Orlando, Florida International Airport

NoorNazuha | 2:34 PM | 22Comments |
Salam

Salam jumaat buat semua teman blogger. Saat busy di office hari ni, still sempat lagi nak update blog. Take a break sekejap. Kalau saya update blog pun memang update di office jer sebab internet laju. Kalau kat rumah, berjanggutla jawabya nak upload gambar.

Saya nak share sikit pasal satu lagi Airport sewaktu travel ke US Februari lalu. Saya suka airport ni. Bersih dan sangat luas. Kemudahan pun banyak. Announcement pun kuat dan jelas. Seperti yang saya pernah mention dulu, bahasa rasmi di Orlando, Florida ini ialah English dan juga Spanish kerana kedudukan Orlando ni bersempadan dengan Negara Cuba.



Kami menaiki Pesawat Delta AIrlines dari New York ke Florida dan penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Walaupun macam tak lama, tapi saya tak berapa selesa dengan flight cabin yang agak sempit dan tida makanan halal (of course la, what to aspect kan) dan saya cuma pesan Coke sahaja.

Orlando Florida ber iklim agak panas kerana kedudukan nya yang ke selatan benua Amerika. Sampai sahaja di Orlando International Airport, cuaca sangat sangat cerah dan saya tak perlu pakai tebal tebal lagi...:)


Ketika Landing
Setelah sampai, kami menaiki Air train seperti juga di klia. Orang agak ramai jugak tapi tak adalah sampai bersesak bagai nak masuk ke Air train ni. Kesimpulannya, kalau bawa bagasi berat pun memang tak ada masalah sebab semua kemudahan ada disediakan.


Keadaan di dalam Air Train


Ruang legar yang luas dan banyak tempat nak duduk..:)
Saya pernah share kan dulu dalam entry yang lepas lepas bahawa kami stuck kat airport ni dekat sejam jugak sebab Mr Hubby punya bagasii dah pecah ketika mereka loading barang. Ni Delta Airline punya pasal. Geram betul rasa. Nasib baik kami perasan. Kalau tak, takut ada masalah nak tukar kemudian. Bila sedar jeh, kami terus ke Kauter Perkhidmatan Delta Airlines untuk tukar bagasi


Keadaan di dalam bilik servis Delta Airlines


Ramai yang ada masalah rupanya...:)


Mr Hubby tengah pindahkan barang ke bagasi yang diganti

Bagasi yang diganti bukanla bagasi baru. Cuma bagasi orang lain yang telah di repair. Tapi better than amek risiko guna bagasi lama yang dah pecah kan, tak pasal pasal barang dalam beg berterabur tengah jalan...sebelum mereka gantikan bagasi tuh, ada beberapa prosedur seperti isi borang dan sebagainya dulu, tapi proses tak la begitu lama...

Setelas selesai urusan penggantian tuh, kami terus ke exit Airport ni untuk amek shuttel ke hotel. Berpusing pusing jugak nak cari exit sebeb luas sangat...


So lengang....


Di ruang menunggu shuttel di luar



Disni tak ada masalah nak ke mana mana. Shuttel sangat banyak. Just keluar and tunggu jeh shuttel bus ni full dan mereka akan hantar setiap passenger ke destinasi masing masing memandangkan Bandar Orlando ni bukannya besar sangat, so kami sampai ke Hotel dalam masa 1 jam sahaja sebab destinasi kami ialah yang terakhir.


Kedaan di dalam Shuttel Bus
Kami cuma menghabiskan 3 hari 2 malam di sini dan kemudiannya kembali semula ke New York. Overall memang saya suka Airport ni. Bersih dana sangat selesa. Cuma tempat makan tuh biasalah, memang tak ada yang halal. Pandai pandaila alas perut dulu.


Keadaan di dalam bangunan Airport.


Fountain di tengah tengah ruang legar.


Gambar saya lagi...:)


Ruang menunggu.
Gambar gambar di atas di snap sewaktu nak pulang semula ke New York. Memandangkan flight awal pagi, selepas subuh kami dah keluar hotel dan terus ke airport. Kat sana pukul 5 pagi pun orang dah start pergi kerja.


