Ni ialah entry terakhir saya di Korea. Akhirnya habis jugak. Ujung ujung tahun ni kembali kepada jadual busy. So entry terakhir ni dah tergendala pulak.
Masa di Korea, kitaorang stay di daerah Itaewon. Area ni banyak Halal food dan kat sini memang terkenal dengan Masjidnya. So memang ramai la muslim duk area ni. Subway pun dekat. Kami stay di Itaewon Inn yang terletak hanya lebih kurang 300meter dari Subway.
|
Baru sampai di Itaewon dari Jeju. |
|
Bangunan hijau tu la Hostel kitaorang |
Nak cari Hostel ni senang jeh kalau dari Stesen Subway Itaewon. Amek exit yang ada BAskin Robbins (exit 3 tak silap) and amek ke belah kanan belakang Baskin Robbins tuh. Then terus jeh jalan sampai nampak bangunan ijau belah kanan dan di bawah2 tu banyak jual barang barang antik. Memula tuh memang tak nampak sangat bangunan ijau tuh, lelama kalau diperhatikan, tu jeh bangunan ijau tinggi yang ada kat situ.
Hari terakhir, hari jalan jalan di Itaewon. Kat sini ada satu Restoren Malaysia nama
SAVARO iaitu restoren milik Felda. So kalau nak rasa makananan Malaysia tapi di Korea, bolehla datang sini. Harga macam biasala, jangan convert. Secawan Teh tarik beharga 6000won iaitu hampir RM15.
|
In front of Savaro, Itaewon |
|
2 keping roti Canai dan Sambal dalam 8000Won. |
|
Sambal ni manis jeh...not bad |
Cukup la 2x menikmati makanan kat sini. Malam tuh makan nasi goreng dengan harga 14,000 won dan pagi tu plak roti canai dan sambal. Kat situ ajeh pun dah dekat RM60. Pokai mak.
Ramai yang kata shopping di Itaewon adalah mahal. Ye betul. Rasanya banyak lagi tempat yang murah seperti di Dongdaemun, Naendamun atau di Insadong. Tapi masa betul betul tak mencukupi nak cover semua tempat. Nak tak nak, kena beli jugak souvenier kat Itaewon ni.
|
Shawl, Pashmina kat sini agak mahal. Lebih kurang 20,000 Won (RM60) |
|
Pelbagai jenis souvenier |
|
Cap and winter coat in leather. |
|
Socks and underwear |
|
Tshirt i love Korea 5,000Won sehelai. |
|
Home Furnishing banyak kat Itaewon ni..harga tak survey pulak |
Lupa nak cerita sikit pasal Hostel yang kitaorang stay ni...Hostel ni betul betul kat tepi jalan. Owner sangat baik dan dikendalikan oleh foreigner. So senang nak communicate in english. Diorang ni peminat bola. Banyak jersi jersi bola ada kat sini. Sambil lepak lepak tunggu teksi, kitaorang sempat amek gambar kat hostel ni wat kenangan. Kalau sesiapa yang stay kat sini, recommended jugakla sebab murah dan dekat ngan subway. Cuma tak ada lift.
|
Posing time |
Selesai meneroka Itaewon, kami kena gerak ke Incheon Airport. Jarak ke Airport dekat 1 jam perjalanan. So kitaorang call cab siap siap. Tapi cab tak sampai sampai jugak. At the end, tahan jeh cab secara ad hoc. Lagipun cab kat Seoul ni berlambak. Tak yah risau. Kalau Cab yang kita call, extra caj akan dikenakan. So total cab fare kitaorang ke Incheon Airport dalam RM160. Mahal kan. Kalau campur extra caj dekat RM200 jugak. Fuhhh..berpeluh mak. Nasib share 3 orang. Sebenarnya naik subway lagi jimat tapi sebab beg yang diangkot dah beranak pinak, dah jadi 4 beg. Tak larat dah nak panjat tangga subway tuh.
|
Incheon Airport |
|
Heading to departure hall |
Sampai sini dulu entry Korea. Sampai berjumpa lagi di lain waktu dan ketika Korea. Frankly speaking, Korea adalah salah satu negara yang saya nak pergi lagi. Tak tau la kenapa, maybe, rasa secure kot kat sana and tak takot nak jalan sorang sorang.
Jumaat ni ada company short trip ke Bandung. Apa pun tak pack lagi....so jumpa lagi after Bandung k....daaaaa..!
10 comments :
jauh2 berjalan, pekena teh tarik. So Malaysian!heheeh.nasib baik share 3 orang, kalau tak telan air liur la,heheheeh
korea mmng best kan :)
seronoknya !!
sempat la jugak melenguhkan kaki dekat itaewon ni... in sha allah kalau ada rezeki nak jejak lagi
comel la watermark...:) mesti bnyk shopping ni, bag beranak pinak...;)
rindu korea.
sebelum ni pergi perjalanan dah diatur, teringin nak pi sendiri.
Bestnya Koreaaa!! Harap dapat sampai sini satu hari nanti. In shaa Allah hehe
setuju dgn Zuha..klaau pegi korea sekali mmg tak puas...mesti repeat..rasa save dan bahagia sgt...cuaca yg sejuk dan nyaman..mmg heaven
Assalamualaikum. Whoaa hebat awk skrg ni. Mkn angin memanjang gitu
Asalamualaikum, nk tanya klu bawak parentsnsesuai x stay kat Itaewon Inn ni? Thanks! Boleh share gambar bilik dier x?
Post a Comment