My Travel Budget (Belgium)

NoorNazuha | 12:04 PM | 13Comments |


Dah lama jugak tak sambung entry. Busy betul lately. Okla..nak sambung entry bajet. Kali ni ke Brussel Belgium pulak. Tak nak story panjang panjang.

Bus euroline dari London-Brussel-London GBP50 (RM250)
Perjalanan memakan masa lebih kurang 8 jam. Sama macam Paris jugak. 

Metro ticket dari North Station ke Central Station Euro1.30 (RM5++)
Seperti Paris, Kami ke sini tak overnight. So naik bas malam and sampai ke Brussel awal awal pagi lagi. Transport yang paling mudah ialah menaiki Metro (Subway)

Suasana North Station pagi pagi..lengang!

Metro yang menghubungkan antara bandar bandar di Belgium
Lepas tu, aku nak share pasal bajet naik HOPO pulak. HOPO kat sini murah sikit nak compare dengan di London. alid hanya untuk 24 jam sehaja. Bila berhenti di Central Station Brussel ni, boleh terus naik HOPO kat sebelah hadapan station.

HOPO Brussel (Hop On Hop Off)
GBP18 (RM90++)
untuk info lanjut, boleh click kat sini:-


Posing yang mana sempat
Budget makan pulak...hehehe...oleh kerana tak overnight, so jimat la nak makan. Standard la makan kalau kat europe ni..alih alih kebab. Alih alih Tandoori. Alih alih roti nan..uweekkkk....apa nak buat. Tu jeh yang halal kat sini.

Kos untuk sepinggan kebab + Coke 1 tin dalam Euro9 (RM30++)

Portion yang sangat best...

A cup of hot cappucino cost Euro4
 Tengah meronda ronda kat bandaraya Brussel ni, nampak jugakla McD  ni, tapi tak halal la pulak. Rata rata McD di Eropah ni memang tak halal. Kalau nak order Veggie Burger ke memang tak berani sebab dioarang serve pork jugak. So just lalu and pandang jeh la walaupun teringin sangat nak makan AYAM GORENG MCD!


Shopping & Expenses.
Bila story bab shopping dan belanja ni, as usual terpulang pada individu. Kalau nak diikutkan hati dan perasaan yang nak shopping tuh, bawak RM10K pun belum tentu cukup....huhuhu. tapi banyak brand yang mahal di Malaysia tapi murah kat Eropah. Cuma duit jeh memang tak bawak banyak...

Duit Poket Euro50 (RM200++)
Beli souvenier Euro10 (RM40++)

Fridge Magnet.



Aiskrim 1.50 Euro
Ramai yang tahu Belgium ni bandar coklat kan. Macam macam coklat ada jual sini. Yang murah ada, mahal pun ada. Halal haram semua ada. Kena tengok betul betul la kalau nak mencuba. Takut ada bahan bahan yang tak diingini..hehe

Harga..bole laaa...


Scarf hanya 2 Euro

A lot of choices
Okla...in short nya bajet aku boleh disimpulkan macam ni la:-

Bus Ticket return RM250
Duit Belanja RM300
Makan RM50-100
Souvenier RM50

Jumpa lagi di next travel bajet ok.....see you soon...babai......

Terima kasih, datang lagi.

My Travel Budget (Paris)

NoorNazuha | 6:18 PM | 15Comments |

Yeeehaaaa..salam buat teman teman blogger. Still dalam topik bajet lagi. Bukan apa, ada kawan kawan blogger yang penah tanya tapi tak berkesempatan nak jawab/reply. So boleh la share travel bajet aku ni bagi sesiapa nak bercuti ke sini. Kali ni aku nak share pasal Paris plak. Ni cerita tahun lepas.

Airline
Airasia dari Kl ke London. Dah story dalam bajet sebelum ni. Aku just share bajet dari London ke Paris jeh. Kat paris ni aku just seharian jeh. Tak bermalam pun.

Dari Victorial Bus Station London
Bus Fare GBP72 (RM350++ Return from London-Paris-London)
Duration of journey= 8 hours (including ferry 2 Hours)

Keadaan di Victoria Bus Station, London..sesak

Ni la bas nye....
 Masuk toilet kat sini 30 pennes..hehehe..penting tuh kalau emergency. Kami tak beli apa apa kat sini. So tak sure berapa harga makanan makanan ringan kat sini. Kalau dalam feri tuh, air minuman beharga dalam GBP2 (RM9++).Makanan

Santai di dalam feri.
Transport di Paris.
Sesampai di Kota Paris, kami naik Metro jeh untuk merayau rayau. Dari Stesen Gallieni, kita boleh terus ke Central Paris.
Fare Metro dari Galleini ke Champ De Mars (Eiffel Tower), kami beli pass metro untuk 24 jam bernilai Euro9.(RM35++)

