum ni, kami ke Myeong Dong untuk shopping. Macam gempak jeh bila cakap Shopping kan. Bukan Shop apa pun, cuma souvenier untuk kengkawan dan keluarga terdekat dan barang2 pesanan penaja jeh..:)

Jarak antara Namsan Tower ngan Myong Dong ni sangatla dekat. We all jalan kaki menurun bukit jeh lepas turun dari cable car tuh. Hari dah beransur malam masa ni. Cuaaca tak sejuk mana, just nice untuk bersiar siar.


Myong Dong Street

Bila dah sampai sini, aim pertama nak cari brooch. Dalam banyak2 benda, yang ni saya nak. Tau tau jeh la kalau beli brooch yang harag RM1 kat jalan tar, pakai pun tahan 1 hari jeh.....So far pakai Brooch Korea ni memang tahan..puas hati...

Jalan punya jalan, jumpa satu stall pakcek ni jual brooch. Harga 1 brooch 3000Won. Ada lagi dengarnya yang lagi murah, mungkin di Insadong tapi tak jumpa kat Myeong Dong.



Cantek cantek brooch dia. 1 Brooch 3000 W dalam RM9

Selesai merembat 15 biji brooch, we all nak pergi rembat Skin Care Product pulak. Store pertama yang we all masuk ialah Innisfree. Banyak pesanan penaja yang nak dibeli. Lagipun dalam banyak2 skin produk kat sini, Innisfree yang paling murah.

Kat Myeong Dong ni rasanya ada berbelas belas outlet. Antara yang popular:-

  1. THE FACE SHOP 
  2. NATURE REPUBLIC
  3. SKIN FOOD
  4. ETUDE HOUSE
  5. INNISFREE
  6. MISSHA
  7. TONY MOLY
  8. IT'S SKIN
Sejauh mana kebagusan produk2 ni sebenarnya terpulang pada individu. Bagi saya, saya cuma pakai benda yang bukan asas, maksudnya, buka facial cleanser atau Toner tapi lebih pada yang sampingan. Sebagai contoh, Nose Pad, Lip Gloss, Mask Sheet, Mask atau Hand and body Lotion.



Lip Gloss antara feveret saya...murah,cuma 4000Won



Di atas ialah antara yang dibeli. Mostly Sheet Mask dari Innisfree dan Skin Food. Lip Gloss Innisfree, Jeju Pore Clay Mask dari Innisfree jugak, Nose Pad dari Etude House dan Nature Republic dan the rset tu sume free sample jeh. Paling banyak beli pun Sheet Mask jeh sebab nak bagi kat orang.

So far yang paling puas hati ialah Nose Pad dari Nature Republic (3 in 1). Best sangat. White head ke Black Head ke sume ilang laaa...hehe...Nose Pad 3 in 1 ni untuk 10 pack harga dalam 10,000Won iaitu lebih kurang RM31.

Jalan punya jalan, jumpa makanan Halal..perot subhanallah..lapar tahap dewa. Terus naik tingkat 4. Ingatkan Korean Halal, rupanya Tibetan Halal food. Ahhh....janji Halal......Saya cuma Order Spicy Meatball and member pulak order Nasi Briyani.


Spicy..quite tasteful


Not so Tasteful
Selesai makan, misi meneroka diteruskan. Mencari souvenier untuk sanak sedara dan kengkawan. Tapi memang tak snap gambar sangat sebab handphone ni memang out kalau amek gambar dalam gelap. Layan jelah gambar gambar ala kadar kat bawah ni..:-


Key Chain untuk bebudak Office


Sheet Mask, Hand Cream and Hand Cream


Malam malam memang happening kat sini..i like


Gegar jangan tak gegar..:(
Setelah kaki hampir rasa nak tercabot dan lutot rasa macam nak bengkok, baru lah rasa macam nak balik. Beg dah beranak jadi 4 ketul. Senget banhu nak kendong barang barang ni. Walaupun ada lagi nak beli, tapi bajet tak mencukupi. Itupun dah ada guna kad kredit sikit. Nak harapkan cash, memang tak cukup.

Okla..sampai sini dulu entry ni. Nanti sambung kisah di Itaewon untuk entry yang penghabisan.....daaaaaa..

Terima kasih, datang lagi.

