Dracula's Castle, Bran Romania

NoorNazuha | 6:48 PM | 4Comments |
Salam

Menyambung semula post sebelum ni apabila tiba di Romania. Keesokkan harinya plan kami nak ke Brasov City. Brasov ni dah kira jauh jugak dari Bucharest. Kami menaiki tren dalam lebih kurang 2 jam 30 minit. Tiket dah book siap siap dari website di bawah:-


Harga tiket Tren di Romania ni sangat murah. Even stay di first class pun harga tiket return pun tak sampai RM150 P/Person. Tapi condition tren tak la sepertimana yang diharapkan. Kadang kadang biarla kita bayar mahal sikit asalkan bersih dan selesa. Keadaan seat semua ok kecuali tandas dia sangat kotor. Flush pun rosak dan tak dibaiki.


Gara Du Nord, Bucharest

 GARA DU NORD- BRASOV-BRAN



Legroom untuk First Class Romania Tren.


Merenung masa hadapan
Pemandangan sepanjang perjalanan dari Bucharest ke Brasov tidakla begitu mengujakan. Suasana di luar sama seperti di Malaysia juga. Banyak rumah rumah tinggal, kilang kilang terbiar dan hutan belantara. Train pun sangat kosong masa tuh. So dah jadi macam free seat pulak, boleh duk kat mana mana.

Sampai di Bandar Brasov agak awal. Lebih kurang jam 10.30 pagi. Cuaca agak sejuk. Di luar stesyen train banyak ulat ulat teksi nak ngapppp. Kena pandai pandai la. Kalau nak bas dari Brasov ke Bran, kos tak sampai 10 lira, tapi naik teksi mencecah ke 100 Lira. So kami decide naik bas jugak.

Ada 2 bas yang perlu naik untuk ke Bran. First bus tu bas henti henti hingga sampai ke hentian bas yang agak besar. Then dari hentian bas tu amek bas ke Bran. Tengok signboard kat depan bas tu. Tambang dalam 7 lira sorang jeh. Tiket bole beli kat driver jeh. Perjalanan dengan bas mengambil masa 30 minit lagi. Boleh tido lagi......

Sampai saja di Bran, terus nampak Castle. Ada 2 Castle kat sini. Dracula Castle and Pele Castle. Suasana kampung atas bukit ni mengingatkan saya pada Frazer Hills. Nyaman dan cantik..


Di perkarangan Dracula Castle

Dracula Castle ni letaknya di atas bukit. Sangatla Hiking. Hilang stamina mak nak panjat ni. Sampai jeh di atas, hela nafas panjang panjang. Maklumla, mak ni jarang exercise. Tapi rata rata Warga Emas kat sini memang fit betul. Ramai warga emas datang ke Castle ni. Panjat tangga sana sini, tapi diorang nampak fit and energetic.

Sesiapa nak tahu info lanjut mengenai Castle ni, boleh layari web di bawah:-


Pintu masuk Bran Castle


Antara gambar di dalam castle
Castle ni sepertimana yang digambarkan dalam cerita cerita omputih la, ada dining room, chimney, ruang legar, ruang bawah tanah, laluan rahsia, menara dan macam macam tempat yang unik. Ikotkan nak jelajah satu castle tapi terlalu banyak tangga dan tangga dia kecik2 dan curam. Licin pulak tu. Bimbang jugak jatuh terduduk ke. Tak pasal pasal patah pinggang...bhahahaha....


Pemandangan luar castle


Merenung ke luar jendela


Dalam sejam lebih kat dalam ni, kitaorang keluar menuju ke pasar berhampiran. Kat sini banyak jual souveniers, pakaian dari bulu biri biri, restaurants, dan segala bagai barang perhiasan rumah. Harga pun tak mahal sangat. Penduduk di sini takla fasih berbahasa inggeris kecuali yang basic basic jeh


Di luar Market



Antara fm yang dijual



Masa ni dioarang dah busy nak celebrate Halloween masa hujung bulan Oct nanti. Poster poster Halloween dah ditampal di merata rata tiang di Bandar Bran. Mesti Gothic jeh suasana kat sini tu nanti kan.... Sambil jejalan tu, kami nampak beberapa ekor kuda menarik pedati yang bawak jerami kering. Agak rare kot suasana tu sebab kat sini macam kampung kampung sket.

Lebih kurang jam 4 petang, kami tunggu bas nak balik semula ke Bandar Brasov sebab train kami akan  gerak lebih kurang jam 8 malam. So takot gak ter miss train. Sambil tunggu train, beli la jajan ringan nak buat makan dalam bas.

Kami sampai awal di Bandar Brasov. Ada lebih kurang 3 jam sebelum train sampai. Actually Bandar Brasov ni tak ada apa yang menarik sangat. Kami lepak di mall bersebelahan dengan Train Station. Disebabkan tak ada halal food, so order air jeh la. Saja nak rest sebenarnya.



