|
Verangan macam kat Hollywood... |
Salam Aidilfitri buat semua teman teman Blogger. Dah hampir 2 minggu rasanya tak jenguk jenguk blog. Maklumla, busy beraya. Hari ni dah nam masuk hari ketiga bekerja. Ya betul. Kerja dah bertimbun. Kepala dah rasa sarat balik. Cuti 9 hari tuh memang tak cukup.
Raya pertama kami ke Temerloh. Raya kedua kami ke Kuantan cuci mata.Hari Raya ketiga kembali ke KL. Hari Raya keempat terus ke JB. Jalan jalan lagi.Hajat nak ke rumah abang ipar, tapi mereka ke Jakarta last minit. Pendek kata keseleluruhan keluarga ada agenda masing masing. Keluarga mertua pun semua ke Jakarta menghadiri wedding di sana. Oleh kerana memang tak tahu nak kemana, Mr Hubby ajak ke Geylang Singapore. Aku pun tak tahu nak buat apa ke sana. Sebelum ni pergi naik bas, nak flight and kali ni kami decide nak drive masuk jeh ke Singapore. Lagi convenient kot...
|
Our journey to Sentosa Island |
Cuma nak masuk ke Singapore bawak keta ni kena apply Auto Pass. Apply kat Border jeh. Lepas cop cop Pasport tuh, just berhenti kat tepi and apply jeh Auto Pass. Isi la form macam biasa. Kad ni tak ada expiry date. Bila bila lepas ni nak guna balik pun boleh.
|
Contoh Auto pass kami |
Kami menginap di salah sebuah Hotel di area Geylang.Hotel Fragrant- Saphhire ni tak la begitu memuaskan. Saiz bilik yang sangat kecik. Lebih kurang size Tune Hotel jeh. Tapi yang best, keadaan bilik sangat bersih.. Kalau nak dapatkan makanan halal, boleh gak ke kedai makan muslim mamak kat area sini. Jalan kaki jeh.
Dipendekkan cerita, Mr Hubby nak ke Universal Studios lagi. Katanya masa pergi last year tak ada Transformers 3D tuh. Tahun ni dah ada. So aku pun angguk jeh. Layan jeh la. Ingatkan pergi time raya ni tak ramai orang. Salah sungguh sangkaan aku. Que nak masuk punya la panjang. Lenguh satu badan. Jarak US dari hotel tak jauh. dalam 9.8KM jeh. Berpandukan GPS, kami drive ke sini. Kadar Parking kat US ni dalam SGD24 untuk sehari. So auto pass tadi kena la ada baki mencukupi. Kalau tak cukup baki, boleh topup kat 7E kat atas US tuh.
|
Space memang cukup luas.... |
|
Crowded |
Emmm..tak nak story lebih lebih la pasal apa yang best kat sini. Kebanyakkan semua dah tahu apa yang best kat sini. Rata rata kami try semua rides yang ada kat sana. Sampai nak termuntah pun ada....hhihih....Mr Hubby yang tak suka naik pun aku tarik kasi naik jugak. Human Battlestar Gallectica ke, Cyclone Gallectica ke...hentam jeh semua. Tapi rasanye, cyclone tu lagi mengancam kot. Sampai nak tercabut tudung kat kepala dek kerana kelajuan nya yang tak munasabah....haha!.
|
Suasana hari Raya...hehehe |
|
Dapat bergambar dengan autobots pun jadi laaa |
|
Que di dalam Transformers Rides 3D |
Overall, aku puas hati dengan Transformers Rides ni. Enjoy jugakla. Sakit badan kena hentam dengan Megatron..hehehe....budak budak btol kitaorang ni kan....takpela..janji happy....nak dijadikan cerita jugak, sepanjang berada kat sini, memang hujan sampai ke petang. Tak pasal pasal kena beli Poncho. Mahal pulak tuh. Sampai SGD3...dah petang tu barula hujan reda. Dalam pukul 4.30 tuh, ada Show dekat Waterworld. Penuh jugakla stadium tuh. Tak snap gambar pun. Macam tak ada mood jeh.....yang penting, perut lapar WAJIB makan..
|
SGD12.90 |
Okla..tak ada apa nak story sangat. Cuma sedikit cebisan di cuti hari raya.....apa plan korang plak di masa raya hari tuh?mesti menarik kan dengan gambar raya. Aku tak ada gambar raya pun. Gambar yang kat atas semua tuh semua amek dengan hp jeh. Punya la tak ada mood nak amek gambar.....okl....adiosssss...!
7 comments :
best tengok entry travelling kat blog sis.. teruja !!
salam merdeka raya,
fatin zaini follow u here ! :)
http://www.fatinzaini.com
zuha...meriahnya rayaaaaaaa...hehe...;)
bile nak bawak adik jalan2 nih??hiks..
syoknye.. zz teringin kot nk g US tu.. asyik tgk gmbr dan dgr kwn2 bercerita je,,
akak, autopass tu lebih kurg mcm touch n go ye?..
teringin nk g sana.. insyaAllah, smpai jugak nnti. hehe
Dalam tak plan....tak plan... sampai jugak kat Universal Studio ek!
like!!like!!like!!
Post a Comment