Europe Budget, Food, Hotels and Trains

NoorNazuha | 6:14 PM | 28Comments |
Salam

Yes. Now here come the budget. Pape pun bajet travel yang paling penting. Jom kita kira satu satu dulu. Bercuti ni kalau pandai bajet, tak lah terlalu banyak pakai duit unless shopping pun tak ingat dunia kan....macam saya ni, dah tentu tentu tak shopping, makan pun macam cukup cukup jeh....

Flite Ticket

Saya menaiki Qatar Air. Promo price ialah RM2172 KL-Paris-KL.. Overall, Qatar ni best jugakla. Selesa, hospitality pun ok. Cuma bab makan tuh tak berapa. Jom tengok gambar makanan kat bawah..:)


First meal:Sandwich and cuppa coffee


Sandwich for 2nd meal

Untuk 3rd meal, qatar serve sandwich jugak. So tak yah la letak kat sinii..sepanjang flite ni, boleh dikatakan tak ada makanan berat sangat. Tertunggu jugak bila diorang nak serve nasi kan, takut sampai kat Paris, perut berkeroncong pulak.

Then Hotel. Sepanjang di europe, kami menginap di lebih kurang 5 buah hotel. Hotel pertama ialah Hotel Bel Air yang terletak di Bel Air, Bercy Paris. Kos untuk 3 hari 2 malam ialah RM526.





Bel Air Hotel.
Saya tak berapa advise untuk amek hotel ni. Bukannya apa, saiz bilik terlalu kecil dan corridor yang sempit susah nak tarik beg. Lift pun tersangat la kecik sampai sorang jeh boleh masuk dalam satu satu masa kalau tarik beg. Bagi yang rasa nak stay kat hotel sempit ni, boleh click di link di bawah.:)

Hotel Bel Air Bercy Paris

Hotel kedua ialah hotel di Zurich, Swiss. Hotel ni ialah Courtyard Marriot North yang terletak di Kreau, Zurich. Sepanjang di Eropah, saya stay di Marriot sebab travel mate saya ni ialah Staff Marriot. So diskaun almost 60% la kami dapat...:)






Harga semalam untuk hotel ni untuk staf price ialah lebih kurang dalam CF110=RM403.37. So divide 2 dalam Rm200 seorang kan. Stay 2 malam baru rm400. Not bad kan...boleh refer di link di bawah

Courtyard Zurich Nord

Hotel ketiga, kami stay di Couryard Rome Central. Hotel ni paling lama kami stay selama 4 malam. Harga staff untuk 1 malam lebih kurang dalam 65 euro= RM292. So total untuk 4 malam lebih kurang dalam RM1170. Divide by 2  so sowang dalam RM585.



Boleh refer di link di bawah untuk maklumat lanjut.....

Courtyard Rome Central Park

Hotel keempat pula ialah di Vienna, Austria. Kami stay di Courtyard Vienna messe. Harga selepas diskaun dalam 37euro semalam bersamaan RM 166 so total untuk 2 malam dalam 333.00 Divide by 2 sowang dalam RM160 ajeh......






Boleh refer di link di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut...

Courtyard Vienna Messe


Dan hotel terakhir ialah hotel di Paris sekali lagi. Kali ni kami menginap di Rennaisance di La Defence, Paris. Harga semalam bagi staf rate lebih kurang 175 euro= RM787. So untuk 3 malam dalam lebih kurang RM2362 and divide by 2 jadi lebih kurang Rm1181 seorang.Boleh click link di bawah untuk further info...

Renaissance La Defence Paris

So total untuk hotel lebih kurang dalam RM1500-Rm1700 seorang sepanjang 16 hari di Eropah.


Kita ke bab makan pulak. Sepanjang bercuti kami banyak jimat sebab tak habis habis masak sendiri jeh. Seingat saya, kami makan di luar lebih kurang dalam 4x jeh. Kali pertama di Paris. Kos dinner malam tuh ialah dalam 15 euro. Selebihnya kami makan di Kota Rome dengan harga lebih murah.


Chicken fillet ni harga 7 euro


Spageti Carnobara dengan harga Euro6


Onion Kebab Pizza dengan harga Euro6


Half bird with potatoes dengan harga Euro7


Halal Chicken Hut dengan harga Euro10
Ni jeh yang kami beli di sana. Amacam, menarik tak?ahaaaaa..selebihnya......kami main masak masak kat dalam hotel...jimat banyak tuh...


