Salam
First of all, aku nak ucap terima kasih pada yang sudi singgah dan baca blog ni. Really appreciate sangat sangat. Dari sini aku sedar ramai antara kita yang kaki travel dan minat mengembara ni. Lately pun aku selalu dapat email dan FB request untuk tanya pasal travel ni. Aku suka share tips tips simple ni. Yang mana boleh dimanfaatkan apa salahnya kan.
Since ada ramai gak yang tanya ni, meh aku share sekali lagi simple simple tips melancong ni, siapa yang rajin baca yer...:)
Preparations pre vacation:-
- Sila dapatkan contact Embassy memana destinasi korang pergi. Sebenarnya aku pun tak practice, tapi lepas kes curi kat Rome tempoh hari, memang nak kena buat dahhhh......dah terhantuk baru nak tengadah.....
- Sila Scan atau photocopy Paspot and dokumen penting in case hilang ada back up.
- Tak payah bawak baju berbondong bondong kalau travel especially ke negara negara sejuk pasal kita boleh pakai ulang ulang sebab tak berpeluh pun and boleh jimat space luggage.
- Mostly international flite bagi elaun beg seberat 30KG. Beg bersaiz paling besar selalunya kalau kosong mempunyai berat kurang dari 5kg. Untuk vacay yang menjangkau 2 minggu sesuai la bawak yang bersaiz 28 Inci tuh. Tapi kena ingat, kalau menggunakan public transport, sila beli beg yang kuat rodanya sebab nak hentam beg tu naik turun tangga memang tahap maksima. Aku pernah beli beg Polo harga rm60 tapi at the end, 2x pakai jeh dah tercabot roda masa di London. Haru mak nak heret beg naik turun tangga tube 5 lapis tuh. Memang serious serikkkkk.........
Flights and check in
- Kalo di epot, elakkan pakai berlayer layer sebab nak kena bukak bila lalu scanner especially ladies. Pengalaman aku dulu sampai dia suruh bukak baju yang aku pakai sebab dia ingat kan cardigan tapi sebenarnya memang baju tu kena pakai inner sebab lengan pendek. Tak pasal pasal kena masuk bilik inspection sebab tak nak dia check depan khalayak.
- Untuk mengurangkan Turbulent dalam flite, kalau boleh pilih seat dekat dengan wing.
- Untuk mengurangkan kejang kaki (Cramp), wat senaman ibu kaki dengan memusingkan bahagian kaki ketika dalam flite bagi mengelakkan leg swollen bagi long haul flite.
- Web check in is better bagi mempercepatkan proses check in.
Safety while on vacay
- Walaupun most of us pakai sling beg masa travel, still belum selamat sepenuhnya. Nak selamat lagi dari kena curi, masukkan sling beg dalam Kot anda yang cun tuh..
- Kalau travel, first kaji dulu sistem transport kat negara tu macam mana, pakai train ke, bus ke, flite jeh ke atau basikal ke and last service setiap transport setiap hari sebab aku pernah kena tinggal ngan train last pukul 11 di Rome gara gara confident sangat train tu habis jam 12 malam.
- Negara negara maju biasanya kalau makan di cafe diorang, kita self service buang sampah makanan kita. Tak macam di Malaysia kita main tinggal jeh and ada orang kutipkan. Pernah jadi masa aku makan kat Airport di Busan Korea terlupa nak buang sisa makanan, kena sound ngan orang Korea kat situ...maluuuuuu tak tau nak letak kat mana muka ni
- Di Europe mostly, scammers ada macam macam cara nak mencuri. Sampai tak terfikir macam mana diorang ni boleh curi dompet atau barang barang beharga kita. Ada yang pura pura tanya jalan, pura pura pelancong, nak sign petition la, pura pura gaduh la, so please be extra careful.Di major Train Station banyak sangat scamer amek duit mudah dengan angkat beg kita walaupun kita tak suruh. So bila ada orang datang nak angkat beg korang, cepat cepat amek balik. Atau bila turun jeh dari Train, Sila keluar dulu then amek beg korang. Jangan bagi ruang kat scammer ni pegang atau sentuh pun beg korang. Macam kes aku dulu, beg aku terjatuh sebab roda tak stabil, tetiba datang sorang budak tegakkan balik, terus aje mintak duit. Terlopong sekejap aku ni...terus tarik beg ke arah polis yang berdekatan.
- Always put your money in different places. Macam aku dulu, nasib baik duit euro aku letak kat poket lain. Dalam wallet cuma ada duit RM jeh, tu pun tak banyak.Tips ni memang popular laaa and trust me, its work!