Namsan Tower

NoorNazuha | 2:18 PM | 17Comments |
Salam

Hoooo yeahhhh.lately rajin update blog sebab kita kurang busy. Best best ada masa nak berblogging ni. Lagipun nak habiskan entry Korea ni secepat yang mungkin takot ada yang muntah hijaun bosan pulak nak baca.(harap tak ada la yek..)..

Menyambung entry sebelum ni iaitu Lotte World, seterusnya kami ke Namsan Tower. Siapa tak kenal Namsan Tower atau Seoul Tower kan. Tak sah kalau ke Korea kalau tak pergi sini. Tapi nak kongsi cerita sedeh. Sedeh sebab gambar gambar yang amek kat sini semua tak cun pasal guna Hp and lagi satu pasal hari dah malam. Ingatkan kat sini pencahayaan cun la, rupanye bila malam gelap gulita and dah tentu tentu memerlukan Kamera DSLR yang power, btol tak?......


Namsan Tower at the back
Baju masih sama kan. Sebab dari Lotte World terus gi sini. Kami ikot Myeong Dong. Salah keluar exit. Sesat entah belah mana pun tak tau. Nampak jeh Tower tu dari jauh. Last last tanya kat Domino. Siap bagi isyarat tangan bagai, nasib dia paham. Dia suh lintas jalan and panjat bukit.

Lepas cross terus kitaorang daki bukit yang hampir 200meter jugak nak sampai ke Stesen Cable Car. Serious, kalau tak ada stamina. memang leteh oiiiii....tengok makcek makcek ni steady jeh panjat. Yelah...kitaorang ni dari pagi tak makan, mau tak ada stamina...!!!

Sempat tanya satu kapel ni kat mana cable car, beriya iya pakcek korea ni tunjuk jalan, rupenya dia pun susah.....ahhhhh..tensen mak...lebih kurang 30 minit mendaki, akhirnya sampai ke Stesen Cable Car. Que fuhhhh...tak sangka ramai sangat. Dari waiting line kata 1 jam, tapi serious lebih. Dekat 1 jam 30 minit que.


Sunset at Namsan


Ni dah kira half way que


Ohhhh..kualiti gambar yang memang disesali
Bila dah nak sampai ke Cable Car, bersesak jugak yang nak masuk. 1 cable car boleh muat dalam lebih kurang 20 ke 30 orang macam tuh. Cantik sangat nite view kat sini tapi memang gambar tak cun laaa.....


Nite view
Naik kejap jeh. Tak sampai 10 minit kot. Tapi nak menunggu tuh yang tak tahan. Sampai jeh kat atas ni, terus bergegas ke love padlock ni. Tapi tak beli pun pad lock nye. Malas pulak. Dah malam malam ni nak kejar masa. Takot time nak turun nanti, kena berebut rebut lagi.


Yuhuuuuu..i am here bebeh


The Padlocks


The Tower

 
Apa ntah nama benda ni

Percaya ke tak, kami tak naik pun tower ni. Malas pulak nak naik. Orang ramai sangat and masa pulak dah suntuk. Cukup cukup la lepak kat bawah ni. Beli souvenier sikit kat sini untuk kenangan. Harga souvenier kat sini boleh tahan mahal.FM tu wajib. Ada macam macam. Cantik2 semuanya. Poskad pun ada.


Ni yang saya beli di Namsan


Ohhhhh...sedihnua tengok gambar ni......


Agaknya berapa jumlah Padlock ni
Tak lama kami kat atas ni. Tak sampai 1 jam pun. Terus rushing nak turun. Nasib baik orang tak seramai masa nak naik. Lega mak.Ohhh........


Menunggu Cable Car sampai


Dah sampai
Bila tengok Cable Car ni, tetiba teringat scene dalam Drama Boys over Flowers. Tak ingat episod berapa yang Gun Jun Pyo ngan Jandi dating kat Namsan Tower pastu terkunci kat sini. Sweet sangat scene tuh kan.....hehehe......Cinta baru berputik gitu....

Selepas turun dari Namsan Tower, kami terus ke Myeong Dong. Apa lagi.nak terjah Store store skincare kat situ. Macam macam dah dalam kepala ni. Okla...sambung dalam entry yang seterusnya.......nak sambung kerja...babai...

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...