Washington D.C (Part 2)

NoorNazuha | 4:34 PM | 13Comments |
Salam semua

Salam Syawal semua. Tahun ni saya tak ada gambar raya. Tak ada mood pulak nak bergambar gambar raya ni....raya tahun ni agak meletehkan. Biasala kerja kerja mengemas rumah yang dah setahun tak berusik..:)

Saya nak sambung part 2 Perjalanan ke Washington D.C. Mesti semua tahu apa maksud D.C. D.C bermaksud District of Columbia, iaitu himpunan beberapa daerah di dalam Negeri Washington. Jika kita berjumpa dengan sesiapa kat sana dan berkata bahawa dia berasal dari D.C, maka dia memang pure American, sebab jarang native America mengatakan mereka berasal dari Washington.

Kami cuma menghabiskan masa seharian di Ibu Negara Amerika Syarikat ini, sebab banyak lagi tempat lain yang ingin dikunjungi. Jadi tempat tempat biasa yang wajib terjah ialah Muzium. Muzium kapal Terbang. Tapi saya memang lupa nama Muzium ni...

Aktiviti pertama ketika tiba disini ialah menaiki Bot. Dalam Part 1 saya dah share sikit. Tapi masa tu gambar tak dikumpulkan sepenuhnya lagi. Menaiki Bot di pagi yang beku tuh agak mengujakan...:)


Pemandangan dari luar ferri.


Keaddan di dalam Ferri di tingkat 1


Ferry Pass.
Selesai menaiki Cruise, kami terus ke Muzium yang disebut di awal tadi. Tiba tiba baru teringat nama Muzium tuh. Smithsonian National Air and Space Museum. Museum ni terletak tidak berapa jauh dari White House. Jom layan gambar figura figura apa yang menarik dalam Muzium ni...:)


Ni la dia signboard nyaaa.....


Entahlaaa...apa la nama benda niii.....posing maut aje laaaa


Pelbagai jenis Kapal Terbang






Pemandangan dari Tingkat 2


Museum Planetarium..Gift Shop
 

Mr Hubby...dengan cita cita yang tidak kesampaiannya....:(
Ye. Berada di dalam Muzium ni agak bosan. Sebab apa yang ada semuanya kapal terbang sahaja. Sesiapa yang minat dengan Aviation macam ni, bolehla nak lepak lama lama. Setelah menjelajah ke sinii, kami meneruskan perjalanan ke Rumah Putih. Kalau dah sampai sini tak sah la kalau tak ke sini kan. Tapi bukannya kita dapat masuk pun. Tengok dari jarak 1km jauhnya kot...


Mr Hubby berlatar belakangkan Capitol Hill


Bandar Washington yang sunyi





Sesampainya di White House, hari sudah petang. Ada banyak bas bas pelancong sedang lepak di tepi tepi Taman di sini. Sebaik turun dari Bas, kami kena menapak hampir 1km untuk ke White House. Penat mak. Penat sebab cuaca amat amat la sejuk sehingga tulang dah tak mampu nak menampung.


Menapak ke White House.


Dah Sampai

Zooming seboleh yang mungkin.....:)


Di sini banyak tupai/possum berkeliaran cari makan..


Pelbagai jenis Souvenier.....mari pilih
Setelah habis pusing pusing kat sini, kami menuju ke arah Lincoln Memorial Park. Tapi saya tak share kat sini sebab dah pernah publish dalam entry Washington Part 1 beberapa bulan yang lalu.

Kami tak bermalam di Washington pun. Selesai Tour di Lincoln Memorial Park berakhir, kami heading ke Utara lagi. Seperti biasa bas akan berhenti untuk rest dan makan di Highway...


rest di siniii..masih dalam State of Washington


Singgah beli barang keperluan di sini
Masuk ke supermarket di sini maam jugakla hypermarket kat Malaysia. Tak ada beza pun. Banyak brand brand yang popular di Malaysia, pun ada di sini. Kami cuma beli minuman Coklat, Plaine Bread dan syampu kat sini. Tapi seperti biasa la, teliti dulu bahan bahannya ye..:)

Kami check in hotel pada malam yang sama jugak...Wahhhh..masa yang best untuk berehat. Memang saya suka Hotel ni....Bersih dan nyaman...:)


Jom cari bilik....


Ni katil saya..:)
Oklaaa...so far ini sahaja yang saya nak kongsikan....kalau ada apa apa yang best, saya tak akan lupakan untuk kongsikan dengan anda semua..:) atau boleh email jeh saya untuk pertanyaan lanjut di myzuha23@yahoo.com manatau boleh kongsi info info travel yang berguna...

Take care then.......Muah!




Terima kasih, datang lagi.

13 comments :

zila said...

canteknya jacket kuning..

Normi Nieza said...

wah bila ke sana tu...?
ada ole2 tak?hehe

selamat hari raya..:)

Teena Tna said...

Keadaan kat dalam feri tu macam kt rumah. Sis travel ke? Or ada urusan kerja. Teringin nak ke sana juga.

aisya said...

rasa mcm nakkkkk je ikut kak zuha g melancong.. hahaha!

noornazuha said...

Teena Tna: Travel jeh...jalan jalan

Normi: Bulan Feb hari tuh..:)

s h a said...

Beshnyela jalan2.Suke tgk travelog sis.At least dapat tgk tempat org.Tunggu nk pg sendiri tataw bile.Ngee.Besh3. :)

Lieya Von Jay said...

salam aidilfitri .. bes nya dapat jalan2 kat white house yer. ^_^

huny madu said...

bestnya dapat berjalan tengok tempat orang :)

Noor Mala Shahar said...

beautiful scenery...tq


http://www.noormalashahar.com.my

Fatihah said...

syoknya travel :D

MaWaR RinDu said...

beznya kak !!! huhu

Muzafira Mukholit said...

Nak tanya brpa suhu masa you kt Washington ni?? I pun x tahan sejuk jgk. Huhuhu

noornazuha said...

muzafira :suhu below 5 degree,memang dasyat gak la,stay kat lua dlm 20min je tahan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...