- Masalah bahasa akan selalu ada kalau bercuti ke negara negara yang bukan english friendly macam Jepun, Koream France dan Italy. So apa aku buat biasanya beli simple dictionary. Yang penting tahu basic pun cukup. Kedua, guna gesture. Hahaha...agak agak jeh apa yang diorang cakap janji tangan boleh tunjuk kiri, kanan, depan or belakang. Rata rata diorang ni memang zerro english. Especially orang orang tua. Ketiga, tunjuk jeh buku atau gambar subject yang kita nak tanya tuh. Aku buat benda yang sama masa kat jepun and paris sebab sesat punya pasal.
- So far, tak sampai 20 % negara negara dunia ni yang aku jelajah lagi. Tapi so far, Seoul, Zurich dan Vienna boleh digelar "Safe City" compared dengan bandar lain.
Hotels and transportation
- Aku punya travel style, selalu amek hotel yang dekat dengan public transport seperti di London, New York, Paris, Seoul semua tuh. Biarla hotel tu tak besar or mewah mana janji senang jalan kaki nak ulang alik.
- Mostly almost 30 per cent dari total budget travel kita akan habis kepada transport or shall i say half ot it. So try minimise kan kos transport.
- To make the journey easier, purchase siap siap Travel Card macam tiuch and Go tu di stesen utama. Kalau nak beli tix train ad hoc ni selalu lambat sebab crowd yang berpusu pusu. So nak jimat masa, sila la topup kad masing masing sebelum guna.
- Hati hati menggunakan Kad Kredit while overseas pasal selalu terjadi fraudulent transaction. Always check your statement lepas balik dari bercuti. Pengalaman aku di New York, ada satu transaksi palsu di hotel yang kitaorang stay, sedangkan masa transaksi tu berlaku, kami dah sampai Malaysia.So sila buat laporan bertulis secepat mungkin dengan bank ek..
- Lagi kes kecurian di Rome, oleh sebab kad kredit yg aku guna dah kena curik, so mesti ada kesulitan nak check in hotel kan...so firstly, pape cari hotel dulu. Then mintak Receptionist tolong call kan Bank kat Malaysia untuk cancel Kad tu. Then memang tak ada choice memang kena mintak orang lain punya Kad Kredit la untuk check in hotel. Nak lagi tragis, member aku pun tak ada Kad. So call la Mr Hubby and mintak no Kad dia untuk kitaorang Check in. Sesetengah hotel jugak ada servis cash out kan Kad Kredit so dia boleh bagi kita Cash. Tapi macam kes aku, Courtyard cuma boleh dahulukan maksima 100Euro sahaja.
- Sila print siap siap map tube/metro and train and study bagi mengelakkan kita bazir masa nak baca map kat station.
- Kebanyakkan train di europe tak ada barricade keluar. So kalau tix hilang lepas naik train pun tak ada masalah. Ehhh tapi janganla hilangkan..hehehe in case ada orang check.
16 comments :
wah! info yang menarik.. :)
tlg wanie blh x?
http://catatanhati93.blogspot.com/2015/04/bellabeautyschoolproject2.html
Actually.. seronok jg travel ni , tp tu la...yg x syok nya bila smpai satu tmpat..then kene tipu..giler x sakit hati...vacation jd tak semeriah yg d impikan..haisshh
masih lagik cuak2 nak redah europe solo ... kurang confident gitu, nak2 plak selalu dengar citer org kene pickpocket semua
nice sharing sis. nnti buat lah travel beramai-ramai bersama blgger sis.. 5-6 @ 10 org...saya nk pergi korea & belanda.. hahahaha
takpernah pegi luar negeri. T_T
Salam jumaat dear..")
Thanks sharing, sangat bermanfaat, blh wawa apply klu nk travel nanti..
Terbaik.Info yang menarik.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Kak Zuha, Waduh lama nya xsinggah... best baca tips travel kak zuha kat atas ni.... akan saya guna bila nak g travel nanti tapi xtau bila tu... huhuhu..
Info berguna...pengalaman mengajar erti kehidupan kan...tqzuha
nice post
Info yg baik di kongsi.. sbb saya suka travel jg... boleh la lepas ni jenguk2 sini untuk tips lg
Good infolah. Paling takut kalau hilang barang @ kena tipu
bestnyer jalan2 travel je kann ;p
Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
Terimakasih, semoga admin sukses selalu
Post a Comment