Order Iced Latte.

Sambil lepak, sambil charge handphone. Lama gak kot kami stay kat sini. Bila penat dah hilang, baru kami gerak ke Train Station kat sebelah tu je. Hari dah mula gelap. So kami stay kat dalam Station. Takot jugak tengok orang orang kat sini. Pengemis boleh tahan ramai. Bila kami semak jadula train, ada sedikit kekeliruan. Bila tanya kaunter tiket, diorang pun tak tahu nak explain lebih lebih dalam english. Sudahnya kami naik jeh train lain yang heading ke Bucharest dengan dibantu oleh Penjaga tiket kat situ. Baik betul pakcek tu. Dia kata naik jeh train tu sebab seat banyak kosong...wallaaaaaa....so kiranya kami sampai awal sikit la ke Bucharest.


Seat memang lengang almost semua coach.


Keadaan di dalam train.
Sungguhpun harga train murah di Romania, tapi kebersihan train tak berapa best la. On the way balik ni kami tak sanggup nak masuk toilet sebab flush semua rosak dan sisa sisa buangan memang tak perlu nak cerita kat sini la..........nasib jumpa jugak toilet yang ok..

Sampai di Bandar Bucharest, hari dah malam. Kami tak kemana, just terus ke Grocery sebab nak beli barang dapur sikit.


Memang win la susu coklat ni pasal best!
Malam tu cuaca agak sejuk. Tidur nak kena pakai heater.  Besok nak sambung meneroka Bandar Bucharest pulak....


Nasib ada Heater kecik ni

Sampai berjumpa di next entry.......tata....adiossss..





Terima kasih, datang lagi.

Journey to Bucharest Romania

NoorNazuha | 6:39 PM | 8Comments |
Salam

Menyambung kembali post ke Istanbul tempoh hari. Setelah bermalam selama 1 hari di Istanbul, kami meneruskam perjalanan ke Bucharest, Romania dari Airport Sabiha Gokchen, Istanbul. Kami menaiki pesawat Pegasus Airline. Jarak Apartment yang kami stay tu cuma 5 minit naik teksi. Tambang teksi pun tak sampai 10 Lira..

Lepas check out lebih kurang jam 11 pagi, kami terus tahan teksi. Flite pukul 4.10 petang. Biasalah tabiaat suka sampai awal di airport sebab takot pape yang tak diingini dapat dielakkan. Sampai di Sabiha Gokchen, ramai betul orang. So kami lepak lepak sambil makan makan kat situ.


Pegasus Boarding pass.


Mahal dan langsung tak sedap


Boarding time
Konsep Pegasus Airline ni sama jeh macam AirAsia. Makanan dan luggage semua kena beli. Kami cuma beli minuman jeh kat dalam flite walaupun food nampak sedap, tapi mahal dan takut tak sedap. Lagipun jarak fly pun bukan lama, dalam 1 jam 15 min jeh. Tak sempat nak tido pun.....



antara menu Pegasus Airline
Sampai di Bucharest Airport Otopeni lebih kurang jam 6.00 petang. Sibuk cari prepaid nak internet sebab nak kena whatsapp tuan apartment tu bagitau kitaorang dah sampai ke Bucharest. Bila dah selesai urusan di airport, kami amek bas ke bandar Bucharest. Lebih kurang 30 minit jugak sebelum sampai ke hentian yang dekat dengan apartment kami.

 Setelah sesat barat bagai nak jalan kaki ke sini, akhirnya kami sampai berpandukan arahan dari Tuan empunya Apartment ni. Apartment ni betul betul di tengah tengah bandar dan sangat accessable dengan public transport.

Untuk info lebih lanjut boleh click di bawah:-



Kelengkapan dapur semua lengkap. Bilik air ok. Kalau nak rasa stay di bangunan sebelum perang dunia kedua, kat sini memangla tempatnya. Lift dia siap kena buka pintu sendiri dan tutup semula barula boleh tekan floor mana yang kita nak naik. Hanya boleh naik 2 orang jeh dalam satu satu masa.....seriousss Gothic!

Lepas bayar harga Apartment ni, tak silap dalam Euro130 untuk 4 hari, 3 malam, kami mengemas apa yang patot sebab besok nak kena bangun awal pagi. Besok kami akan ke bandar Brasov untuk ke Dracula Castle. 

Entry bersambung...:)


Terima kasih, datang lagi.

Atok pergi jua!

NoorNazuha | 11:22 AM | 8Comments |
Salam

Sebelum saya meneruskan entry di Istanbul, saya ingin selitkan kisah Atok. Ye, saya tinggal dengan wan and Atok. Mereka dah ibarat ibu bapa bagi saya. Segala belanja sekolah, makan pakai, sakit pening, mereka la yang selalu amek tahu.

