Empire State Building ( Part 2 )

NoorNazuha | 4:23 PM | 23Comments |
Salam All..

Ok ok...sebenarnya kali ni saya nak share sekali lagi pengalaman naik ke Empire State Building. Kenapa?sebab entry pertama gambar masih dalam proses kumpul gambar lagi. Gambar gambar ni diambil dari kamera lain pulak....

Level yang paling atas ialah Level 86. Rasanya tinggi lagi Menara KL kan. Tapi besanya menaiki menara/bangunan tinggi dengan latitude dan kesejukkan yang menebal adalah sangat mencabar. Nak termuntah pun ada.....:)



Nak naik ke atas ni bukan semudah nak naik KL Tower. Pasal apa?sebab mereka ni paranoid. Jaket,coat, semua kena tanggal. Proses yang sama macam dekat aiport. Kalau berhijab pulak,mereka akan check check la kat leher manatau kalau kalau bawak Bom kan......

Then, lift terus naik ke tingkat 80. Berhenti di tingkat 80 then naik pulak the next lift untuk ke tingkat 86. Di atas roof ni terdapat beberapa pegawai pegawai keselamatan yang memantau keadaan di atas ni. Mana la tau kalau kalau ada yang buat perangai pulak.




Keadaan pagi yang masih awal dan dalam musim sejuk memang membuatkan kita tak akan tahan lama kat atas ni. Tourist pun tak ramai lagi. Bolehla nak posing posing kan. Angin bertiup tak henti henti. Muka memang terasa kebas dan tebal. Kena lempang pun tak rasa pape la.


Pemandangan dari jauh



Salji yang memenuhi setiap bumbung bangunan

Di satu sudut di ESB ni, ada gambar gambar artis ataupun orang kenamaan diabadikan disni. Most of them memang celebriti hollywood. Kan best kalau tiba tiba gambar kitapun ada diorang tepek kat sini..hehe











Oleh kerana cuaca yang tidak begitu mengizinkan untuk kami bertapa lama lama kat atas ni, so dalam tak sampai sejam kami dah terpaksa turun. On the way nak turun tuh, as usual, kat tempat tempat tumpuan pelancong macam ni akan ada souvenier shop. Tapi seriously, saya tak beli apa pun kat sini sebab harga yang mahal.


Gambar tak memuaskan pulak.


Antara souvenier yang terdapat di sini.

Sebelum turun, macam biasala, ada sessi photo. Kalau nak beli boleh terus ambil dekat kaunter dengan harga $20 sekeping. Kalau tak nak pun tak apa. Saya beli untuk dijadikan kenangan..



Ni la gambarnyaaaa.....:)

Ok ok.....disebabkan Souvenier kat atas ni mahal, jadi saya memang confirm2 la beli kat bawah jeh. Ooo, hati hati dengan ulat tiket kat bawah Empire State Building ni, mereka memang suka target kat tourist. Tapi bila dioarang approach, cepat cepat saya jawab tiket dah beli...Harga tiket untuk naik ke Observatory Deck ni ialah $25 per person equivalent to RM77++. Untuk info, boleh click kat link di bawah:-

Nak turun tak ada masalah. Tak macam nak naik.  Sebelum turun, saya amek gambar karpet ni buat kenangan, sebab tak tahu bila nak sampai lagi ke sini...:)



Oklah....tak nak citer panjang panjang lagi...berbaloi jugak naik ke atas ni. Tiket pun tak ada la mahal sangat. Mungkin pemandangan malam akan lebih cantik....sampai jumpa lagi di lain entry.....babai..:)

Terima kasih, datang lagi.

23 comments :

Asyik Izas said...

new york city tu..bestnya..:)

mazni said...

bestnye malancong :)

sha (chirp chirp) said...

bestnyaaaa. ketat jugak eh security dia

zila said...

wahhh..untung arrr...hehehe

el said...

wow bestnye...sejuk2 lah best no..hehe

zakirasli .. said...

wah,best ni. blh bli cnderahati ..

Zaza said...

seronoknya tgk negara org..bila lah akan merasai peluang mcm tu.. =) cantik la tempat tu..

Sop said...

wah best nyer
bila lah boleh merasa juga :)

Mizz Aiza said...

seronoknya bercuti..

ziana said...

La.la.la.la..bila nk g sana..rasanya x kot..ki.ki

Cik Kechik said...

waw sangat sangat sangat best....

Tasneem said...

wahhh akak dah macam dato' siti tasneem tengok. comeyy sungguh. ^^

S.K.A said...

wowww :) bestnya..he3

kacang said...

banyaknye tempat dah melancong..hehe~

Syuhada Mohamed said...

Best2, rasa macam Syu yg pegi sana. Hehehehe
Muka Mr. Bean lawak la, macam dia x seronok pun naik situ hahaha

siti ZAHARA said...

Seronoknya jalan2 kt tempat owg..=D

said...

bestnya travel!

Intan Zulhilmi said...

sronoknya! rse mcm kita pn ada kat sana...padahal tgk gmbar ni aje...hihi

Nurulee said...

bestnyaaaaa!

Alin Marlini said...

tinggi betul...gayat rasanya

Noor Mala Shahar said...

selamat hari raya...

DIGI satu

Azwar Syuhada said...

perghh..jalan jauh tu..syoknya.. =D

aisya said...

empire state building, selalu tgk dalam tv je. bestnya kak zuha dah sampai sana.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...