Salam semua
Dah hampir 2 tahun tak update blog. Banyak sangt cerita nak share tapi masa tak mengizinkan. Bebarapa trip sepanjang tahun 2015 sampai ke 2017 masih lagi belum di update kat blog yang dah penuh dengan sarang labah labah ni..:)
Since dalam pc ni ada gambar europe je, so mulakan entry 2017 ni dengan share experience ke europe pada disember 2016/2017. Route kami kali ni adalah ke London- Barcelona-Milan-Verona-Rome-Milan-Geneva-Chamonix Swiss-Paris.
Trip kali ni campur campur dengan shopping masa boxing day. Masing masing ada plan nak beli barang kat London kononnya.
Hari pertama sampai di London ialah pada 25.12.2016. Krismas uolsssssss....satu apa pun tak bukak. Tube sume tutup. So banyak kami jalan kaki. Nasib baik Hotel area Paddington je. So jalan kaki je ke Hyde Park. Plan nak ke Winter Wonderland tapi tak jadi. Suhu boleh tahan sejuk. Lupa dah berapa tapi kurang 10 degrees kot.
Hari pertama sampai di London, kami ke rumah member dulu di Ealing. Lepak lepak tumpang solat. Kami dijamu dengan mee hoon yang sangatlaaa best. Dahla sejuk kan. Dapat food panas panasss.....
Emmmmmm breakkie time |
Abadikan kenangan di depan rumah member tuuu |
Lepak sekita taman di area Ealing. |
Lepas solat zohor, member hantar kami ke Paddington. Terus mulakan dengan proses check in macam biasa. Lepas rest rest tuh, letak beg sume hari dah nak gelap. So jalan jalan area Hyde Park pulak.
Hyde Park |
Oxford Street |
Selfridges, antara tempat nak terjah besok. |
Hyde Park ke Oxford Street tak jauh mana. So kami jalan kaki. Banyak kedai tutup and prepare untuk boxing day keesokkan hari tu. Sampai lenguh kaki gak jalan pusing sini tak ada tujuan. Sejuk tu memang sejukla. Last last singgah minum Pret.
Three of us. |
2 comments :
lamanya tak singgah sini..:)
lama giler tak update blog zuha hihi
Post a Comment