Awal tahun 2015, Atok mula menunjukkan tanda tanda tak sihat. Dia selalu batuk. Kami selalu nasihatkan dia berhenti merokok. Bila sakit dan batuk, Atok berhenti sekejap. Tapi sekejap jeh. Bila dah sihat, Atok kembali merokok. Begitu la Atok. Degil.

Bulan 4 2015, muka Atok Bengkak. Satu petang masa saya di Kampung dia datang berjumpa. Dia kata, dia dah tak kuat macam dulu. Dia rasa badan dia dah lain. Saya bertanyakan mukanya yang bengkak, sakit ke? Dia kata tak sakit. Saya ajak ke klinik, dia enggan. Dia ok katanya.

Bila saya balik ke KL , Atok sakit semula. Jiran jiran yang risau terus menelefon anak Atok di Ampang. Bergegas mereka datang and bawak Atok ke Hospital. Lupa saya ingin bagitahu, Atok saya ni ialabh Atok tiri. Tak ada hubungan darah, tapi dia laksana kan tanggungjawanya melebihi segalanya. Itula Atok. 

Atok dimasukkan ke Wad Medical Hospital Ampang. Doktor kata ada kuman dalam paru paru Atok. Ditambah lagi dengan tabiat merokok Atok membuatkan paru parunya dah tak kuat. Tapi Atok nampak sihat. Nampak bersemangat. Dia asyik bertanya macam mana nanti kalau wan di kampung berseorangan. Tak habis bertanya sampai kami tak tahu nak jawab lagi.

Seminggu selepas tu, Atok discharged. Atok duduk rumah anaknya di Ampang. Tapi lepas keluar wad, Atok tak nak makan pulak. Tak ada selera katanya. Seminggu dia tak ada selera makan. Kurus kering badan Atok. Saya terus terusan menangis mengenangkan keadaan Atok. Tak keruan.

10 hari berlalu, Atok kembali sihat. Selera makannya datang semula. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Atok tak sabar nak balik kampung. Rindu dengan wan agaknya....:) kemudiannya, Atok kembali ke kampung. Kembali berkedai semula. Atok ada kedai runcit di kampung. Atok ke sana ke sini naik motor. Nampak gembira dia.

Bulan june. Atok demam. Muka bengkak. Dia kata tak sakit. Lepas tu demamnya kebah. Muka pun tak bengkak lagi. Atok sihat....

Bulan september, kami ramai ramai pulang ke kampung. Ada kenduri kahwin jiran sebelah rumah. Dah lama tak makan kenduri. Atok bersungguh sungguh suruh balik kalau bab kenduri kendara. Hari kenduri tu nampak banyak dia makan.

Bila nak balik ke KL malam tu, macam biasa, cium tangan dia dan bagi duit belanja sedikit. Dia tak cakap apa apa kecuali berpesan bawak kereta jangan laju laju seperti kebiasaanya. 2 haribulan Oktober, saya bertolak ke Istanbul. Malam sebelum bertolak, saya menelefon kampung, dan cakap dengan wan kami dah nak nak fly and doakan supaya kami selamat pergi dan balik dan saya mintak wan sampaikan salam pada Atok. Kebiasannya Atok yang angkat telefon, tapi malam tu, wan yang angkat.

14 Oktober, kami pulang ke Malaysia. Leteh dan jetlag. Unpack barang dan kemas rumah semua nak buat malam tu. Hati terdetik nak call Atok. Tapi naluri kata biar dulu la. Besok besok boleh call. 

Tengahari 15 Oktober, adik ada bertanya di Whatsapp Atok masuk wad balik ke? Saya kata tak tahu pulak. Setahu saya Atok memang ada follow up di Hospital Ampang pada 08 Oktober. Bila call mereka di Ampang, semua tak berjawab. Whatsapp pun tak berbalas. Saya biarkan aje.Mungkin mereka sibuk.

15 Oktober jam 7.20, saya menerima panggilan. Berita yang sungguh saya tak percaya. Atok dah pergi. pergi yang tak akan kembali lagi. Saya tak berupaya bersuara lagi. Air mata jeh yang meluru laju. Tak berhenti hingga habis solat maghrib.

Jam 9.30 kami menuju ke Lembah Jaya Ampang. Dalam kereta berikrar tak nangis dah. Muka dah bengkak. Sampai di ruang pintu, nampak jenazah Atok terbujur ditutupi kain putih. Air mata jatuh lagi. Kali ni bertambah deras. Adik pun sama. Bila litup kain dibuka, dari jauh saya nampak wajah Atok. Saya tak mampu mendekat. Bimbang air mata jatuh di atas jenazah. Biar dulu saya kata pada en hubby. Dia tutup semula wajah Atok.

Selepas Surah Yassin habis dibaca, air mata seakan mula kurang. Sekali lagi wajah Atok disingkap. Perlahan saya dan adik mengucup dahi Atok buat kali terakhir. Sejuk dan kaku. Air mata tumpah lagi....kali ni, ia  tak berhenti....

