Journey to Vienna Austria

NoorNazuha | 1:17 PM | 14Comments |
Salam

My journey later continue from Rome Italy to Vienna, Austria. The journey took almost 13 hours train ride and it almost drove me crazy. Penat ohhhh.....rasa nak pengsan duk dalam Train. Luckily just the two of us in that cabin. Normally for the long journey, we have to take the Night Train. You can choose wheather to take a sleeper coach or just a seat for a different fee. For a Pass Holder, reservation fee for sleeper coach is 27Euro and 9euro for reclining seat.


Our Cabin




Memang kami bernasib baik sebab cabin 6 orang ni tak penuh. Cuma kami berdua. So boleh la tidur lena sikit sambil layan lagu. Bekalan makanan pun ada lagi..Train kami bertolak jam 7.04PM dari Bandar Rome. Jenis Train yang kami naik ni nama dia OBB. OBB ni ialah Train kepunyaan negara Austria.    

Tempat beg ialah di bahagian atas. Dasyat oooo..nak angkat beg seberat 20Kg ke atas. Terpaksa bertungkus lumus angkat 2 orang. Kalau tak letak kat atas, takot ada penumpang lain pulak nak masuk masuk ke cabin kami sebab Train ni akan berhenti di beberapa Main Station.

Memandangkan Train ni ialah Night Train, so cabin ni ada pintu dan boleh padam lampu untuk tidur. Tapi bila inspector ticket datang nak cek tiket, mau dia tolak ajeh pintu cabin tuh dan demand tiket. Terkulat kulat gak kalau tengah tido. Jadi mamai jeh..hehehe....biasanye diaorang akan datang cek beberapa kali sebab melibatkan cross border negara. Sayang sekali pemandangan malam tak nampak. Cuma ada beberapa ketika tuh nampak limpahan salji kat tengah tengah jalan sebab Austria ni sangat sejuk masa ni.


Arrived at Wien Meidling
Kami sampai ke Wien Meilding lebih kurang jam 8.30am. Wien Mielding bukan station utama. Station utama di Vienna ialah Wien Westbahnof. Tapi jarak antara kedua ni tak jauh pun.  Kat sini berbeza sangat dengan Rome sebab tak ada ulat ulat tiket mau pun yang suka mintak mintak duit ni.....lega oooooo... Lepas turunkan beg beg semua, macam biasala..menikmati udara nyaman di Vienna sambil snap gambar.


Our Train
Perkara pertama, sesat. Perkataan sesat dah jadi macam rutin pulak kat sini...bukan senang nak cari tempat ni. First, kami kena ke main station dulu dari sini. From main station baru boleh cari hotel...Then saya bertanya pada orang kat situ,, kat sini mereka tak ada la fluent sangat english. Guna jeh bahasa isyarat kalau diorang tak paham. Janji diorang boleh tunjuk arah.

Then kami ke subway terdekat. Subway kat sini ialah Line U6. Dari U6, kita boleh ke mana mana station subway lain kat sini.


Inside the subway


Westbahnof


Westbahnof Station
Bila dah sampai sini, macam macam line subway kita boleh interchange. So tak ada masalah. Tetiba ternampak satu grocery kat sini. So sempat beli sayur sikit dan telur untuk di masak. Perut dah berkeroncong lapar. Maklumla tak makan proper dari malam lagi. Dari sini kami terus tukar Subway dari Line U6 ke Line U3 (purple) untuk ke Hotel yang terletak di Station Kreau. Tak jauh cuma dalam 10 minit naik train ke sini.


Dah sampai ke Kreau...sejukkkk woooo...

Hotel Lobby

I need a bed



Selepas mengemas apa yang patot, kami cepat cepat lambakkan bahan memasak yang dah terperap dalam beg tuh. Dah tak tahan lapar...tambah pulak dengan cuaca sejuk...fuhhhh....perut dah masuk angin ooo..menu hari tuh ialah Nasi Goreng. Simple but tasty..hahaha.....dalam keadaan macam ni, apa pun sedap kalau masuk malut kan....tak yah nak memilih milih..


Yang dibeli di Grocery cuma Sayur, Telur dan minyak masak Sunflower seed.


Masa untuk menumis


Nasi Goreng siap
Sampai sini dulu  entry kali ni, perjalanan ke vienna ni ialah yang paling jauh setakat ni. Sebelum ni train tak la sampai 13 jam. Tu pun direct train. Kalau train bandar, agaknya mau 24 jam baru sampai kot. Tapi Alhamdulillah, kemudahan dalam Train ni banyak. Toilet air sume ada. Tak ada masalah pun kalau sakit perut ke, nak terbuang ke..hehe....yang penting ada air.

Jumpa di next entry.........

Terima kasih, datang lagi.

14 comments :

dalila said...

sangat2 teringin jalan2 oversea ni..:)

Aisyah Az said...

bestnyaa.. ecah suka last pic. haha. nampak sedap even msk biasa2 je.

Lieya Von Jay said...

perggghhh 13 jam kak. kematu punggung klo saya hehehhee.. akak masak nasik dalam periuk tu ye.. comel sgguh .. melancong naik keta api ni best jugak kan kak :) teringin nak p ..

Normi Nieza said...

bestnya journey..:)

aima said...

bestnya u...jln jln obersea,,,teringin jugak....

Asyik Izas said...

seronoknya dpt jenjalan selalu..:)

ku-cit said...

NAPER TAK NAIK FLIGHT AJE KAK???

noornazuha said...

Ku cit:-naik flite fare agak mahal jugak, lagipun kitaorg dah beli Train Pass...:)

Anizz Annisa said...

bestnyee sis.. bile dpt pluang cmnie kan..huhu.. btw nampak mnyelerakan gmbr yg last tu..hee.. :D

Teena Tna said...

Teringin jugak nak travel ke oversea. Tapi belum cukup modal & xde geng nak pergi. Nanti bila2 dah 'stabil' iA akan pergi juga. Suka tengok gambar2 kat sana. Lawa...

Aisya A. said...

nasi goreng tu nmpak menyelerakan pulak mlm2 ni. haha!

.: iEyLa :. said...

akk slalu g jln2 jauh kan...
mcm syok je..adik risau sket..
nmpak sedap plak nasi goreng tu..hihi

Yana Libra said...

bestnye~

ann-zack smile said...

lapar pulakk tgk nasik goreng tue... maklumlah sekarang musim catu jer memanjang.. ngee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...