Gallieni Station
Untuk memudahkan pergerakkan, advisable beli la pass metro ni. Lagi senang. Kalau nak info lanjut, boleh click ke link ni:-


 Champ DeMars

Tong Sampah pun kena snap



Korang ingat tak penat ke kalau jalan seharian tak berehat, solat, mandi dan sebagainya?mau tak..macam nak tercabot kaki wooo...oleh kerana kami tak plan nak overnight kat paris, so tak la book awal2. Kenal ad hoc jeh cari hotel. Sedeh plak tak ada hotel dah yang tinggal sebab full. Time Summer lak tuh. Cari punye cari, jumpa Hotel cap ayam....hahaha..tu pun EURO50 sehari sebab dekat central. Tak sanggup aku nak snap gamba hotel tu. Dasat sangat...

Ni ialah pemandangan sekitar hotel tu...dasattt.....ooopsss motel
 Food and expenses
Oleh kerana kami just seharian kat sini, so bajet memang tak banyak. Just makan sekali jeh and souvenier sikit sikit. Kos dalam RM200-RM300 macam tu la.

Euro 2

Price dalam Euro10

Souvenier:T shirt dalam Euro7 sehelai.
So total expenses aku kat sini boleh di simpulkan lebih kurang:-
Tiket Bas RM350
Makan RM100
Tiket Metro RM35++
Souvenier RM200
Expenses RM200-RM300 untuk sehari
Motel RM 250 sehari  (2 persons)

Oklah..kira short la tuh. Nama pun seharian jeh. Kalau nak bajet, macam gini la caranyaaa..hehe..ni rough jeh. oklaaa..jumpa plak di entry yang seterusnyaaa..babai......love u as always!

Terima kasih, datang lagi.

My Travel Budget (Gold Coast,Australia)

NoorNazuha | 11:39 AM | 12Comments |

Salam ukhuwah kawan kawan. Jumpa lagi dalam entry kali ni. This time jom citer pasal bajet gi Gold Coast plak. Dah lama pun trip ni. Tapi tak penah citer plak pasal bajet. Ada sesiapa nak plan gi sini ke?kalo ada then good la...ble share tips2 sikit....

Airline
AirAsia ticket P/Person RM459 Return Promo
Luggage 15kg X 2 Return RM100
Length of Journey- 8 Hours
Rasanya dah tak ada harga ni kat Airasia. Tapi tak tahula kalau masa promo yang RM0 tuh still boleh dapat..


Accomodations
Crystal Beach Apartment.
3 bedarooms, kitchen,3 bath rooms,living room and dinining RM2k++ divide by 5 persons.
Lokasi Apt ni tak jauh dari Coolangata Airport. Tak sampai 5kM.

Siap no telefon lagi....


Untuk harga dan info lebih lanjut, boleh click kat sini:

Crystal Beach Tugun, Australia

Rental Car
untuk 4 hari. Sehari AUD29.(RM 70++).Kami sewa 2 kereta.

Ni la rental car kami.Hyundai Getz 2 pintu
Sebenarnya kalau tak sewa keta, agak susah nak kemana mana kalau ke Gold Coast. Tempat yang nak dituju bukan dekat jaraknya. Semuanya agak jarak jarak jugakla. Jenuhla kalau nak naik cab. Extra cost la pulak. So sewa kereta la jalan penyelesaiannya. Tempat nak sewa kereta ni just depan Coolangatta Airport jeh. Tak perlu International Driving License.

Expensens/Pocket Money
Hah..yang ni macam biasala, terpulang pada individu. Pada pendapat aku, barang barang kat Aussie ni agak mahal. Contohnya nak beli coke. Kat sana lebih kurang AUD2 ke AUD3. Lagi satu kena prepare duit nak bayar entrance fee ke attractions. Kalau korang google banyak tempat menarik gakla. Jom terjah kejap:-

Paradise Country
Entrance Fee dalam AUD23 + Lunch (RM60)

Skodeng cik kanggo
Apa aktiviti kat sini?hehe..tak payah story sangat la sebab entry ni lebih nak share pasal bajet jeh. Ringkasnya kat sini adalah tempat pemuliharaan binatang la.Semua aktiviti berkenaan binatang ada kat sini. Enjoy jugakla. Lunch kat sini pun halal.

Movieworld
Entrance fee AUD72 (RM180++)
Tak termasuk lunch

Berpoya poya

ala ala Universal Studios laa
Kat sini pun ala ala Disneyland/Universal Studios jugakla. Sangat enjoy dan memenatkan sebab crowd yang tak boleh dielakkan.okla..tak nak cerita pasal ni. Nak share bajet jeh.

Food & Expenses
Kat sini makan ala kadar jeh la. Nak cari yang halal tak la susah sangat sebab banyak kedai kedai orang timur tengah kat sini. Kos untuk sepinggan Fish & Chip adalah AUD8 (RM20++) & Sebotol Susu Coklat= AUD4 (RM12)

Untuk expenses plak terpulang pada masing masing la. Masa aku gi dulu, aku bawak duit belanja/poket RM1500 jeh untuk 4 hari tu. Memang cukup sebab tak shopping mana pun.

