Journey to the Beautiful Istanbul

NoorNazuha | 6:30 PM | 5Comments |
Salam

Saya kembali menyambung entry yang tertangguh setelah sekian lama setelah balik dari bercuti tempoh hari. Percutian ke Istanbul kami bermula pada malam 02 Oktober 2015. Kali ni kami menaiki Emirates sebab teringin nak transit di Dubai. Tak ada pengalaman terbang bersama Emirates lagi..:)

Kami bergerak ke KLIA lebih kurang jam 10 malam dan smpai di KLIA jam 11 malam. Keadaan di KLIA malam tu sangat lengang. Orang dah tak berminat nak bercuti agaknya......lepak lepak sambil makan makan sementara nak tunggu check in pukul 12 malam. Flite pukul 2 Pagi. Lepas check in terus masuk departure hall dan lepak lepak lagi sambil selfie....


Gambar wajib mesti tunjuk tix flite before fly kan...hahahaha


Layan Movie terussss
Dah letak letak beg bagai, amek seat semua, terus layan movie Jurassic World dalam list movie kat dalam flight ni. Kami pilih seat yang couple jeh sebab senang nak keluar kalau nak ke tandas. Legroom untuk Emirates ni agak luas jugak. Senang nak strech kaki. Puas hati jugakla kan....

Macam biasala dalam sejam flite macam tu, diorang serve makanan. Perot dah lapau walhal barau jeh makan sebelum check in tadi.....Jom tengok best ke tak makanan diorang serve..


Rupa rupanya ni jeh...
Mata dah ngantok...lepas makan ringan tu, layan mata kejap....penerbangan mengambil masa dalam 7 jam 40 minit sebelum sampai ke Dubai...Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......




Yey ...kejap jeh dah sampai Dubai. Layover sampai 7 jam kat sini. First gi cari surau dulu sebab nak solat subuh. Jauh betul Prayer room dia. Dekat dengan gate 26 tak silap. Hujung sekali. Nasib baik biliknya besar. Tapi ramai orang tido pulak kat dalam tu...lepas solat lepak lepak kat luar sambil cuci mata lagi..


Meal Voucher
Bila transit dah melebihi 6 jam, pihak penerbangan akan bagi meal allowance. So ada banyak juga pilihan yang kita boleh makan kat Airport tu. Kami pilih Burger King jeh. Saiz pun besar tapi limit tak boleh melebihi AED26 untuk satu kepala.


Meal of the day!
Dipendekkan cerita, lepas 7 jam mencuci mata di Dubai, kami teruskan flite kedua pada jam 11.30 pagi Kali ni durasi cuma 4 jam 30 minit jeh. So tak la bosan sangat duk dalam flite tuh. Ntah movie apa saya tengok pun dah lupa. Rasanya tengok cerita The Age of Adeline. Cantik btol Blake Lively dalam citer tuh.



2nd meal....portion yang sangat kecikk.....
 

Hampir menjejaki bumi Turki
 Kami sampai di Istanbul Atarturk Airport lebih kurang jam 3 petang. Lepas melepasi Imigresen dan amek barang barang, kami terus cari pengangkutan untuk ke Bandar Istanbul. Apartment yang saya book terletak dekat dengan Sabiha Gokchen Airport. So kiranya jauh jugak perjalanan kami.


Metro di Istanbul
Kami menaiki Metro then terus ke Station Kartal. Terletak paling hujung. Dari Kartal kami amek teksi untuk ke Apartment. Jauh betul. Sampai 2 kali teksi kami amek tapi sesat barat jugak. Hari dah beransur malam. Tapi tak jugak jumpa. Last last bila driver teksi bertanya sana sini akhirnya kami jumpa jugak. 


Proses menahan teksi



Ruang tamu Apartment


Ruang dapur yang bersih
Saya suka dengan Apartment ni sebab overall semua ok cuma iron kena request. Tapi lokasi nye mg payah sikit nak cari tapi sangat dekat dengan Airport Sabiha Gokchen. Reason kenapa saya pilih kat area ni sebab kami akan ke Romania.

Siapa yang nak tau info lebih lanjut, boleh click di link di bawah:-


Lepas check in and bayar semua, apa lagi, main masak masak laaa......perut dah lapar tahap gaban. Resepi yang pertama ialah Macaroni goreng. Bahan bahan mentah just beli kat bawah termasuk telur and minyak, Yang lain sume dah bawak siap siap.


Makanan malam kami
Hari pertama kami habis kat sesat jeh....and mencari jalan ke Apartment ni. Kemas kemas, masak masak jeh dah makan masa. Kami stay kat sini pun cuma satu malam, so tak bole nak buat apa sangat. Baju pun keluarkan mana yang nak pakai jeh....badan rasa macam nak patah patah sebab lama sangat usung beg berat tuh turun naik tangga...dapat katil empukk...perghhhhhh....Alhamdulillah..

Okla, sambung entry ke Romania selepas ni........babai..:)

.

Terima kasih, datang lagi.

5 comments :

syieda said...

Lawa jugak apartment tu.

Unknown said...

bestttnyaaaaa. rezeki awaaa.

Jari Manis said...

Nah! lama menyepi dah ke Istanbul plak..jap nak baca

Jari Manis said...

naik emirates tu...buat masa ni baru ada experience naik MAS dan AA je

6 jam transit tu lepas di epot je ke?

perghh mencabar tul cari aparment tu...even driver taksi pun x familiar kan...apartment tu nampak besar dan cantik mesti mahal tu

cik oreo said...

Bestnya boleh gi istanbul. Dah lama teringin nak jejak kaki kat bumi al-Fateh. Hope you have a nice vacation (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...