Botanical Garden, and Giant Ferris wheel, Japan.

NoorNazuha | 4:13 PM | 7Comments |

Nakai Botanical Garden
Entry ni sambungan dari entry yang lepas. Hari pertama di Bandaraya Osaka. Plan kami kebanyakannya dah di rancang awal. The easiest way, kami purchased Osaka Unlimited Pass for 2 days. Pass ni memboleh kan kita travel di Subway dan masuk ke tempat tempat menarik sekitar Osaka secara percuma. Untuk info lanjut boleh click disini:-

Osaka Unlimited Pass

Pass ni tak boleh purchase online sebab kita kena present kan passport semasa pembelian. Pass ni hanya untuk tourist. Untuk 2 hari pass harga adalah JPY2,700=RM105.00. Kira save la untuk 2 hari. Ada jugak option lain macam Kansai Unlimited Pass, tapi yang ni mahal sikit sebab pass ni cover jugak untuk Daerah Kobe,Kyoto dan Nara. Kalau ada banyak masa, boleh la pilih Kansai Pass ni. Harga tak silap dalam JPY5,000 untuk 3 hari.

Hotel kami terletak di Subway Tanimachi 4-chome (Chuo Line & Tanimachi Line) Dari subway ni kami ke stesen Homachi untuk tukar ke Midosuji Line. Untuk senang boleh refer ke map yang di tag kan pada entry yang lepas..hehehe...

Tak sah kalau tak posing sekejap
Masa ni suhu tak sure berapa. Tapi yang pasti sejuk sehingga ke tulang. Tambahan lagi hari hujan dari pagi. Kalau bercakap tu, keluar la jugak asap asap tuh..hehehe...

Semua buat hal sendiri...dioarang ni suka membaca

Aksi di subway!
Sampai jeh di Botanical Garden ni, hujan masih belum berhenti. Jarak dari Subway agak jauh, hampir 20 minit jalan kaki. (Subway Nagai on Midosuji Line).Bunga Sakura masih belum berbunga sepenuhnya. Tapi scenary sangat tenang dan damai jeh.

Dah sampai...

Long walk

Antara yang sempat di snap

Mendamaikan....
Konichiwaa..!



Sakura yang masih belum mekar
Sayang masa berkunjung kesini, bunga sakura masih belum berkembang. Kalau tak,suasana akan nampak lebih ceria dan colorful...Forgot to inform, caj masuk ke sini adalah free kalau kita tunjuk Unlimited Pass Osaka selama 2 hari ni.

With my mom at Museum.......just near the Botanical Garden
Selepas berhempas pulas kat sini, perut pun dah lapar. Kami meneruskan perjalanan Ke Osakako.Kat sini ada Giant Ferris Wheel ala ala Eye On London. Sebelum tu kami nak makan dulu. Sempat singgah di Yotsubashi dan terjumpa dengan Kedai Makanan Halal Lubnan.

Chicken Kebab, Rice and Tandoori
Selepas mengisi perut, kami terus ke Osakako (Chuo Line). Cuaca memang sangat sejuk masa ni. Hujan pulak renyai renyai.


Suasana selepas Hujan di Osakako

Entrance

Altitude unknown..hehehe
Selepas berpoya poya kat Tempozen Ferris Wheel ni, kami teruskan perjalanan ke Osaka Cruise. Di sebelah Osaka Cruise ni, ada Aquarium yang terbesar di Osaka. Tapi kami tak masuk sebab dikenankan bayaran. So kami just snap apa yang patut jeh kat sini.

My Mom di hadapan Aquarium

The Cruise

Freezing


Cabin

Ada la orang Jepun yang baik hati sudi snap gambar kami semua..Arigato Gozaimas!
Cruise ni hanya mengambil masa selama 45 minit. Sempatla tengok pemandangan menarik sekitar tepian laut Osaka. Dari jauh nampak Universal Studios Osaka. Tapi kami tak berkunjung pun ke sana sebab masa yang sangat terhad dan kos kos yang terlibat.

Okla entry kali ni..will be continue with some more interesting places!...muahhhh!

Terima kasih, datang lagi.

7 comments :

.: iEyLa :. said...

ur 1st status on FB...
"FREEZING"...

ADEEYA said...

lawanyaaaaaaaaaaaaaaaa :D

cekmet said...

waaaa best la kak :))

caliph shuriken said...

best laa dpt olidei kt sana kn ^^

Alin Marlini said...

best!best! mmg org jepun suka membacakan..

Lieya Von Jay said...

cantikkkk.. ^_^

Anonymous said...

maksud nya, masuk Osaka Cruise ni free juga? just tunjuk unlimited pass?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...