Salam
Semasa blog ni di create, saya cuma ingin menjadikan blog ni sebagai blog travel. Jarang pulak saya berkongsi tentang kehidupan peribadi kat blog ni. Tapi sekali sekala apa salahnya masukkan jugak cerita perihal lain pulak kan. Nanti orang bosan pulak nak baca bila asyik cerita pasal travel jeh.
Sebagai pembuka cerita tahun 2015, Alhamdulillah, parent saya sudah selamat berpindah. Sebelum ni diorang stay kat Pandan Indah, Ampang. Sekarang dah pindah ke area berdekatan Gombak.. Kat sini la kami adik beradik nak berkumpul. Dekat pun dekat dengan rumah masing masing.
Tak ramai pun jemputan. Penduduk sekitar sekitar ni aje. Misi nye cuma nak baca doa selamat dan berkenalan dengan jejiran sebelah menyebelah.
|
catering dah get ready |
|
Menuggu tetamu tiba |
|
Meja untuk tetamu dalam 100 orang |
Majlis doa selamat bermula jam 9 malam selepas isya. Perut dah lapar giler la time tuh. Mau tak, dari patenag tak telan pape lagi. Maghrib tuh ayah ke surau. Sambil menjempot tetamu dari surau. Sambil menunggu tetamu, kami mengemas dan menyediakan goodie beg untuk tetamu.
|
Ada satay |
|
Ulam ulaman kampung |
|
Ayam goreng berempah |
|
Mak prepare rojak buah |
Not bad jugak lauk pauk yang disediakan. Kitaorang ni memang suka lauk lauk kampung. Membuka selera sangat. Nak nak plak dengan nasi panas dengan sambal belacan..terangkat tuh......disebabkan majlis agak lewat, so tetamu start makan pun dah dekat pukul 10 malam.
|
Daddy welcoming the guest..... |
|
Beri ucapan dulu sebelum majlis doa selamat dimulakan. |
|
yang baju biru tu our mum |
|
Tetamu dah mula mengambil juadah |
|
Jemput makan semua |
|
Gang surau Batu Muda Tambahan |
|
Kitaorang pun tak ketinggalan untuk bermonopod |
Sampai sini dulu....semoga tahun baru 2015 memberi kita seribu sinar baru buat semua. Diharap suka duka di tahun 2014 berlalu pergi dan sama sama kita ambil pengajaran. Next entry saya sambung semula cerita di Bandung. Tahun 2015 juga diharap rezeki akan bertambah tambah lagi. Dalam kepala ni dah macam macam plan dah. Kita cuma merancang, Allah jua perancang yang terbaik......Wallah alam......
Daaaaa...........................
8 comments :
cantik rumah barunya :)
Cantik rumah. :D Makanan tu pun nampak menyelerakan. Hahaha :D
alhamdulillah dapat mengeratkan hubungan sesama jiran, masakan kampung mmg terbaik..kesukaan mrs juga tu :)
kak zuha.... makanan tuuuuu .,. ahhhh tak tahan tgkk.. lapoooo
mcm penah nampak je kejiranan ni.hi
catering mana zuha..boleh nak booking utk open house nanti
cantik rumah parents zuha...bl dekat ngan mak baru best kan...hehehe
alhamdulillah...kiranya dapat pindah ke rumah yg lebih besar dan selesa tu
Post a Comment