Seperti perjalanan pergi, perjalanan balik jugak saya order Coke jeh..:(
Nak dijadikan cerita, sesampainya di Airport La Guardia, New York, Bagasi saya pulak yang pecah. Sah sah la Delta Airlines memang kena sumpah dengan kami. Mau taknya, asik kerja nak pecahkan bagasi orang jeh. And tak pasal pasal saya pulak kena menjalani proses penukaran Bagasi kat sana. Hilang beg pink kesayangan saya..mula mula pihak pengurusan nak Kurier jeh beg tuh lepas seminggu.Saya cakap mana boleh sebab lepas ni saya akan merayap ke tempat lain pulak. Bukanya saya penduduk tetap kat situ pun. Lepas gaduh gaduh mulut sikit (speaking ko..:) akhirnya dapatla 1 bagasi kain yang besar. Tak kisahla. Janji dapat isi baju baju....

Oka..itula cerita serba sedikit cerita yang tak berapa best berlaku kat sana. Tapi apa pun. learn from the mistakes, jangan beli beg cikai cikai kalau nak travel sebab kalau dah jadi macam ni, kita sendiri jugak yang susah....jumpa lagi di lain entry untuik review yang lain pulak ye...adiossss..

Terima kasih, datang lagi.

22 comments :

Aefa Aerisya said...

cantiknye airport.. bila agaknya berpeluang ke sana...

dieya said...

nice one sis! rajin buat airport review ya.
setakat ni my fav airport is frankfurt. bersih, cantik, sgt efficient.. jerman lah katanya :-D
byk connection pegi europe & america. train station kat bawah tu je. sgt best utk transit.

Cik Mun said...

wah..ntah bila mun nak sampai sana..

Lieya Von Jay said...

wah sampai pecah bagasi . depa tu main baling2 ja ka akak ? tak bertanggungjawab la kan.. tapi airport tu mmg nmpak cntik lah kak. dan kemas . org pon xbnyk ^_^

Time Traveller said...

Airport tu cantik.. tapi tak sangka pulak ada tabiat suka pecah2 kan bagasi orang hehehee.. :D

Sabar je la..

Sally Samsaiman said...

super besar airport dia...dah macam hotel pun ye...tapi mmg nmpk best...lengang je suasana...tak crowded..

Alin Marlini said...

memang nampak luas....

Mazni Munawar said...

besar betul airport diorang..cantik pulak tu

Aisyah azizon said...

waaaa... so selesa kt airport tu xD

aisya said...

sekali pandang macam lobi hotel pun ada.. tapi airport rupanya..

sha (chirp chirp) said...

huish. sampai pecah. dasyat. huhu

Puteri Fiza said...

assalamualaikum. salam kenal. done follow. klu sudi follow back. tq :)
www.galerifiza.blogspot.com

Seri Selaseh said...

untungnye ye dpt berjalan jauh sampai sana. Sy ni nak pusing satu Mesia pon x abis lagi. Jgn berangan la nak pegi lagi jauh.

Cik Itah@RRP said...

nampak menarik sungguh tempatnya...
mesti best kan mengambara sana sini..teringin jugak hhe

Cinta Misteri said...

best nya jalan2..... CiM jln2 dlm negara jer, sambil layan kerenah AA. paling jauh pegi round2 asia ni, pown dgn AA jugak

Hafiza AizZawa said...

bestnye... berjalan2 cm nie...

saerah80 said...

Bestnya banyak berjalan...nice blog sis...

Asyik Izas said...

experience yg akk dpt mesti byk..seronok btul dpt berjln ke negara org ni..:)

agip roslan said...

somehow i agree cara diaorg handle bagasi neh. main campak2 kot i had to buy new luggage masa kat orlando, sebab my bag frame dalam dh patah etc.

Riri Maysyuri said...

salam kenal, blog yang cantik

nabil said...

yang best tentang negeri florida ni.....((tak ramai cina))

nabil said...

yang best tentang negeri florida ni.....((tak ramai cina))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...