Journey to Milan, Italy

NoorNazuha | 12:28 PM | 0Comments |
Salam semua..

Perjalanan kami ke Benua Eropah diteruskan ke negara seterusnya iaitu ke Milan, Italy. Italy ni terlalu banyak tempat yang menarik. Pergi banyak kali pun tak akan pernah bosan. Setiap state menjanjikan pengalaman yang berbeza. Setakat ini state italy yang pernah jejak ialah:-

1. Rome.
2. Verona.
3. Milan.
4. Pisa

Teringin nak ke Tuscany pulak kalau ada rezeki.......ok dah melalut. Sambung cerita. Kami amek flight Easyjet dari Barca ke Milan. Tarikh masa tu ialah 31 Disember 2016. Means, malam tu new year count down. Plan konon nak count down kat Piazza Duomo aka Milan Cathedrial.

Kami sampai di  Milan lebih kurang jam 6 petang di Malpensa Airport. Terus amek bus ke Central Milan and then naik cab ke Apartment.

Sepanjang 5 hari 4 malam di Milan, kami menginap di     Apartment A.c & G.O Milan.






Apartment ni terletak dalam 300 meter dati Porta Venezia Metro Station. Tapi Apt ni di tingkat 5 dan tak ada lift Hokayyyy.....dahla beg kami berat tahap anak gajah. Dalam cuaca sejuk macam tu memang cepat mengah.

Apt bersih tapi sebenarnya sempit untuk 3 orang. Tak cukup space untuk letak luggage. Kena la pandai pandai susun. Dapur ok boleh masak sume. Ada extra charge untuk cleanning dalam Euro60. So kami divide 3 orang. Kalau stay untuk 2 orang ok la, lebih dari tu memang sempit.

Bilik air selesa...


Sempat masak Nasi Goreng dengan Scramble Egg je malam tu..



Lepak lepak kemas barang, mandi, solat dan sebagainya, kami keluar sebab nak count down new year. Malam tu orang memang ramai. ada certain metro station dah tutop so kena jalan kaki. Polis ada di merata rata so rasa secure la sikit. 

Disebabkan Milan terletak di utara Italy, so sejuk dia lebih sikit la dari Barcelona. Tak silap suhu malam tu lebih kurang 0 degrees. Tak tahan gak lama lama kat luar.

Di area Duomo malam tahun baru ..



Sejukkkkk woooooo...






Ada satu sebab kami tak stay sampai 12 malam hari tu. Bila dah masuk jam 11.30 malam, crowd makin ramai. Dan ramai yang start mabuk mabuk. Ada yang baling baling botol lagi. Masa tu kami dah mula rasa tak secure walaupun polis merata rata. One mere thing, orang italy ni besar besar and tinggi. Dalam lautan manusia tu, kami je paling ketot kot. So satu apa pun tak nampak.

Sudahnya dalam 11.40 kami decide nak balik ke apartment sebelum situasi menjadi semakin ganassss....takot jugak train full kalau lambat balik...

To be continued ..:) next story:-

1. Rome
2. Verona
3. Chamonix, Mont Blanc
4. Paris
5. Seoul, South Korea
5. Hokkaido, Japan.
6. Osaka, Japan
7. Tokyo, Japan
8. Jogjakarta, Indonesia

Fuhhhhhhh......till then....see ya..

Terima kasih, datang lagi.

Journey to Barcelona, Spain

NoorNazuha | 5:27 PM | 1Comments |
Salam semua...

Setelah habis aktiviti di London, kami meneruskan perjalanan di Eropah ke Barcelona, Spain. Dari Airport Gatwick, London, kami amek flight British Airways ke Barca. Cuaca di London masa tu semakin sejuk dan suhu semakin turun. Dek kerana beg berat macam ada anak gajah dalam tu, kitaorang amek cab dari Hotel di Paddington terus ke Gatwick.



Yey...dah sampai ke La Sagrada Familia.

Sepanjang di Barca, kami menginap di area La Ramblas, lebih kurang 500 meter la jaraknya. Hotel kitaorang ialah Hostal Eden. Actually hotel ni not bad jugak.

HOSTAL EDEN BARCELONA

Harga untuk 2 malam dalam rm600++ so divide la ngan 3 orang. Kami dapat 2 single bed dan 1 queen bed. Bilik air pun besar.


Apa punya angle daaaaa..




Disebabkan kami sampai memang dah malam, so tak kemana la malam tu. Cuma rehat, solat dan makan bekalan yang dibwak. Malaam tu kami ke Grocery di sebarang jalan untuk beli keperluan sikit. Convenient sangat lokasi hotel ni.

Sebenarnya, sebelum sampai ke sini, kami sesat teruk. Bangunan kat Barca ni semua sama je. Walaupun dah google maps pun still tak sampai sampai jugak. Dah lebih sejam kami sesat and tanya tanya orang akhirnya kami sampai. Locals di Barca ni senang sikit nak communicate sebab english diaorang better dari Paris and Italy.

So perjalanan kami di Barca bermula keesokkan harinya meneroka bandar yang cantik ni. Rata rata kami pusing tempat yang umum je. La Sagrada, Casa Mila, La Ramblas dan Barcelona Cathedrial. Cuaca pulak memang nice sangat kat sana. Layankan la gambar gambar di bawah...

CASA MILA



LA SAGRADA



ARCH DE TRIOMPF




TORRE AGBAR (Bullet Building)





BARCELONA CATHEDRIAL





LA RAMBLAS




STADIUM  NOU CAMP



Dua hari di Barcelona memang kami pusing Barca sahaja. Plan asal nak pergi Girona tapi tak jadi sebab badan dah penat sangat. Kat sini tak ada masalah nak jumpa makanan halal,. Ada je restoran halal yang kami jumpa. Pusing pusing naik train jeh. Harga sehala metro kat sini dalam Euro2.50 jugak. Tapi kedudukan attractions dia dekat dekat je.


Standard lunch kami dengan Kebab.




Makanan signature di Spain, Churros! beli kat luar Stadium Nou Camp dengan harga Euro2



Selain dari tu, kami jugak ke Gothic Quater dekat dengan area Barcelona Cathedrial. Area sini macam lorong lorong yang ramai pemuzik jalanan membuat persembahan. Syok gak lepak sini tapi macam biasa la pick pocket kat Spain ni berlambak. Kena extra hati hati.


Gelato, must try kalo di Europe!



Sebahagian dari Gothic Quater.



Singgah Hard Rock Barcelona jugak...



Sebenarnya banyak lagi gambar untuk dikongsi tapi dah lupa simpan kat mana. Takpelah, yang basic basic jugakla. Kesimpulan 2 hari kat sini sangat santai tapi pengalaman sesat paling teruk kami kat sini la sebab bangunan dia memang sama. Hahahaha...lawak sungguh...

Oklahh....sampai jumpa lagiiii..next journey to Milan, Italy.

Adiossssss!

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...