Jenazah Atok selamat disemadikan di Pusara Permai Ampang pada jam 11 pagi sebelum solat jumaat. Seakan baru semalam dia ada dan berceloteh dengan kami. Terlalu cepat masa berlalu, sekarang Atok telah tiada. Namun Wan cukup tabah. Saya tak nampak dia menangis, namun saya tahu dia menangis di dalam hati....

Hari ini, genap 22 hari Atok tiada. Seakan terngiang lagi suaranya yang selalu menelefon saya bertanyakan bila nak balik. Semuanya tinggal kenangan....sesudah pengebumian tempoh hari, mereka bertanya samada saya ada simpan gambar Atok. Saya kata ada di dalam handphone, tapi sebetulnya saya tak simpan walau sekeping pun. Hati saya masih tak kuat untuk melihat wajah Atok. Setiap kali terlihat apa pun milik Atok. air mata tetap akan jatuh tanpa sedar. Saya tanamkan dalam hati, biarlah wajah Atok bersemadi kukuh dalam lipatan memori yang tak pernah padam....tak akan...

Minggu lepas, Wan buat Tahlil untuk Atok. Kami semua balik. Masih sebak. Dari jauh nampak kedai Atok dah kosong. Tak ada lagi budak budak kampung datang lepak. Baju baju Atok masih tergantung rapi. Motor Atok diletak elok di dalam kedai. Terngiang lagi cerita keluarga Atok di Kedah. Atok ada ke Kedah rupanya selepas check up di Hospital Ampang. Atok pesan pada adiknya, mungkin kali ini yang terakhir dia pulang ke Kedah, sebab badannya dan tak kuat. Teringat pulak cerita mak, tengahhari sebelum Atok menemui PenciptaNYA, dia ada call mak bertanya kan saya sudah balik dari Istanbul ke belum. Mak kata mak tak tahu sebab saya tak ada menelefon. Atok tanya kenapa saya lama sangat di negara orang. Mungkin Atok tahu masa dia sudah tak lama. Cerita mak hari hari terakhir Atok di Kampung sebelum ke Ampang, ATok banyak termenung di luar rumah. Atok merenung wan dari jauh, Atok juga merenung rumah. Mungkin Atok tau dia tak akan pulang. Wan juga cerita, hari akhir Atok di Kampung, Atok pakai baju Baru. Atok naik bas ke Kuala Lumpur. Gigih Atok macam muda muda dulu walaupun dia sudah mencecah 90 tahun. Hati rasa hancur luluh. Air mata jatuh lagi....Subhanallah, saya tak kuat.

Malam tu, mata tak nak lelap. Masih teringat Atok. Selalunya dia berbaring di luar bilik berhampiran pintu. Atok suka tidur di luar bilik, panas katanya. Sekarang ruang itu telah kosong. Sekosong hati saya. Tak ada kedengaran lagi bunyi batuk batuk kecil Atok di tengah malam. Tak ada lagi bunyi Atok  bangun malam dan bancuh milo panas di dapur. Tak ada lagi jengukkan Atok di celah pintu  setiap kali kami masak di dapur. Sungguh, saya rindukan semua itu...

Selamat jalan buat Atok. Saya tahu, dia tenang di sana. Setenang wajahnya ketika dia pergi dulu......doa kami sentiasa mengiringimu. Bak kata Saiful Nang, kita pun bukan hidup 1000 tahun lagi, semoga bertemu di Sana nanti.....Al Fatihah, Arshad Bin Hussin..

Sehingga entry ini ditulis, air mata masih lagi jatuh....

Terima kasih, datang lagi.

Journey to the Beautiful Istanbul

NoorNazuha | 6:30 PM | 5Comments |
Salam

Saya kembali menyambung entry yang tertangguh setelah sekian lama setelah balik dari bercuti tempoh hari. Percutian ke Istanbul kami bermula pada malam 02 Oktober 2015. Kali ni kami menaiki Emirates sebab teringin nak transit di Dubai. Tak ada pengalaman terbang bersama Emirates lagi..:)

Kami bergerak ke KLIA lebih kurang jam 10 malam dan smpai di KLIA jam 11 malam. Keadaan di KLIA malam tu sangat lengang. Orang dah tak berminat nak bercuti agaknya......lepak lepak sambil makan makan sementara nak tunggu check in pukul 12 malam. Flite pukul 2 Pagi. Lepas check in terus masuk departure hall dan lepak lepak lagi sambil selfie....


Gambar wajib mesti tunjuk tix flite before fly kan...hahahaha


Layan Movie terussss
Dah letak letak beg bagai, amek seat semua, terus layan movie Jurassic World dalam list movie kat dalam flight ni. Kami pilih seat yang couple jeh sebab senang nak keluar kalau nak ke tandas. Legroom untuk Emirates ni agak luas jugak. Senang nak strech kaki. Puas hati jugakla kan....

