Bandung Part 2

NoorNazuha | 6:40 PM | 17Comments |
Salam


Saya sambung entry di bandung untuk hari kedua. Di entry pertama saya dah bagitau yang kitaorang menginap di Sensa Hotel dan breakfast dia tip top. Memang membuka selera. Macam macam menu ada. Cuma pagi pagi ni perut tak berapa nak lapar lagi.....

Breakfast time


Porridge yang super best


Nasi goreng yang Yummmeehhhhh


Mix cereal....
Tak sempat nak amek gambar satu satu menu kat sini. Tapi kueh mueh, spagethi, Nasi lemak dia memang yummmehhhh sangat...bread butter puding dia memang finger linkin good orang kata...So kitaorang spent dekat 2 jam sebelum keluar memulakan perjalanan.......

Destinasi pertama hari ke 2 ialah tak lain dan tak bukan, Pasar Baru. Business hours kat sini lebih kurang jam 9.30 pagi dan tutup  pada jam 5 petang. Sesiapa nak kat sini eloklah sampai awal pagi sebab bila dah tengahari, manusia sangatla sesak sampai nak bernafas pun susah.




serbu kedai jual telekung dulu

First kedai kena serbu ialah kedai jual telekung di Tingkat 1.Sangat sangat recommend untuk gi kedai ni sebab adik yang jual telekung kat sini sangat baik hati dan bersopan santun gitu..hehe..banyak boleh diskaun dan paham sangat la kehendak orang malaysia ni...kat sini kami rembat hampir 20 pasang telekung. Harga memang murah sangat. Telekung cotton sulam tebal tuh boleh didapati dengan harga bawah RM100 untuk sepasang. Kalau di KL biasanya harga mencecah RM150 ke RM200 untuk sepasang.

Selebihnya, kami ke kedai luggage untuk beli beg nak tampung barang barang, kain cotton, kain sulam dan T shirt.

Rembat 1 kain sulam

Kepelbagaian


Cotton
So tak yahla cerita panjang pasal Pasar Baru ni sebab rata rata orang dah tahu apa yang menarik kat sini. Awalnya memang tak nak shopping kat sini, tapi bila dah terjebak, habis 1 beg jugak gi borong. Tologla elak pergi ke sini belah tengahari atau lewat petang sebab sangatla sesak. Tambah lagi dengan pengemis yang tak give up give up mintak duit.

Selepas penat shopping kat Pasar Baru, dalam jam 1 tengahari, rombongan Mak Jemah ni meneruskan aktiviti berjalanan ke Toko 3. Tak ada apa yang menarik pun kat sini. Kalau rasa nak beli jeans, gi la ke sini. Saya just amek 3 ke 4 helai T shirt budak. Jeans tak beli sebab macam mahal jeh.



Suasana dalam Toko 3
Kat sini ada disediakan Surau. Tapi saiznyaaaa mak aiiii..campur pulak tu lelaki perempuan. So pandai pandai la amek turn. Bayangkan la nak solat kat sebelah lelaki. Mau angkat takbir berlaga siku pulak...kehkeheh, memang tak patot..:(

Selepas berhempas pulas lari dari penjual jalanan kat sini, sampai dalam bas pun mereka serbu, akhirnya bas jalan jugak. Lepas ni nak gi ke Kartika Sari pulak. Jarak tak jauh pun tapi jalan memang standard jam yang amat dasyat. Dasyat sangat.

Sampai jeh kat Kartika Sari, suasana jadi macam kelam kabot sebab kat dalam tu macam bersesak sesak. Apa hal la diorang ni sebok nak serbu ramai ramai pun tak taula. Nak kata ada sale tak plak.


Jajan jajan


Pilih jangan tak pilih


Hasil belian

Kartika Sari ni ialah destinasi terakhir. Memula plan nak gi Rumah Tas tapi tak jadi sebab masa tak cukup plus jam yang sangat lama. So malam tu kitaorang lepak ramai ramai dekat Donat J Co tuh sambil chit chat ngan bos. Area hotel jeh. Sepanjang kat sana, tiap tiap malam hujan manjang. So aktiviti banyak terganggu. Kat sana kalau orang payungkan kita pun dia mintak duit Hokayyy...so be careful aje la..

Okla....tamat entry ke Bandung. Insyallah kalau ada rezeki tahun ni, saya akan terbang lagi......daaaaaa....

Terima kasih, datang lagi.

House Warming

NoorNazuha | 5:39 PM | 8Comments |
Salam

Semasa blog ni di create, saya cuma ingin menjadikan blog ni sebagai blog travel. Jarang pulak saya berkongsi tentang kehidupan peribadi kat blog ni.  Tapi sekali sekala apa salahnya masukkan jugak cerita perihal lain pulak kan. Nanti orang bosan pulak nak baca bila asyik cerita pasal travel jeh.

Sebagai pembuka cerita tahun 2015, Alhamdulillah, parent saya sudah selamat berpindah. Sebelum ni diorang stay kat Pandan Indah, Ampang. Sekarang dah pindah ke area berdekatan Gombak.. Kat sini la kami adik beradik nak berkumpul. Dekat pun dekat dengan rumah masing masing.

Tak ramai pun jemputan. Penduduk sekitar sekitar ni aje. Misi nye cuma nak baca doa selamat dan berkenalan dengan jejiran sebelah menyebelah.


catering dah get ready


Menuggu tetamu tiba


Meja untuk tetamu dalam 100 orang

Majlis doa selamat bermula jam 9 malam selepas isya. Perut dah lapar giler la time tuh. Mau tak, dari patenag tak telan pape lagi. Maghrib tuh ayah ke surau. Sambil menjempot tetamu dari surau. Sambil menunggu tetamu, kami mengemas dan menyediakan goodie beg untuk tetamu.


Ada satay


Ulam ulaman kampung


Ayam goreng berempah


Mak prepare rojak buah

Not bad jugak lauk pauk yang disediakan. Kitaorang ni memang suka lauk lauk kampung. Membuka selera sangat. Nak nak plak dengan nasi panas dengan sambal belacan..terangkat tuh......disebabkan majlis agak lewat, so tetamu start makan pun dah dekat pukul 10 malam.


Daddy welcoming the guest.....


Beri ucapan dulu sebelum majlis doa selamat dimulakan.



yang baju biru tu our mum


Tetamu dah mula mengambil juadah


Jemput makan semua


Gang surau Batu Muda Tambahan


Kitaorang pun tak ketinggalan untuk bermonopod

Sampai sini dulu....semoga tahun baru 2015 memberi kita seribu sinar baru buat semua. Diharap suka duka di tahun 2014 berlalu pergi dan sama sama kita ambil pengajaran. Next entry saya sambung semula cerita di Bandung. Tahun 2015 juga diharap rezeki akan bertambah tambah lagi. Dalam kepala ni dah macam macam plan dah. Kita cuma merancang, Allah jua perancang yang terbaik......Wallah alam......

Daaaaa...........................

Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...