Busan Day 2

NoorNazuha | 5:30 PM | 12Comments |
Salam

Menyambung semula entry yang lepas. Aktiviti sepanjang berada di Busan, Korea Selatan. Hari kedua kami baru mula kan perjalanan, sebab hari pertama pun dah check in malam. First tempat yang saya nak sangat gi ni namanye Gamcheon Village. Ala ala Santorini la ni. Tapi pagi tuh hujan ribut melanda dengan dasyatnya....almost nak cancel aktiviti hari tuh. Tapi fikirkan masa tak panjang, kitaorang redah jugak. Beli payung dengan harga 10,000W, lebih kurang Rm30++. End up payung tu patah macam tu jeh sebab ribut teruk sangat.


di Busan Station.
Untuk ke Gamcheon, kena berhenti di Stesen Nampo. Kemudian amek Bus no 2 atau 2-2. Just guna jeh T money yang guna untuk subway tuh, as long as balance masih ada. Kalau dah kurang, just top up    jeh kat machine kat subway tuh. Perjalanan tak sampai 10 minit. Sampai jeh di Nampo, ribut masih tak berhenti. Redah jangan tak redah.


Rain Coat beli kat subway dengan harga 3,000Won



Hujan renyai renyai time kitaorang sampai. Nak keluarkan kamera pun susah. Tapi nak amek jugak jugak. So snap gak apa yang patut. Kat sini banyak store comel comel. Geram tengok. Tapi most of the Store tuh tutup. Tak tahu la sebab awal pagi lagi or sebab hujan.


 


View dari puncak.
 Maybe view belah malam lagi cantik. Tapi takut gak nak gi malam, Takut tak ada bas nak ke atas ni. Kampung ni betul betul atas bukit. Sakit Lutut mak panjat bukit. Tapi worth la. Unik gak tempat ni....Hujan pulak makin lebat. So tak bleh berlama lama kat sini. Kamera pun dah makin berkabus. So kualiti gambar dah sangat tak best.


Sekali tengok dah macam kat Genting Highland pun ada..:)


Lebih kurang pukul 11 pagi macam tuh kami dah chow ke tempat lain. Niat nak join 1 lagi group sebab diorang dah ke Yongdusan Park, so terus ke sana jeh la. Hujan masih lagi turun. Baju dan kuyup. Sejuk mak nak. Especially jeans dan macam rupa apa dah. Member siap beli kasut lain sebab kasut dia dah lenjun.


Escalator untuk naik ke Yongdusan Tower.
 

Yongdusan Tower
 Saya tak naik sampai ke atas pun. Sebab masa dah suntuk. Nak ke tempat lain pulak. Oh yer, nak ke Yongdusan Park ni, amek subway, then berhenti di Stesen Nampo jugak. Keluar dari exit 1 then amek kiri. Jalan dalam 10 minit, ada escalator belah kanan. Just naik jeh....:)


Jumpa Mr Lee Min Ho di Innisfree otw back..hehe...


Jumpa Mr Woo Bin...gambar pun kira ok laaa...


Siapa tu ek?selalu nampak berlakon...
Shopping kat sini best btol. Banyak yang berkenan. Duit jeh tak cukup. Sempat rembat satu cardigan kat sini. Harga dalam 69,000Won. Almost RM154++. Tapi dah berkenan punya pasal kan....

Lepas tuh, kitaorang terus ke Lotte Mall. Lotte ni kira glamer la kat Korea ni. Gedung membeli belah paling besar. Jangan ingat harga murah yek. Tidak sama sekali. Mahal betul. Tapi sempat beli 1 trench coat sebab ada sale 60%.


Dapat 1, Hureyyyyyyyyyyyy....
 Lepak kat sini dalam 1 jam sebab nak keringkan baju. Then kami proceed balik ke hotel sebab nak solat and tukar baju jugak. Plan lepas tuh nak tengok keadaan malam di Busan.

Malam tuh kami ke Seomyeoun Street Market. Happening betul kat sini. Untuk ke sini, naik Subway ke Seomyeoun. Naik atas jeh dan jalan jeh terus ke kiri.Besar sangat pun.


Lega dah tukar baju.


Kamera Handphone...macam ni jeh la hasilnyaaaa...
 Lepas lepak lepak kat sini, kitaorang nak ke Pantai pulak. Nak tengok bridge. Dari Seomyeon ni naik teksi ke Pantai Gwangali. Tambang dalam lebih kurang 8,100Won. Kongsi la 3 orang sebab amek 2 teksi. Kami ber 7 malam tuh. Sayang sebab kamera dah rosak masa ni sebab kena hujan pagi tuh. So tak dapat amek gambar sangat. Menumpang jeh kamera orang.


Night View of the Bridge.


Along the beach
Happening betul area ni. Tapi suhu memang sejuk malam malam ni. Tak tahan lama lama kat luar. Misi mencari makanan halal tapi tak berjumpa.So lepas berkeliaran kat sini hampir 2 jam, kitaorang semua decide nak balik hotel jeh. Besok nak ke Jeju pulak. Nasib baik flight tengahari. Tak la rush sangat.Okla..sampai sini dulu..sambung cerita ke Pulau Jeju pulak yer....till now...Adiossssss.....












Terima kasih, datang lagi.

12 comments :

A said...

best nya ~

Cik Fafa said...

meh nak tolong jawabkan. jo insung. ^^

Azra said...

huwaaa sayangnye payung harga RM30 patah camtuh jer... tak sangka boleh hujan ribut plak time2 skang nih

Alin Marlini said...

cantik sangat kot view kat sana....

fifie feyca said...

wow... syok nyewww.. nk itott

Unknown said...

bestnya blh jalan-jalan dekat tempat orang. nak macam ni jugak la nantiii :D

Nadratul Syazwana said...

Akak, Nad nak pergi la semua tempat niiii. Nad pernah buat entry pasal ni hahaha T_T

radin fadli said...

Erk, sampai patah payung? dahsyat betul ributnya, nasib baik orang tak terbang sekali hahaha. Gigi betul meredah ribut, tapi kalau tak redah rugi pula kan, bad weather mcm ni susah betul nak predict. Tak pernah sampai lagi ke Busan, InsyaAllah one day akan pergi ke sana ^^

Lieya Von Jay said...

akak , lelaki yang last tu nama di Jo In Sung, ada cerita dia yang terbaru best gk kak, tengok la, Tajuk dia its ok thats love. Jeles la kak,, nak g korea gakk

Jari Manis said...

JM baru ie balik dari Busan this Sunday...hari ke dua juga pegi ke Busan..situasi sama...hujan pagi tu..so berfikir nak pegi ke tak..end up ngan member pegi je sbb tak tahu sampai kul berapa nk stop ujan tu. Cua terkejut bila Zuha ckp beli payung 10ribu Won dan Rain Coat 3ribu Won..mmg cekik darah..kami beli payung 3K won dan rain coat 1 ribu won je.

Frau Lisa said...

scary nyer payung patah, dah lah mahal..huhu

Siti Yang Menaip said...

pfffft payung tu patah ? maigaaad.. hohoho..
pergi Jeju yaa bestnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...