Salam
Selepas 3 hari 2 malam di Busan, kami meneruskan pengembaraan ke Pulau Jeju dengan menaiki Jeju Air. Tiket flite tak mahal, dalam RM130 termasuk free luggage 15kg. Kira murah kan. Perjalanan cuma mengambil masa 1 jam jeh.
|
Harga Tix ke Jeju lebih kurang RM130 and baggage 15KG free |
|
With Jeju Air Spokeman, Mr Lee Min Ho |
|
In flight Magazine. |
Since perjalanan cuma 1 jam, kami dihidangkan dengan 1 gelas fresh orange jeh..hehe..okla tuh...nak makan pun bukannya ada yang halal pun. Tak sempat panas punggung pun duk kat dalam flite, tengok tengok dah landing. Perjalanan semua smooth jeh.
Di Airport Jeju tak ada Surau. Jenuh cari sampai tingkat atas. Memang tak ada. Apa yang kami buat ialah solat kat tepi stor kat level yang tak ramai orang. Berjaga jaga jugak takot ada guard or polis ke yang tak paham cara kita kan.....lagipun negara bukan negara islam, memang rumit sikit.
Dah sampai ke Jeju, tunggu 2 jam sebab ada group lagi satu nak join dari Seoul. After dah setel urusan di airport, kami amek cab ke guest house.
|
Living room |
|
Meja makan yang comel |
|
Malam tuh masak Porridge ikan Maggi...Slurppppp! |
Jarak Guest House cuma lebih kurang 15 minit dari Airport. Puas hati dengan Guest House ni. Bersih, owner pun ok even English so and so jeh. Paling penting kebersihan memang terjaga. Toiletries semua disediakan. Pinggan Mangkuk, periuk belanga semua ada la...:) For further info, boleh click link di bawah:-
Ok ok. Firstly kasi warning dulu sebab entry ni saya nak tepek banyak gambar. Maklumla, cantik sangat view kat sini. Gambar gambar ni semua ehsan kamera sepupu saya since kamera saya dah tak boleh on masa kat Busan lagi.
|
Our Guest House |
|
Good Morning Jeju |
Since first day sampai pun dah malam, so tak kemana pun. Perjalanan dimulakan pada hari kedua dan destinasi pertama ialah di Ecoland. Comel jeh tempat ni....actually kat sini lebih kepada scenary. Cantik sangat especially Windmill tuh. Rasa macam kat US pun ada, macam kat Amsterdam pun ada.
|
Regards from Jeju |
|
Windmill |
|
Bunga Lalang |
Sebenarnya bunga lalang ni cantik sangat. Tapi bila dah dalam gambar jadi tak cantik pulak. Scenary sangat syahdu. Rasa macam dalam drama pulak. Even kitaorang ke sini pada hari rabu, tapi crowd sangat ramai sama macam hujung minggu. Berpusu pusu orang berlumba lumba nak bergambar......
|
Makcek..ketepiiiiiii |
Actually, tourist yang ramai pun terdiri dari rakyat korea jugak. Tak ada pulak mat mat salleh datang sini...or tak la ramai. Tapi ye jugak, korea sendiri pun sangat besar. So diaorang pun tak habis jelajah kot. Jangan kata orang Korea, kita orang Malaysia pun tak habis jelajah semenanjung lagi, apatah lagi Sabah dan Sarawak.
|
Kanak kanak Korea yang comei |
|
Feeling feeling dalam drama gitewwww... |
|
Tetiber gambar ni ada lagi..hehehe... |
|
Mini Train yang kami naik untuk explore Ecoland ni..... |
Kat sini kami spent dalam 2 jam. Fee untuk entrance dalam 8000Won tak silap. Tapi berbaloi baloi. After finished exploring tempat ni, kami meneruskan perjalanan ke Perkampungan Jeju lama. Minta maaf sebab lupa nama tempat ni. Sepanjang di Jeju, kami menggunakan khidmat Tour Mr Goh Seung -Ho. English dia tak la fluent, yang dia tau explain pasal duit and kat mana kita nak tuju. Yelah benda yang sama. Jangan tanya banyak2 sangat kat dia, confirm dia tak faham. Total sewa van dia dalam 200,000.00Won lebih kurang dalam RM630 duit RM. So kami ada dalam 10 orang. So share la reramai tuh. Boleh tahan mahal untuk 9 jam tour. Memang buat duit pakcek ni......Sesiapa yang ada plan nak ke Jeju, boleh la contack ahjussi ni.......
|
Contact jangan tak contact |
Seterusnya kami ke perkampungan lama Jeju. Dihidangkan dengan cerita sejarah sejarah pembukaan Pulau Jeju oleh Ahjussi tour kat situ. Minta maaf bebanyak pakcek, saya tak focus sangat. Lagipun english dia tak berapa nak paham....:) Jejalan kat dalam kumpung tuh tetibe terserempak pulak dengan Mr Khinzir Hitam kat dalam Kandang. Halamak...terus tak jadi nak tour sangat.
|
Rombongan Cik Kiah datang bertandang |
|
Muka Bosan je semua |
Sambil mendengar ceramah dari Pakcek Jeju ni kami sempat posing. Uncle Goh yang amekkan gambar.Serious kat sini macam bosan sket. Lepas dia bagi short taklimat, terus dia ajak masuk dalam 1 rumah lama ni. Ingatkan nak tunjuk apa, rupenya nak jual barang. Antara barang yang dia nagn wife (presume) dia jual ialah Madu Lebah, Produk2 kesihatan dan sejenis Serbuk minuman. Semua tu dia bagi tester dulu. Memang best..tapi harga tak yah cakapla....mahal ohhh...semua tak nak beli.
Kesimpulannya memang tak lama la kami kat sini..dalam 40 minit jeh. Then terus ke Iilchulbong Peak Jeju. Wahhh..memang menakjubkan view kat sini. Tak rugi pergiii....sangat sangat berbaloi. Entrance fee dalam 2000 Won jeh. Murah tuh. Ini ialah tapak/kawah gunung berapi yang mati. Untuk ke puncak, ada tangga and siapa yang larat, bolehla panjat sampai ke puncak. Akak tak larat dek. Kaki dah senget dek berjalan tak berhenti.
|
Ketepiiii..... |
|
Gang baru kenal kat jeju |
|
With cousins |
|
Gedik kan mak posing...Auwwwww |
10 comments :
wow syok nyeeeeew pulau jeju... @_@
cantiknya dan menarik ni... boleh plan nak ke sana jugak.. hihi.. eh tapikan.. spokesman tu dah macam pelakon korea gitu! ahaks!
wah...jelesnya..I sangat minat LMH....
wow..you are so lucky..one in my bucket list :)
syoknya.... :)
sooo cantik jeju... jom zuha bawak suki plak :p
salah satu syurga dunia nie.. bestnye.. mmg cantik tempatnye...
Alah jeles pulak tengok T.T sobs sobs.. btw, singgah sini ye..
cantiknye jeju... teringat cite mygirl... ade ladang tangerine.. hihi.. ups.. kesian kemera rosak... naseb ade kamere kazen....
macam mane ye nk pergi sane dgn harga cmtu? pergi dengan agen ke? hehe
Post a Comment