Tuna dalam tin dan bawang


Sambal bilis bawak siap siap dari rumah


Masak nasi Goreng

Nasi Goreng siap...


Sambal Telur, Salad dan plain bread


Nasi Goreng Kampung Brahim's.....pedassss!
Penuh dengan gambar makanan ajeh kat sini...hehe..ni antara yang kitaorang masak sepanjang percutian. Kalau ada balance, siap ble bawak bekal lagi bagi jimat. So kalau korang nak gi bercuti lepas ni, i suggest bawakla banyak perencah nasi goreng dengan barangan Brahim's. Telur semua boleh beli kat grocery kat sana jeh. Telur untuk 6 biji kat salam dalam 2 ke 3 euro jeh. Tak mahal pun. Kalau ragu ragu pasal minyak, beli jeh olive oil atau pun sunfloweer seed oil. Kalau nak bawak dari Malaysia takut bila dah buka penutut nanti tertumpah tumpah plak dalam luggage.

And expenses yang terakhir ialah Transport di Eropah. Seperti yang saya mention awal awal dulu, kami menggunakan Global Pass Eurail. Harga Global Pass+Insurance+Posting lebih kurang dalam RM1700. Global Pass ni meliputi 24 buah negara Eropah. Nampak macam best kan. Tapi even kita ada Global Pass ni, kita still kena keluarkan kos untuk reserve seat. Reserve seat yang paling mahal ialah Train TGV dari Paris ke Zurich iaitu EURO25 untuk 2nd class.Boleh click di link di bawah untuk info lanjut..

EURAIL GLOBAL PASS

Bila kita guna Pass di Europe, banyak konsep yang kita perlu paham. First kita kena recognize jenis train yang bakal kita naiki. Di Eropah, ada macam macam jenis train. Ada high speed, ada regional train dan ada subway biasa. Eurail Pass tak meliputi Subway, tetapi meliputi semua jenis Train High Speed (kecuali Eurostar dan Thello) dan sesetengah regional train di eropah.

Advise saya, kalau percutian anda nanti melebihi tempoh 2 minggu dan ingin melawati lebih dari 4 buah negara, lebih berbaloi jika amek Pass. unless kalau anda berjaya dapatkan ticket train bargain dengan harga paling murah yang biasanya sangat susah.Satu lagi kebaikan Global Pass ni, kita layak untuk duduk di first class seat. First class seat sebenarnya tak banyak beza dengan 2nd class cuma dari sudut crowd, first class lebih selesa dan memang tak penuh.


2nd Class seat in TGV Lyria Paris-Zurich. Reservation cost EURO25


Tram in Zurich. CF8.60 for 24 Hours.


Regional Train from Zurich to Lucern. If you have Global Pass, then its free ride........


First Class seat in Railjet from Zurich To Rome, Italy. Reservation cost EURO9


First Class Seat from Rome to Pisa. Reservation cost EURO10


Railjet Night Train from Rome to Austria. Reservation cost EURO9

SUBWAY COST IN EACH CITY

Paris-   EURO1.70 per journey
Rome-  EURO1.50 per journey
Vienna- EURO1.30 per journey
Swiss-  Regional Train included in the Pass.

Pokok pangkal, kena tahu hala tuju kita la. Mana nak pergi and berapa banyak negara kita nak cover. Again, my advise, elakkan naik night train kecuali kita travel 6 orang ke atas sebab satu satu coach boleh cater 6 orang. So kalau travel ber2 macam kami, possibility kena mix lagi dengan 4 orang strangers and kalau dapat satu coach dengan lelaki kan lagi susah. Nak avoid Night train senang jeh, elakkan pergi ke negara yang jarak antara negara lebih dari 8 jam.  So, jelajah la negara yang tak jauh sangat jaraknya. Bayangkan, perjalanan kami dari Rome ke Vienna mengambil masa 13 jam dan dari Vienna ke Paris mengambil masa lebih 15 jam.