Fish and chip
Banyak lagi tempat yang kena caj kat GC ni. Tapi yang berbayar ni jeh yang kami masuk. Banyak gak tempat free yang lain. So at the same time jimat la bajet kan. Antara tempat free yang lain termasukla:-

Runaway Bay Marina-boleh tengok kapal free

My Buddy and My Sis at Bay Marina

Lagi tempat free...Harbour Town (shopping Spree)


with my Mom at Harbour Town...
Carrara Market....free entrance and cheap..hehe

Merambu di Carrara Market
 Bersiar siar di Surfers Paradise...free and easy


Mandi manda di pantai Gold Coast..hehehe...free and menjimatkan..okla......tu la nak citer soal bajet. So and so jeh la..hanya gambaran kasar. Tapi banyak cara kalau nak jimat kan kos....hehehe..okla.jumpa lagi di entry yang lain..and pasal bajet ke tempat lain plak....adios!

Terima kasih, datang lagi.

My Travel Budget (London)

NoorNazuha | 4:35 PM | 34Comments |

Salam isnin buat teman teman blogger. Berat rasa nak mula kan minggu baru ni. Banyak keja. Banyak hal yang nak diuruskan.Okla, tak nak bebel panjang. Masih lagi entry pasal bajet.  Since ada rakan rakan blogger yang penah tanya jugak pasal Bajet ke Europe ni.Bukan apa, paling penting kalau nak travel mestila bajet kan. Kali ni aku nak share pasal bajet ke Eropah pulak. Ni hanya basic bajet la dan tempat tempat yang aku sempat pergi jeh

Air Ticket (Spring 2011)
Air Asia LCC Terminal to Stanstead Airport, London
RM1,800 P/Person. We booked via Airasia GO together with Hotel RM2,600 P/Person 8 nights. 
Luggage 30KG P/Person=RM100

Stanstead Airport
But unfortunately now Air Asia has suspended all services to Europe this March. In Alternative, we can choose for other Middle East Airlines. Cathay Pacific, KLM Dutch, MAS are bit expensive.

From Stanstead Airport to Hotel.
From hotel to Hilton Hotel GBP2 by bus (RM10)
Then from Hilton, we get a Rental Car cost at GBP111 +GBP50 Insurance Premium for 9 days (RM800++)

Rental Car
Accomodations
London North Inn Hotel
Located at M1 highway. 30 minutes to nearest subway (Edgware Station).45 Minutes to Central London.

The Hotel
Tube Oyster Card
1 week from Zone 1 to Zone 5 GBP48++ (RM230++). Sangat worth kalau beli pass ni. Semua tempat menarik boled access dengan tube. Unlimited untuk 7 hari within Zone 1-5. Can purchase online. Please click here:-


 HOPO (Hop On And Hop Off GBP23 P/Person). Can click here:


Expenses + Apparel+ Foods
Macam aku penah buat entry sebelum ni, expenses terpulang pada individu. Kalau nak shopping, then bawakla lebih. Masa aku pergi, aku hanya bawak duit poket dalam RM2500 jeh. Cukupla untuk makan dan beli souveniers. 
Apparel masa Spring just bawak Light Jacket
Average belanja untuk makan, kami spent dalam lebih kurang GBP15-GBP18 (RM70++) P/Person.

Plate of Fish & Chip + Can of Coke= GBP8(RM35++)

Kat bawah ni budget ke UK kalau naik airline selain dari Airasia
Egypt Air (Summer, 2011)
KLIA Express RM38 one way from Kl Sentral -KLIA
KLIA-Bangkok by Lufthansa Airlines RM430++
Air Ticket normally cost at RM3,300++ P/Person Return. Transit at Cairo, Egypt
But now, Egypt Air has opened their service at KLIA.

From Heathrow to Hotel
Heathrow airport is in Zone 6. From here it cost about GBP5 to Central London(RM25)
Kami beli Oyster Card untuk 3 hari dari Zone 1-Zone 3 GBP33 (RM160++)

Our Accomodations
In Zone 3, better sebab senang nak ke Central London
Cost untuk 3 malam dalam GBP190 (RM900++)

Leyton Apartment (Zone 3)
Kebanyakkan hotel Zone 2 and Zone 3 agak mahal. Tak perlu la nak cari hotel2 mewah sangat, janji basic needs tu ada sebab bukan kita nak berkurung dalam hotel kan. Almost sehari suntuk asyik nak merayap ajeh. Tapi, terpulang la pada individu. Tu semua kan pilihan masing masing dan kemampuan.Okla..next entry kita share bajet ke tempat lain pulak ye....babai!



Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...