Journey to Milan, Italy

NoorNazuha | 12:28 PM | 0Comments |
Salam semua..

Perjalanan kami ke Benua Eropah diteruskan ke negara seterusnya iaitu ke Milan, Italy. Italy ni terlalu banyak tempat yang menarik. Pergi banyak kali pun tak akan pernah bosan. Setiap state menjanjikan pengalaman yang berbeza. Setakat ini state italy yang pernah jejak ialah:-

1. Rome.
2. Verona.
3. Milan.
4. Pisa

Teringin nak ke Tuscany pulak kalau ada rezeki.......ok dah melalut. Sambung cerita. Kami amek flight Easyjet dari Barca ke Milan. Tarikh masa tu ialah 31 Disember 2016. Means, malam tu new year count down. Plan konon nak count down kat Piazza Duomo aka Milan Cathedrial.

Kami sampai di  Milan lebih kurang jam 6 petang di Malpensa Airport. Terus amek bus ke Central Milan and then naik cab ke Apartment.

Sepanjang 5 hari 4 malam di Milan, kami menginap di     Apartment A.c & G.O Milan.






Apartment ni terletak dalam 300 meter dati Porta Venezia Metro Station. Tapi Apt ni di tingkat 5 dan tak ada lift Hokayyyy.....dahla beg kami berat tahap anak gajah. Dalam cuaca sejuk macam tu memang cepat mengah.

Apt bersih tapi sebenarnya sempit untuk 3 orang. Tak cukup space untuk letak luggage. Kena la pandai pandai susun. Dapur ok boleh masak sume. Ada extra charge untuk cleanning dalam Euro60. So kami divide 3 orang. Kalau stay untuk 2 orang ok la, lebih dari tu memang sempit.

Bilik air selesa...


Sempat masak Nasi Goreng dengan Scramble Egg je malam tu..



Lepak lepak kemas barang, mandi, solat dan sebagainya, kami keluar sebab nak count down new year. Malam tu orang memang ramai. ada certain metro station dah tutop so kena jalan kaki. Polis ada di merata rata so rasa secure la sikit. 

Disebabkan Milan terletak di utara Italy, so sejuk dia lebih sikit la dari Barcelona. Tak silap suhu malam tu lebih kurang 0 degrees. Tak tahan gak lama lama kat luar.

Di area Duomo malam tahun baru ..



Sejukkkkk woooooo...






Ada satu sebab kami tak stay sampai 12 malam hari tu. Bila dah masuk jam 11.30 malam, crowd makin ramai. Dan ramai yang start mabuk mabuk. Ada yang baling baling botol lagi. Masa tu kami dah mula rasa tak secure walaupun polis merata rata. One mere thing, orang italy ni besar besar and tinggi. Dalam lautan manusia tu, kami je paling ketot kot. So satu apa pun tak nampak.

Sudahnya dalam 11.40 kami decide nak balik ke apartment sebelum situasi menjadi semakin ganassss....takot jugak train full kalau lambat balik...

To be continued ..:) next story:-

1. Rome
2. Verona
3. Chamonix, Mont Blanc
4. Paris
5. Seoul, South Korea
5. Hokkaido, Japan.
6. Osaka, Japan
7. Tokyo, Japan
8. Jogjakarta, Indonesia

Fuhhhhhhh......till then....see ya..

Terima kasih, datang lagi.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...