Macam biasala dalam sejam flite macam tu, diorang serve makanan. Perot dah lapau walhal barau jeh makan sebelum check in tadi.....Jom tengok best ke tak makanan diorang serve..


Rupa rupanya ni jeh...
Mata dah ngantok...lepas makan ringan tu, layan mata kejap....penerbangan mengambil masa dalam 7 jam 40 minit sebelum sampai ke Dubai...Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......




Yey ...kejap jeh dah sampai Dubai. Layover sampai 7 jam kat sini. First gi cari surau dulu sebab nak solat subuh. Jauh betul Prayer room dia. Dekat dengan gate 26 tak silap. Hujung sekali. Nasib baik biliknya besar. Tapi ramai orang tido pulak kat dalam tu...lepas solat lepak lepak kat luar sambil cuci mata lagi..


Meal Voucher
Bila transit dah melebihi 6 jam, pihak penerbangan akan bagi meal allowance. So ada banyak juga pilihan yang kita boleh makan kat Airport tu. Kami pilih Burger King jeh. Saiz pun besar tapi limit tak boleh melebihi AED26 untuk satu kepala.


Meal of the day!
Dipendekkan cerita, lepas 7 jam mencuci mata di Dubai, kami teruskan flite kedua pada jam 11.30 pagi Kali ni durasi cuma 4 jam 30 minit jeh. So tak la bosan sangat duk dalam flite tuh. Ntah movie apa saya tengok pun dah lupa. Rasanya tengok cerita The Age of Adeline. Cantik btol Blake Lively dalam citer tuh.



2nd meal....portion yang sangat kecikk.....
 

Hampir menjejaki bumi Turki
 Kami sampai di Istanbul Atarturk Airport lebih kurang jam 3 petang. Lepas melepasi Imigresen dan amek barang barang, kami terus cari pengangkutan untuk ke Bandar Istanbul. Apartment yang saya book terletak dekat dengan Sabiha Gokchen Airport. So kiranya jauh jugak perjalanan kami.


Metro di Istanbul
Kami menaiki Metro then terus ke Station Kartal. Terletak paling hujung. Dari Kartal kami amek teksi untuk ke Apartment. Jauh betul. Sampai 2 kali teksi kami amek tapi sesat barat jugak. Hari dah beransur malam. Tapi tak jugak jumpa. Last last bila driver teksi bertanya sana sini akhirnya kami jumpa jugak. 


Proses menahan teksi



Ruang tamu Apartment


Ruang dapur yang bersih
Saya suka dengan Apartment ni sebab overall semua ok cuma iron kena request. Tapi lokasi nye mg payah sikit nak cari tapi sangat dekat dengan Airport Sabiha Gokchen. Reason kenapa saya pilih kat area ni sebab kami akan ke Romania.

Siapa yang nak tau info lebih lanjut, boleh click di link di bawah:-


Lepas check in and bayar semua, apa lagi, main masak masak laaa......perut dah lapar tahap gaban. Resepi yang pertama ialah Macaroni goreng. Bahan bahan mentah just beli kat bawah termasuk telur and minyak, Yang lain sume dah bawak siap siap.


Makanan malam kami
Hari pertama kami habis kat sesat jeh....and mencari jalan ke Apartment ni. Kemas kemas, masak masak jeh dah makan masa. Kami stay kat sini pun cuma satu malam, so tak bole nak buat apa sangat. Baju pun keluarkan mana yang nak pakai jeh....badan rasa macam nak patah patah sebab lama sangat usung beg berat tuh turun naik tangga...dapat katil empukk...perghhhhhh....Alhamdulillah..

Okla, sambung entry ke Romania selepas ni........babai..:)

.

Terima kasih, datang lagi.

Masa untuk bercuti

NoorNazuha | 7:13 PM | 7Comments |
Salam semua

Betul betul lama saya tak update blog ni. Password pun dah hampir lupa..:( kehidupan Alhamdulillah seperti biasa. Cuma kesibukkan kerja menghalang untuk terus update blog.

Minggu ni paling busy. Busy di office dan busy juga packing barang sebab minggu ni dah nak start cuti. Hampir setahun tak ke mana mana. Pasport pun dah kena gigit tikus..:)

Okla..kalau ada masa, saya update lagi....nak balik kerja ni....




-Gambar Google sahaja-
 


Terima kasih, datang lagi.

Travel Tips

NoorNazuha | 6:31 PM | 16Comments |
Salam
First of all, aku nak ucap terima kasih pada yang sudi singgah dan baca blog ni. Really appreciate sangat sangat. Dari sini aku sedar ramai antara kita yang kaki travel dan minat mengembara ni. Lately pun aku selalu dapat email dan FB request untuk tanya pasal travel ni. Aku suka share tips tips simple ni. Yang mana boleh dimanfaatkan apa salahnya kan.

