Shopping at Myeong Dong

NoorNazuha | 5:53 PM | 13Comments |
Salam

Seperti yang pernah di update sebelum ni, kami ke Myeong Dong untuk shopping. Macam gempak jeh bila cakap Shopping kan. Bukan Shop apa pun, cuma souvenier untuk kengkawan dan keluarga terdekat dan barang2 pesanan penaja jeh..:)

Jarak antara Namsan Tower ngan Myong Dong ni sangatla dekat. We all jalan kaki menurun bukit jeh lepas turun dari cable car tuh. Hari dah beransur malam masa ni. Cuaaca tak sejuk mana, just nice untuk bersiar siar.


Myong Dong Street

Bila dah sampai sini, aim pertama nak cari brooch. Dalam banyak2 benda, yang ni saya nak. Tau tau jeh la kalau beli brooch yang harag RM1 kat jalan tar, pakai pun tahan 1 hari jeh.....So far pakai Brooch Korea ni memang tahan..puas hati...

Jalan punya jalan, jumpa satu stall pakcek ni jual brooch. Harga 1 brooch 3000Won. Ada lagi dengarnya yang lagi murah, mungkin di Insadong tapi tak jumpa kat Myeong Dong.



Cantek cantek brooch dia. 1 Brooch 3000 W dalam RM9

Selesai merembat 15 biji brooch, we all nak pergi rembat Skin Care Product pulak. Store pertama yang we all masuk ialah Innisfree. Banyak pesanan penaja yang nak dibeli. Lagipun dalam banyak2 skin produk kat sini, Innisfree yang paling murah.

Kat Myeong Dong ni rasanya ada berbelas belas outlet. Antara yang popular:-

  1. THE FACE SHOP 
  2. NATURE REPUBLIC
  3. SKIN FOOD
  4. ETUDE HOUSE
  5. INNISFREE
  6. MISSHA
  7. TONY MOLY
  8. IT'S SKIN
Sejauh mana kebagusan produk2 ni sebenarnya terpulang pada individu. Bagi saya, saya cuma pakai benda yang bukan asas, maksudnya, buka facial cleanser atau Toner tapi lebih pada yang sampingan. Sebagai contoh, Nose Pad, Lip Gloss, Mask Sheet, Mask atau Hand and body Lotion.



Lip Gloss antara feveret saya...murah,cuma 4000Won



Di atas ialah antara yang dibeli. Mostly Sheet Mask dari Innisfree dan Skin Food. Lip Gloss Innisfree, Jeju Pore Clay Mask dari Innisfree jugak, Nose Pad dari Etude House dan Nature Republic dan the rset tu sume free sample jeh. Paling banyak beli pun Sheet Mask jeh sebab nak bagi kat orang.

So far yang paling puas hati ialah Nose Pad dari Nature Republic (3 in 1). Best sangat. White head ke Black Head ke sume ilang laaa...hehe...Nose Pad 3 in 1 ni untuk 10 pack harga dalam 10,000Won iaitu lebih kurang RM31.

Jalan punya jalan, jumpa makanan Halal..perot subhanallah..lapar tahap dewa. Terus naik tingkat 4. Ingatkan Korean Halal, rupanya Tibetan Halal food. Ahhh....janji Halal......Saya cuma Order Spicy Meatball and member pulak order Nasi Briyani.


Spicy..quite tasteful


Not so Tasteful
Selesai makan, misi meneroka diteruskan. Mencari souvenier untuk sanak sedara dan kengkawan. Tapi memang tak snap gambar sangat sebab handphone ni memang out kalau amek gambar dalam gelap. Layan jelah gambar gambar ala kadar kat bawah ni..:-


Key Chain untuk bebudak Office


Sheet Mask, Hand Cream and Hand Cream


Malam malam memang happening kat sini..i like


Gegar jangan tak gegar..:(
Setelah kaki hampir rasa nak tercabot dan lutot rasa macam nak bengkok, baru lah rasa macam nak balik. Beg dah beranak jadi 4 ketul. Senget banhu nak kendong barang barang ni. Walaupun ada lagi nak beli, tapi bajet tak mencukupi. Itupun dah ada guna kad kredit sikit. Nak harapkan cash, memang tak cukup.

Okla..sampai sini dulu entry ni. Nanti sambung kisah di Itaewon untuk entry yang penghabisan.....daaaaaa..

Terima kasih, datang lagi.

13 comments :

Unknown said...

waaaa bestnya harap suatu hari nanti dapat pergi :)

Unknown said...

waaa. bestnya. :)harap suatu hari nanti dapat pergi .

Cik Fafa said...

mama cikfafa pun pernah belikan brooch kat korea. memang tahan. harga pun berbaloi2.^_^

Unknown said...

bestnya kak. Haritu kazen sy pegi korea pun belikan kami brooch, best ! Yang penting tahan.

Etuza said...

Asalam..wah traveling sangat hebat. Amazing..

Jari Manis said...

Farhana..ka Myeongdong pun ada kedai souviner ye..hari tu JM jalan2 berkali2 kat situ asyik nampak kedai jual mask yg byk...end up kami borong di namdaemun

sukasukitulisblog said...

korea mmg terkenal dgn brooch cantik2 kan..

Unknown said...

ingat dulu masa bff pergi korea. bukan main dia borong mask.. hehe

tintamerah_blogspot.com said...

suka dgn brooch korea sbb cantik & tahan lama...=)

Ayuni Sara said...

Aduhh best nyee...jeles sgt...Myeong Dong! nk pegi Namsan Tower...

Lieya Von Jay said...

wow,, banyak tu souvenir dia kak,, nak 1,, skin care made in korea mmg terbaik kak especially bb cream , saya pakai etude house :)

Nadratul Syazwana said...

Bestnyaaaa. Kalau dapat gi sana nak borong memacam skincare hahaha

Frau Lisa said...

bestnyer..banyak tak dapat free sample?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...