Harap entry saya kali ni boleh bagi manfaat kat readers ye. Anything boleh email straight jeh ke myzuha23@yahoo.com. Sampai sini saje sebab dah terlalu panjang post ni.....i need to gather all informations precisely before publishing it......hehe.....till now...





Terima kasih, datang lagi.

28 comments :

Anonymous said...

sedapnya gambar makanan tu kak :D

syieda said...

Saya x berani la nak masak dlm hotel. Takot bunyik pula alarm tu walaupun saya nengok ramai je berjaya memasak dlm bilik. Saya ni penakut sikit.

zila@akulovetravel said...

saya memula nak beli travel cooker..tapi tgk awk pun boleh je masak guna rice cooker..makanya sayapun nak bawak rice cooker..hehe. Dah try masak nasi goreng baru2 ni..menjadi!!! siap tumis untuk sardin lagi...selalunya travel saya banyak abis untuk makanan..kali ni nak kurangkan cost untuk makanan.

Hidayah Ibrahim said...

Best nye boleh travel.. Teringin jugak. Haha. Nampak sedap makanan tu. hehe

Lieya Von Jay said...

banyak jugak ek bajet nak ke europe ni. kena menabung dr skrg la klo nak pergi sna :)

Zierwa Zainal said...

bestnye travel.. zz mmg teringin sgt nk travel mcm ni..tpi kna tnggu keja dlu la. hihi..

shahrilhakime said...

wahhh..seronoknyeee berjalan tempat oranggg..... dan yang penting... bajet!!!

DJ said...

menarik info ni...boleh disimpan dan digunapakai sok-sok kalo nak travel ke Europe... =D

Unknown said...

nice sharing..;)

Weena said...

bestnya dapat pegi europe :)

Alin Marlini said...

info yg sgt berguna satu masa nanti teringin nak kesana gak...berangan je dulu

Jari Manis said...

Zuha...JM baru sempat singgah sini..Woww..dah buat rumusan eh..bagus2..ni yg JM ska ni coz kalau plan nk ke euriope nanti boleh refer sini je byk info..terus letak blog page ni dalam bookmark

Bibie Karim said...

Wah best best. Tengah mengodek info macam ni sekarang. Senang sikit nak faham kalau dah compile semua info. Especially part Global Pass tu. Thanks for sharing.

ziana said...

Very precise and good info. For those who's looking forward to travel can read and refer. At least can prepare the budget, but for me...Paris mu tunggu aku datang..ntah bila pun wa tatau!!!

Unknown said...

mmg masak sendiri lagi jimat kan.. hehe..

sukasukitulisblog said...

selalu travel ke europe berapa zuha abis utk travelling cost dan accommodation?

Nadratul Syazwana said...

Seronoknya kak travel sampai ke oversea dah. Nad harap satu hari nanti boleh jugak travel ke semua tempat macam akak. Aghhh best gila!

Azwar Syuhada said...

Bestnya bejalan negeri orang.. :)

Unknown said...

Assalamualaikum dik,
Thanks for the great tips.
Especially bab makan2 tu.
My boys jenis yg mkn nasik putih & ayam goreng.
Unlike us.. me & hubby apa pun can do.

Niesa said...

nice sharing la!bila nk travel buget tu penting..pas ni boleh la rujuk entry ni kot2 sok lusa nk travel jugak..

Iola said...

big thanks for sharing ^^ seronok baca entry2..boleh beri info..teringin sangat nak travel overseas huuu

Anis said...

Thanks dear for sharing info..hopefully one day dapat jugak smp sana..;))

Fza said...

akak pegi Europe ni mase bulan brp ye?

NoorNazuha said...

Akak pergi bulan february baru baru ni....

Fara said...

Assalamualaikum. U beli tiket tu brp bulan bfore travel ya? Using agent? Kat matta fair? Or rajin masuk hari2 kat skyscanner ke? Mind to share. Tks

NoorNazuha said...

beli online je,tpi masa matta,dpt murah skit,bli kat web qatar airways direct je,sume arrange sendiri dr tix sampai ke hotel and aktiviti kat sana,biasanye saya bli tix 6 bulan sblm travel

liza said...

Info menarik. Blh guna utk rujukan. Thx

Nor said...

mcm nk lawat vienna la..nk lihak sisa2 perang masa kepungan vienna oleh khalifah usmaniah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...