Since ada ramai gak yang tanya ni, meh aku share sekali lagi simple simple tips melancong ni, siapa yang rajin baca yer...:)

 
Preparations pre vacation:-
  1. Sila dapatkan contact Embassy memana destinasi korang pergi. Sebenarnya aku pun tak practice, tapi lepas kes curi kat Rome tempoh hari, memang nak kena buat dahhhh......dah terhantuk baru nak tengadah..... 
  2. Sila Scan atau photocopy Paspot and dokumen penting in case hilang ada back up.
  3. Tak payah bawak baju berbondong bondong kalau travel especially ke negara negara sejuk pasal kita boleh pakai ulang ulang sebab tak berpeluh pun and boleh jimat space luggage.  
  4. Mostly international flite bagi elaun beg seberat 30KG. Beg bersaiz paling besar selalunya kalau kosong mempunyai berat kurang dari 5kg. Untuk vacay yang menjangkau 2 minggu sesuai la bawak yang bersaiz 28 Inci tuh. Tapi kena ingat, kalau menggunakan public transport, sila beli beg yang kuat rodanya sebab nak hentam beg tu naik turun tangga memang tahap maksima. Aku pernah beli beg Polo harga rm60 tapi at the end, 2x pakai jeh dah tercabot roda masa di London. Haru mak nak heret beg naik turun tangga tube 5 lapis tuh. Memang serious serikkkkk.........



Flights and check in

  1. Kalo di epot, elakkan pakai berlayer layer sebab nak kena bukak bila lalu scanner especially ladies. Pengalaman aku dulu sampai dia suruh bukak baju yang aku pakai sebab dia ingat kan cardigan tapi sebenarnya memang baju tu kena pakai inner sebab lengan pendek. Tak pasal pasal kena masuk bilik inspection sebab tak nak dia check depan khalayak.
  2. Untuk mengurangkan Turbulent dalam flite, kalau boleh pilih seat dekat dengan wing.
  3. Untuk mengurangkan kejang kaki (Cramp), wat senaman ibu kaki dengan memusingkan bahagian kaki ketika dalam flite bagi mengelakkan leg swollen bagi long haul  flite. 
  4.  Web check in is better bagi mempercepatkan proses check in.
 Safety while on vacay
  1. Walaupun most of us pakai sling beg masa travel, still belum selamat sepenuhnya. Nak selamat lagi dari kena curi, masukkan sling beg dalam Kot anda yang cun tuh..
  2. Kalau travel, first kaji dulu sistem transport kat negara tu macam mana, pakai train ke, bus ke, flite jeh ke atau basikal ke and last service setiap transport setiap hari sebab aku pernah kena tinggal ngan train last pukul 11 di Rome gara gara confident sangat train tu habis jam 12 malam.
  3. Negara negara maju biasanya kalau makan di cafe diorang, kita self service buang sampah makanan kita. Tak macam di Malaysia kita main tinggal jeh and ada orang kutipkan. Pernah jadi masa aku makan kat Airport di Busan Korea terlupa nak buang sisa makanan, kena sound ngan orang Korea kat situ...maluuuuuu tak tau nak letak kat mana muka ni
  4. Di Europe mostly, scammers ada macam macam cara nak mencuri. Sampai tak terfikir macam mana diorang ni boleh curi dompet atau barang barang beharga kita. Ada yang pura pura tanya jalan, pura pura pelancong, nak sign petition la, pura pura gaduh la, so please be extra careful.Di major Train Station banyak sangat scamer amek duit mudah dengan angkat beg kita walaupun kita tak suruh. So bila ada orang datang nak angkat beg korang, cepat cepat amek balik. Atau bila turun jeh dari Train, Sila keluar dulu then amek beg korang. Jangan bagi ruang kat scammer ni pegang atau sentuh pun beg korang. Macam kes aku dulu, beg aku terjatuh sebab roda tak stabil, tetiba datang sorang budak tegakkan balik, terus aje mintak duit. Terlopong sekejap aku ni...terus tarik beg ke arah polis yang berdekatan. 
  5. Always put your money  in different places. Macam aku dulu, nasib baik duit euro aku letak kat poket lain. Dalam wallet cuma ada duit RM jeh, tu pun tak banyak.Tips ni memang popular laaa and trust me, its work!
  6. Masalah bahasa akan selalu ada kalau bercuti ke negara negara yang bukan english friendly macam Jepun, Koream France dan Italy. So apa aku buat biasanya beli simple dictionary. Yang penting tahu basic pun cukup. Kedua, guna gesture. Hahaha...agak agak jeh apa yang diorang cakap janji tangan boleh tunjuk kiri, kanan, depan or belakang. Rata rata diorang ni memang zerro english. Especially orang orang tua. Ketiga, tunjuk jeh buku atau gambar subject yang kita nak tanya tuh. Aku buat benda yang sama masa kat jepun and paris sebab sesat punya pasal.
  7. So far, tak sampai 20 % negara negara dunia ni yang aku jelajah lagi. Tapi so far, Seoul, Zurich dan Vienna boleh digelar "Safe City" compared dengan bandar lain.
Hotels and transportation
  1. Aku punya travel style, selalu amek hotel yang dekat dengan public transport seperti di London, New York, Paris, Seoul semua tuh. Biarla hotel tu tak besar or mewah mana janji senang jalan kaki nak ulang alik.
  2. Mostly almost 30 per cent dari total budget travel kita akan habis kepada transport or shall i say half ot it. So try minimise kan kos transport.
  3.  To make the journey easier, purchase siap siap Travel Card macam tiuch and Go tu di stesen utama. Kalau nak  beli tix train ad hoc ni selalu lambat sebab crowd yang berpusu pusu. So nak jimat masa, sila la topup kad masing masing sebelum guna.
  4. Hati hati menggunakan Kad Kredit while overseas pasal selalu terjadi fraudulent transaction. Always check your statement lepas balik dari bercuti. Pengalaman aku di New York, ada satu transaksi palsu di hotel yang kitaorang stay, sedangkan masa transaksi tu berlaku, kami dah sampai Malaysia.So sila buat laporan bertulis secepat mungkin dengan bank ek..
  5. Lagi kes kecurian di Rome, oleh sebab kad kredit yg aku guna dah kena curik, so mesti ada kesulitan nak check in hotel kan...so firstly, pape cari hotel dulu. Then mintak Receptionist tolong call kan Bank kat Malaysia untuk cancel Kad tu. Then memang tak ada choice memang kena mintak orang lain punya Kad Kredit la untuk check in hotel. Nak lagi tragis, member aku pun tak ada Kad. So call la Mr Hubby and mintak no Kad dia untuk kitaorang Check in. Sesetengah hotel jugak ada servis cash out kan Kad Kredit so dia boleh bagi kita Cash. Tapi macam kes aku, Courtyard cuma boleh dahulukan maksima 100Euro sahaja.
  6. Sila print siap siap map tube/metro and train and study bagi mengelakkan kita bazir masa nak baca map kat station.
  7. Kebanyakkan train di europe tak ada barricade keluar. So kalau tix hilang lepas naik train pun tak ada masalah. Ehhh tapi janganla hilangkan..hehehe in case ada orang check.




Terima kasih, datang lagi.

KL Tower Anniversary Dinner

NoorNazuha | 4:20 PM | 5Comments |
Salam

Salam Bloggerrssss.....tak taula dah berapa lama tak update blog. Asyik tertangguh manjang.  Sebenarnya post ni dah almost 5 bulan dah. Anniversary kami yang ke 8 hari tuh jatuh pada 26/12/2014. Masing masing tak ada plan.  So aku suggest nak makan kat sini. Al maklumlah, teringin nak makan kat atas tuh. Kami tangguh dinner tu a few days selepas anniversary atas alasan alasan yang tak dapat nak dielakkan.


Ewah ewahh...posing kejap
Reservation macam biasa la kena wat awal awal. Sebab tempat terhad. Harga plak berubah rubah ikut season. Kalau hampir nak new year or new year eve ni memang mahal jugak. Tapi time kitaorang g ni kira okla ...so and so..... Lepas duduk, terus kitaorang terjah makanan. To be frank, makanan dia tak adala sedap sangat. Pilihan pun tak la banyak sangat......


Dekorasi



Posing lagiiiiii

Dah nama pun restoren ni nama restoren berputar, so slowly tempat ni berpusing. So dapatla kita tengok view KL 360 Darjah. Tapi bila lama sangat ada kat atas ni, adalah rasa pening pening sikit..hahahah....siapa yang tak tahan pening, baik makan asam awal awal.


Kamera ni memang tak cun


KLCC view


Makanan dia sangatla biasaaaa...:)
Sambil makan sambil dengar lagu. Adalah band nyanyi and main piano kat atas ni dengan suara soprano dia tuh. Pandai pulak penyanyi tu buat lawak bagai membuatkan orang yang sibuk makan malam tu ketawa berdekah dekah. Termasuk aku.....hahahah.......


Band malam tuh


Posing lagi sebelum turun




Restoren ni tutup dalam kul 11 macam tuh. So tak adalah lama sangat kitaorang lepak kat atas ni. Kurang 2 jam dah turun. Malam tu hujan renyai renyai. So nak amek gambar banyak pun tak boleh kat bawah tu....kalau ada yang tanya nak makan kat atas ni lagi tak?...jawapan aku senang jeh...Belum tentu!..hehe..okla...short entry jeh.......happy anniversary untuk diri sendiri...

Babai..


Terima kasih, datang lagi.

The Empress Ki

NoorNazuha | 5:47 PM | 7Comments |
Salam all...

Lamanyaaaaa tak hapdate blog..superduper busy skang ni.....lagipun tak travel. So x ada cerita.....gambar pun tak ada. Macam mana la orang boleh hapdate blog hari hari kan.Kita salute la. Kaya idea. Aku dah kering sangat ni......


Korang pernah tengok drama Korea The Empress Ki tak. Aku baru tengok sebenarnya. Tupun tak habis lagi 51 Episod tuh. Baru melangkau ke episod 45. Best cerita dia. Yang penting minat kat Ji Chang wook.....uhuuuuuuuu....





Selamat menonton.............to me................

Terima kasih, datang lagi.

Bandung Part 2

NoorNazuha | 6:40 PM | 17Comments |
Salam


Saya sambung entry di bandung untuk hari kedua. Di entry pertama saya dah bagitau yang kitaorang menginap di Sensa Hotel dan breakfast dia tip top. Memang membuka selera. Macam macam menu ada. Cuma pagi pagi ni perut tak berapa nak lapar lagi.....

Breakfast time


Porridge yang super best


Nasi goreng yang Yummmeehhhhh


Mix cereal....
Tak sempat nak amek gambar satu satu menu kat sini. Tapi kueh mueh, spagethi, Nasi lemak dia memang yummmehhhh sangat...bread butter puding dia memang finger linkin good orang kata...So kitaorang spent dekat 2 jam sebelum keluar memulakan perjalanan.......

Destinasi pertama hari ke 2 ialah tak lain dan tak bukan, Pasar Baru. Business hours kat sini lebih kurang jam 9.30 pagi dan tutup  pada jam 5 petang. Sesiapa nak kat sini eloklah sampai awal pagi sebab bila dah tengahari, manusia sangatla sesak sampai nak bernafas pun susah.




serbu kedai jual telekung dulu

First kedai kena serbu ialah kedai jual telekung di Tingkat 1.Sangat sangat recommend untuk gi kedai ni sebab adik yang jual telekung kat sini sangat baik hati dan bersopan santun gitu..hehe..banyak boleh diskaun dan paham sangat la kehendak orang malaysia ni...kat sini kami rembat hampir 20 pasang telekung. Harga memang murah sangat. Telekung cotton sulam tebal tuh boleh didapati dengan harga bawah RM100 untuk sepasang. Kalau di KL biasanya harga mencecah RM150 ke RM200 untuk sepasang.

Selebihnya, kami ke kedai luggage untuk beli beg nak tampung barang barang, kain cotton, kain sulam dan T shirt.

Rembat 1 kain sulam

Kepelbagaian


Cotton
So tak yahla cerita panjang pasal Pasar Baru ni sebab rata rata orang dah tahu apa yang menarik kat sini. Awalnya memang tak nak shopping kat sini, tapi bila dah terjebak, habis 1 beg jugak gi borong. Tologla elak pergi ke sini belah tengahari atau lewat petang sebab sangatla sesak. Tambah lagi dengan pengemis yang tak give up give up mintak duit.

Selepas penat shopping kat Pasar Baru, dalam jam 1 tengahari, rombongan Mak Jemah ni meneruskan aktiviti berjalanan ke Toko 3. Tak ada apa yang menarik pun kat sini. Kalau rasa nak beli jeans, gi la ke sini. Saya just amek 3 ke 4 helai T shirt budak. Jeans tak beli sebab macam mahal jeh.



Suasana dalam Toko 3
Kat sini ada disediakan Surau. Tapi saiznyaaaa mak aiiii..campur pulak tu lelaki perempuan. So pandai pandai la amek turn. Bayangkan la nak solat kat sebelah lelaki. Mau angkat takbir berlaga siku pulak...kehkeheh, memang tak patot..:(

Selepas berhempas pulas lari dari penjual jalanan kat sini, sampai dalam bas pun mereka serbu, akhirnya bas jalan jugak. Lepas ni nak gi ke Kartika Sari pulak. Jarak tak jauh pun tapi jalan memang standard jam yang amat dasyat. Dasyat sangat.

Sampai jeh kat Kartika Sari, suasana jadi macam kelam kabot sebab kat dalam tu macam bersesak sesak. Apa hal la diorang ni sebok nak serbu ramai ramai pun tak taula. Nak kata ada sale tak plak.


Jajan jajan


Pilih jangan tak pilih


Hasil belian

Kartika Sari ni ialah destinasi terakhir. Memula plan nak gi Rumah Tas tapi tak jadi sebab masa tak cukup plus jam yang sangat lama. So malam tu kitaorang lepak ramai ramai dekat Donat J Co tuh sambil chit chat ngan bos. Area hotel jeh. Sepanjang kat sana, tiap tiap malam hujan manjang. So aktiviti banyak terganggu. Kat sana kalau orang payungkan kita pun dia mintak duit Hokayyy...so be careful aje la..

Okla....tamat entry ke Bandung. Insyallah kalau ada rezeki tahun ni, saya akan terbang lagi......daaaaaa....

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...